Ibubapa mana yang tak risau kalau anak kena sembelit kan. Lagi-lagi kalau yang alaminya tu masih bayi dan belum pandai bercakap.

Lebih awal kita dapat kesan tanda atau gejala sembelit ni, lebih baik, sebab kita boleh elakkan dari jadi lebih serius.

Jadi, jom kenali tanda-tanda anak sembelit supaya kita boleh ambil langkah-langkah awal untuk atasinya.

TANDA-TANDA SEMBELIT:

  • Mendengus dan meneran pada setiap pergerakan
Tanda Anak Sembelit Yang Ibubapa Perlu Tahu
Mimik muka anak meneran petanda anak sedang alami sembelit
  • Menangis dan kelihatan tidak selesa semasa membuang air besar
Tanda Anak Sembelit Yang Ibubapa Perlu Tahu
Setiap kali membuang anak akan menangis sakit
  • Mengeluarkan najis pejal lebih dari sekali dalam sehari
  • Meragam
Tanda Anak Sembelit Yang Ibubapa Perlu Tahu
Anak meragam sebagai isyarat ketidakselesaannya
  • Sakit pada abdomen
  • Gastrik
  • Abdomen yang keras
  • Najis bercampur darah kerana rektum yang luka akibat najis yang keras
  • Najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul

Untuk lebih mengetahui tahap kesihatan anak, kita juga boleh mengenalinya melalui tekstur najis anak. Boleh rujuk Bristol Chart ini

Rujukan ibubapa berkaitan jenis najis anak

Dari carta ini, boleh dibuat kesimpulan,

  • 1-2 sembelit
  • 3-4 normal
  • 5-7 cirit

Selain itu, warna juga memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada anak kita sihat atau tidak. Contohnya, jika anak kita sembelit, warna najis akan jadi lebih coklat kehitaman dan lebih gelap dari biasa.

Tanda Anak Sembelit Yang Ibubapa Perlu Tahu
Kredit : Set Bersalin Danita HQ

Itulah antara tanda yang kita boleh periksa pada anak. Kalau ada tanda-tanda sembelit ni pada anak, jangan panik dulu.

Sebenarnya, ada beberapa petua atau tips yang kita boleh cuba sendiri di rumah. Baca di tips dan petua atasi sembelit dari rumah.