Petang tadi kami berehat di perkarangan masjid sementara menanti anakanda Fateh solat. Faqihah memang suka dengan persekitaran begini kerana dia sukakan alam semulajadi.

Selain membelek pokok-pokok diperkarangan masjid, memberi makan kucing juga sudah menjadi rutin mereka berdua. Walaupun Faqihah sukakan haiwan, saya cuma melatihnya untuk suka haiwan sekadarnya.

Jika tujuan kita sukakan haiwan untuk merebut pahala berbuat baik kepada haiwan, tiada keperluan untuk kita memelihara haiwan tersebut di rumah. Cukuplah sekadar menjadikan rutin memberi makan haiwan setiap hari atau bila berkesempatan.

Saya melihat budaya memelihara haiwan kesayangan sehingga mengeluarkan kos yang banyak sebagai satu hobi yang tidak bermanfaat. Dalam keadaan masih ramai mayarakat di dunia yang kebuluran dan tidak cukup keperluan hidup, kita bazirkan duit untuk membeli haiwan peliharaan pada harga yang mahal.

Itu belum di tambah dengan kos makanan dan pelbagai kos lain untuk memastikan haiwan peliharaan sentiasa sihat dan selesa. Tambahan pula saiz rumah di bandar yang kecil dan rapat antara satu sama lain boleh mengundang rasa tidak selesa kepada jiran tetangga.

kucingparsi

Kos memelihara kucing parsi yang mahal perlu diteliti keperluan supaya kita tidak melampaui batas

Melihat kecenderungan Faqihah pada haiwan, saya cuba untuk melatih pemikirannya supaya tidak terjebak dengan hobi yang tidak bermanfaat. Jika betul hendak memelihara kucing, kenapa tidak diambil sahaja tempatan yang boleh di dapati di mana-mana. Bukankah besar pahala menyediakan makanan dan tempat tinggal untuk haiwan sebegini.

Saya lebih suka mendidik Faqihah berbuat baik pada mana-mana haiwan yang ditemuinya di jalanan. Kucing yang berkeliaran di masjid dan tempat letak kereta lebih memerlukan perhatian kita.

Selain itu Faqihah juga saya selalu bawa untuk memberi makan kepada burung. Makanannya berupa lebihan makanan dari rumah seperti nasi yang tumpah, biskut dan roti yang sudah tamat tempoh.

AnakSukaKucing AnakSukaKucing

Hari demi hari saya dapat melihat Faqihah gembira dengan aktiviti ini. Semoga aktiviti ini dapat memenuhi minatnya terhadap alam semulajadi dan dalam masa yang sama tidak melakukan hobi yang tidak bermanfaat.