Kehidupan seorang ibu sangat memerlukan kekuatan emosi. Andai emosinya rapuh, pasti setiap hari anak akan menjadi mangsa. Dan secara fitrahnya ibu akan rasa terkilan selepas marahkan anak.

Betul tak?

Hakikatnya semua ibu nak jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kan. Cuma seringkali kecundang dengan ledakan emosi. -_- Saya sendiri sentiasa berusaha mengingatkan diri untuk menjadi setenang yang mungkin apabila menguruskan anak-anak.

Salah seorang figura yang saya suka pendekatannya dalam menguruskan emosi ialah Puan Maznah Ibrahim. Beliau merupakan seorang kaunselor berdaftar di Hospital Arau, Perlis. Beliau juga banyak mengendalikan seminar keibubapaan untuk mendidik ibubapa di Malaysia mempunyai ilmu yang lebih mantap dalam menguruskan anak-anak.

Baru-baru ini saya berpeluang mengikuti satu seisi video live dimana beliau berkongsi teknik untuk melakukan pernafasan dengan betul. Sebelum ini saya pernah beberapa kali mendengar mendengar mengenai kebaikan teknik pernafasan. Tetapi inilah kali pertama saya belajar secara praktikal bagaimana melakukan pernafasan yang betul.

Puan Maznah Ibrahim sedang menunjukkan teknik untuk melakukan relaksasi pernafasan untuk mengatasi masalah sakit kepala

Puan Maznah Ibrahim sedang menunjukkan teknik untuk melakukan relaksasi pernafasan untuk mengatasi masalah sakit kepala

Pernafasan adalah kaedah paling mudah untuk menguruskan stress. Kerana ianya PERCUMA dan mudah dilakukan tanpa sebarang alat. Betapa Allah mengurniakan nikmat yang besar kepada kita dalam menguruskan diri tapi kita tidak gunakan sebaiknya.

Di dalam video tersebut beliau menunjukkan bagaimana melakukan relaksasi pernafasan yang paling optimum untuk merasai ketenangan. Kuncinya apabila bernafas, orang tersebut akak kembung/naik pada bahagian perut, bukan dada. Keadaannya seperti orang yang sedang nyenyak tidur, perutnya yang turun naik.

Selain itu beliau juga menunjukkan teknik relaksasi pernafasan untuk menghilangkan sakit kepala. Kebiasannya kita cenderung untuk fokus berfikr mengenai sesuatu perkara sehingga membawa sakit kepala. Ia kerana berfikir banyak menggunakan otak bahagian kiri. Apabila oksigen kurang sampai ke otak, sakit kepala pun timbul.

Relaksasi pernafasan untuk mengurangkan sakit kepala adalah dengan menutup lubang hidung sebelah kanan. Semasa mempraktikkan bersama-sama denagan beliau, terus saya rasai ada perbezaan apabila menggunakan teknik relaksasi pernafasan yang ditunjukkan.

Untuk merasai sendiri kebaikan relaksasi pernafasan ini, klik video di bawah dan buat bersama Puan Maznah ibrahim setiap langkah yang diberikan. In syaa Allah selepas ini ibu-ibu akan merasai perbezaan dalam setiap pernafasan.

Video Teknik Relaksasi Pernafasan

Selamat bernafas dengan betul 🙂