Tasneem Naturel Lancarkan New Baby Range, Produk Bayi Terbaik di Malaysia

Menanti saat kelahiran cahaya mata adalah saat indah bagi mana-mana pasangan, terutamanya menyambut anak sulung. Segala aspek si kecil akan cuba disediakan sebaiknya.

Perasaan teruja membuat persiapan semakin bertambah bila melewati kedai-kedai barangan bayi tak kira lah samaada di pasaraya mahupun di online sendiri. Pasti semua ibubapa mahu membuat pilihan terbaik untuk cahaya mata masing-masing.

Bayi yang masih fragile yang terdedah pada penggunaan produk dengan bahan kimia berbahaya akan mengalami perbagai kesan buruk

Seboleh mungkin kita mahu elakkan anak kecil yang masih fragile itu dari produk-produk yang boleh bawa mudarat pada kesihatan anak untuk jangka panjang.

Memahami ibubapa hari ini yang semakin cakna mengenai produk jagaan bayi yang selamat tanpa bahan kimia berbahaya, Tasneem Naturel melancarkan 10 rangkaian produk bayi terbaik khusus untuk ibubapa di Malaysia.

Rangkaian produk lengkap ini meliputi keperluan asas seperti mandian bayi, minyak urutan bayi, losyen, hand sanitizer hinggalah keperluan khusus seperti pencuci botol susu, spray mudah tidur, spray penghalau serangga dan spray pelindung mainan.

Mandian bayi terbaik CF bath & Calm Bath

Dua jenis mandian ini bukan semata-mata mandian untuk bersihkan badan, tapi ia juga mempunyai efek dari essential oil yang digunakan dalam mandian ini.

CF bath mandian untuk redakan demam bayi

CF bath dirumus dari ekstrak sireh dan tea tree oil sebagai antiseptik. Mandian ini juga mempunyai ekstrak strawberry yang merupakan agen pembersih kulit yang sangat bagus.

Selain itu kandungan essential oil orange, lemon, cypress, eucalypthus, frankinsense sangat bagus untuk melegakan rongga pernafasan, mencairkan kahak dan melegakan selsema.

Mandian ini juga boleh digunakan untuk turunkan suhu demam kerana mengandungi minyak dari lemon. Tak perlu kita bersusah payah sediakan perahan lemon lagi bila anak demam.

Dengan segala kebaikan bahan yang ada di dalam mandian ini, tak hairanlah ia menjadi hot produk di Tasneem Naturel.

Calm bath mandian untuk tenangkan bayi

Calm bath pula adalah mandian yang dirumus dengan essential oil khusus untuk memberikan rasa tenang pada anak. Mandian ini sangat disyorkan untuk anak kecil yang kerap meragam dan tidur kurang nyenyak.

Kandungan essential oil Roman Chamomile, Tangerine, Bergamot, Marjoram, Sweet Orange dan Geranium di dalam telah terbukti sangat bagus untuk mengurangkan ketegangan otot dan membantu anak lebih tenang dan tidur lena.

Resty Oil, Minyak Baby Terbaik

Minyak baby penting untuk mengekalkan kelembapan kulit bayi. Kulit kering boleh mendatangkan rasa tidak selesa terutamanya bayi dengan kulit sensitif.

Namun penggunaan minyak bayi dengan kandungan minyak mineral (mineral oil) sebenarnya hanya mengundang masalah yang lebih besar pada bayi kelak. Ia mengandungi bahan berbahaya untuk tubuh dan boleh menyebabkan pori kulit tersumbat.

Kerana itu Resty oil dari Tasneem Naturel hanya mengandungi minyak dari bahan semulajadi. Resty oil mengandungi Jojoba oil, sweet almonds oil dan grapeseed oil. Semua minyak semulajadi ini sangat bagus untuk kulit dan selamat digunakan pada bayi tanpa was-was.

Selain itu Resty oil juga mengandungi essential oil eucalyptus, lemon, lavender, dan rosemary. Semua minyak ini memberi efek menenangkan anak, mengurangkan batuk dan selsema serta membantu tidur yang nyenyak.

Bahan Kimia ini Perlu Dielakkan dalam Produk Bayi
Bayi sebaiknya diurut dengan minyak yang selamat untuk dimakan

Resty oil boleh digunakan semasa proses urutan bayi serta digunakan sebagai minyak rambut kerana minyak rosemary dapat membantu melebatkan rambut.

Kalmy losyen untuk elakkan Bayi Kulit Kering

Kalmy adalah losyen bayi yang dirumuskan dari bahan semulajadi sepenuhnya. Ia mengandungi shea butter sebagai asas dan essential oil roman chamomile, marjoram, tangerine, sweet orange, geranium dan bergamot.

