
Bila ada anak sedang membesar pasti akan tercari-cari tempat nak bawa anak bersiar-siar hujung minggu kan. Tambahan pula jika tinggal di rumah apartment, lagi lah rasa kesian kalau tak bawa anak keluar menghirup udara yang segar.

Kalau di Penang, salah satu tempat kegemaran kami ialah Taman Metropolitan Relau ni. Kawasannya luas dan banyak aktiviti seisi keluarga yang boleh dibuat di sini. Suasana hijau dan udara yang segar ini sentiasa dirindui oleh penduduk di bandar macam kami ni.

Taman ini terletak di dalam kawasan perumahan di Relau, Bayan Lepas. Boleh google lokasi taman ni di SINI.

Untuk kanak-kanak ada kemudahan kolam renang dan taman permainan. Orang dewasa boleh berjoging dan bersenam sambil menikmati keindahan alam semulajadi.

Jika bawa anak-anak sebaiknya datang selepas jam 8.30 pagi. Lebih banyak ruang letak kereta kerana orang yang berjoging sudah beransur pulang .


Datang ke sini jangan lupa bawa pakaian yang sesuai untuk anak mandi kolam. Silap haribulan ada yang balik tak pakai baju pulak.Haha.


Dan kat sini pun tiada gerai yang menjual makanan sepanjang masa. Jadi sebelum masuk ke taman ni bolejh lah singgah stesen minyak beli bekalan makanan sambil nak menikmati keindahan alam semulajadi.


Specialnya taman Metropolitan Relau ni sebab ada kolam buat budak-budak mandi. Macam juga kat Taman Belia.
Kalau kat Ipoh, tempat saya tinggal, kalau nak mandi kat taman gini, memang takde la.
Iskandar Suhaimi recently posted…11 Tempat Tengok Binatang Dalam KL Untuk Bawa Anak Layan Cuti Nanti!