Taman Metropolitan Relau, Tempat Rekreasi Menarik untuk Kanak-kanak di Penang. Bila ada anak sedang membesar pasti akan tercari-cari tempat nak bawa anak bersiar-siar hujung minggu kan. Tambahan pula jika tinggal di rumah apartment, lagi lah rasa kesian kalau tak bawa anak keluar menghirup udara yang segar.

Taman Metropolitan Relau
Kawasan taman permainan kanak-kanak . Lapang dan tenang .

Kalau di Penang, salah satu tempat kegemaran kami ialah Taman Metropolitan Relau ni. Kawasannya luas dan banyak aktiviti seisi keluarga yang boleh dibuat di sini. Suasana hijau dan udara yang segar ini sentiasa dirindui oleh penduduk di bandar macam kami ni.

Taman Metropolitan Relau,
Alat senaman juga boleh didapati di mana-mana sekitar taman ini .

Taman ini terletak di dalam kawasan perumahan di Relau, Bayan Lepas. Boleh google lokasi taman ni di SINI.

Kawasan lapang ini boleh digunakan untuk bermain badminton dan berbasikal .

Untuk kanak-kanak ada kemudahan kolam renang dan taman permainan. Orang dewasa boleh berjoging dan bersenam sambil menikmati keindahan alam semulajadi.

Kawasan tempat letak kereta yang berhampiran.

Jika bawa anak-anak sebaiknya datang selepas jam 8.30 pagi. Lebih banyak ruang letak kereta kerana orang yang berjoging sudah beransur pulang .
Taman Metropolitan Relau
Ini suasana selepas jam 10 pagi dan pada waktu petang. Lebih ramai dan padat
Kolam Taman Metropolitan Relau ni boleh dikatakan bersih kerana di hadkan untuk kanak-kanak sahaja .

Datang ke sini jangan lupa bawa pakaian yang sesuai untuk anak mandi kolam. Silap haribulan ada yang balik tak pakai baju pulak.Haha. 

Boleh bawa anak kenali pokok buah-buahan tempatan .
Semua jenis durian boleh belajar namanya di sini .

Dan kat sini pun tiada gerai yang menjual makanan sepanjang masa. Jadi sebelum masuk ke taman ni bolejh lah singgah stesen minyak beli bekalan makanan sambil nak menikmati keindahan alam semulajadi.

Bilik menyusu dan menukar lampin ada disediakan .
Tandas yang selesa .

Secara keseluruhannya Taman Metropolitan Relau memang tempat yang selesa untuk bawa anak bersiar-siar di waktu petang dan hari cuti.