Semua essential ini bagus untuk kesihatan kulit dan memberikan efek tenang. Minyak tangerine juga bagus untuk atasi masalah sembelit. Losyen ini boleh digunakan sebagai pelembab selepas mandikan bayi.

Hand sanitizer untuk bayi

Semua tahu kepentingan menggunakan hand sanitizer, namun tak banyak yang selamat untuk bayi kerana mengandungi alkohol sebagai antiseptik. Ia tidak selamat untuk bayi yang suka masukkan tangan ke dalam mulut.

Kerana ini Tasneem Naturel mengeluarkan hand sanitizer tanpa alkohol yang menggunakan ekstrak sireh sebagai antiseptik. Pemekat hand sanitizer ini adalah dari gel aloevera yang juga bagus untuk kesihatan kulit.

Ia juga menggunakan wangian semulajadi dari essential oil di dalam hand sanitizer tersebut. Ia datang dengan 2 bau berlainan iaitu wangian dari berry dan wangian dari geranium.

Kleenzy Pencuci Botol Susu Terbaik

Bayi adalah insan fragile yang sangat mudah terdedah kepada pencemaran. Kerana itu semua barangan bayi terutamanya botol dan puting susu perlu dibersihkan sebaiknya.

Kleenzy adalah pencuci botol susu yang menggunakan ekstrak sireh sebagai agen pembersih. Ia tidak mengandunyi SLS dan paraben yang berbahaya untuk bayi.

Minyak kelapa sawit di dalam kleenzy dapat mencairkan kerak susu dengan mudah kerana bahan natural dalam minyak dan kerak susu saling bertindak balas. Kleenzy juga boleh digunakan sebagai pencuci buah dah sayuran.

Sleepy Spray untuk Bayi Mudah tidur

Masalah bayi tidur tidak nyenyak sering menghantui ibubapa terutama ketika berpantang. Sleepy sangat membantu mengatasi masalah ini dengan hanya spray bantal, buaian atau stroller bayi supaya haruman Sleepy dapat dicium oleh bayi.

Sleepy hanya mengandungi minyak lavender dan tea tree telah terbukti dapat memberikan efek tenang. Bila bayi tenang mudah untuk tidur dengan nyenyak

Spray Bac-out Cara Mudah Bersih Mainan Anak

Mainan anak sentiasa terdedah kepada bakteria dari persekitaran. Tambahan pula anak kecil suka memasukkan mainan ke dalam mulut, memang merisaukan.

Jadi ibubapa boleh mengambil inisiatif untuk spray Bac-out pada mainan anak. Bac-out hanya mengandungi ekstrak sireh, ekstrak rosemarry dan kaffir lime sebagai antiseptik.

Bugs away Spray Nyamuk untuk Bayi

Nyamuk memang suka sangat kat bayi kan, terutamanya bila balik kampung. Dah la bayi tak boleh nak tepis nyamuk lagi, Habis merah-merah kulit kena gigit. Ini semua buat bayi rasa tak selesa dan mula meragam.

Bugs away dengan minyak citronella (serai) adalah bahan yang sangat tak disukai oleh serangga termasuk nyamuk. Jadi sebelum bawa anak ke tempat yang banyak nyamuk, pastikan anda sembur bayi dengan bugs away ni dulu. In syaa Allah bila tiada nyamuk yang sudi datang dekat, bayi pun selesa.

Ok, itulah semua 10 produk jagaan bayi dalam New Baby Range produk dari Tasneem Naturel. Semoga kehadiran produk dari bahan semulajadi sepenuhnya ini di pasaran dapat membantu ibubapa menguruskan si manja dengan lebih mudah in syaa Allah.

“Resty oil best! suka sangat bau dia. memang sapu sebelum tido kat badan anak2. lepas tu sapu jugak kat rambut anak. yang bestnya, rambut anak jadi lebih lebat. klau tak bertahun tak hitam2. ni dah boleh sikat tepi tau” _Lynn_

“Losyen ni khaleeda yang suka perabihkan. Alasan nak kulit cantik. Tapi memang pun cantik kulit dia. Sebelum ni dia pernah kena kudis buta, kulit kai jadi kering. Sapu losyen ni. kulit gebu n kalau kena gigit nyamuk pun kurang berbekas.”

“Anak saya eczema kering skrg mmng guna losyen ni. Lpas mandi masa badan lembab2 tu saya sapu losyen. kulit dia dah tak berapa kering. Bau wangi and anak pun suka. Mostly membantu sangat” _khairul bariah_