Kalau beli buku ABC untuk anak-anak mesti ada tulisan dot..dot.. tu kan. Tak pernah ambil serius pun dengan tulisan tu, cuma fikir ia untuk mudahkan anak belajar menulis. Tapi masa saya nak latih anakanda Faqihah menulis dulu, dia tak suka guna pensel. Bila ajak pegang pensel ja menolak. Jadi saya pun mulalah mencari-cari panduan di alam maya.
Masa tu barulah saya jumpa pelbagai teknik untuk melatih anak menulis tanpa menggunakan pensel. Lagi menarik rupanya. Dan Faqihah sangat suka belajar dengan teknik-teknik tu semua. Alhamdulillah. Masa ni barulah saya tahu kepentingan teknik menyurih.
Teknik menyurih tulisan dapat membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor halus yang penting untuk mereka melakukan tugasan lain, contohnya belajar menulis. Ia juga akan membantu mengembangkan koordinasi tangan-mata, ketangkasan dan kecerdasan ruang.
sumber : www.reference.com
Teknik menyurih tidak semestinya bermula dengan menggunakan pensel. Boleh sahaja menggunakan jari, pensel warna, krayon dan bahan lain untuk menyurih seperti yang sudah dikongsikan di SINI. Untuk artikel ini saya akan kongsikan teknik menyurih menggunakan pensel bagi anak yang sudah bersedia untuk belajar menulis.
Menyurih garisan dan lekuk
Sebelum menyurih huruf, biasakan untuk anak menyurih garis tegak, garis condong, lekuk dan bulatan. Aktiviti ini adalah asas untuk anak boleh menulis huruf kerana bentuk huruf adalah gabungan antara garis-garis dan lekukan. Boleh dapatkan pelbagai bahan secara online untuk dicetak dari printactivities.com
Menyurih di atas tulisan gelap
Tulis apa sahaja menggunakan pen marker. Kemudian letakkan kertas surih (kertas lutsinar) di atas tulisan gelap itu dan minta anak menyurih menggunakan pensel atau marker.
Tulisan pelangi
Beri 4 batang pensel warna berlainan warna, minat anak surih mengikut lukisan huruf, nombor, perkataan atau bentuk. Hanya gunakan 1 warna setiap kali surihan. Ia akan menghasilkan lukisan berwarna warni. Anakanda Faqihah sangat suka dengan kaedah rainbow writing.
Guna kad tulis padam
Gunakan kad tulis padam bersama whiteboard marker. Anak boleh tulis berulang kali sehingga cekap. Boleh tulis bahan yang hendak disurih pada kertas dan laminated. Untuk kemudahan boleh dapatkan kad tulis sedia guna seperti Kad Menulis WOW atau Flashcard Tulis Padam ini.

Kad menulis WOW direka untuk membantu anak belajar menulis secara santai dan seronok tetapi berkesan
Pelbagaikan aktiviti surihan
Beri peluang kepada anak untuk cuba pelbagai surihan seperti garis, lekuk, huruf, nombor, bentuk, nama dan gambar. Aktiviti yang berulang-ulang ini meningkatkan kecekapan anak menggunakan pensel. Aktiviti menyurih juga akan menguatkan memori anak mengenai bentuk huruf yang betul. Kemahiran ini sangat membantu anak menulis dengan baik kelak.