Tag

Travel

in Aktiviti Anak, Review

Pernah Tak Anak Cari Mainan Ketika Bercuti?

Kurang seminggu lagi sekolah dah nak bercuti pertengahan penggal pertama. Alhamdulillah, ia ruang untuk anak-anak dan guru melepaskan lelah dari rutin harian persekolahan. Jangankan kita yang kerja ni ja nak rehat, anak-anak yang bersekolah juga lelah dengan pelbagai bebanan setiap hari. Jadi cuti sekolah memang sangat dinanti-nanti oleh semua. Tambahan pula waktu cuti ni lah banyak kenduri-kendara dan aktiviti kekeluargaan. Itulah peluang kita nak balik bercuti di kampung halaman kan. Balik kampung memang meletihkan, namun ia juga menjadi satu daripada aktiviti yang dapat memenuhkan kembali bank emosi kita dan anak-anak, in syaa Allah. Biasanya bila pulang ke kampung, kita sudah ada…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Pengalaman Pertama Anak-Anak Menaiki Bas

Menaiki bas adalah perkara yang biasa bagi orang dewasa. Kebanyakan kita pernah melalui fasa menaiki bas sehingga jemu semasa zaman persekolahan mahupun bekerja. Namun kebanyakan anak-anak zaman sekarang ini sejak kecil hanya menaiki kenderaan sendiri. Jadi pengalaman pertama menaiki bas ini sesuatu yang  menyeronokkan dan menjadi pelajaran baru dalam kehidupan mereka. Saya sudah lama merancang membawa anak-anak menaiki bas awam sebagai aktiviti semasa cuti sekolah. Alhamdulillah semalam Allah realisasikannya dengan peluang membawa anak menaiki bas ekspress. Kami menaiki bas ekspress dari Terminal bas Sungai Nibung ke Alor Setar. Walaupun perjalanan hanya memakan masa 2 jam lebih banyak juga pengalaman berharga…

Continue reading
in Pengalaman hidup

Kelebihan Pergi Kuala Lumpur Menaiki Bas

Hujung minggu baru-baru ini, saya ke Kuala Lumpur untuk hadiri kelas pemasaran blog di Akademi Denaihati. Saya pergi sendirian supaya suami mudah uruskan anak-anak di rumah sendiri. Sebelum ini pun saya sering pergi sendirian jika sekadar untuk hadir ke kelas. Ia lebih selesa untuk anak-anak malah menjimatkan perbelanjaan. Cuma sebelum ini kebiasannya saya akan menaiki kapal terbang. Saya bertolak dari Pulau Pinang seawal pagi, dan pulang seusai kelas selesai. Walaupun tempoh di dalam pesawat itu singkat, tapi waktu menunggu dan perjalanan ke lapangan terbang memakan masa yang lama. Untuk perjalanan kali ini, suami mencadangkan saya menggunakan perkhidmatan bas. Memandangkan anak…

Continue reading
Close