
Teks : Sakina Hamid
Foto : Sakina Hamid
Hujung minggu adalah saat yang dinanti oleh seisi keluarga. Ibubapa nak lebih banyak masa bersama keluarga, sambil melepaskan lelah bekerja seminggu. Dan bagi anak-anak pula ini waktu untuk dia bermanja lebih dengan ibubapa.
Namun berada di rumah sepanjang hari bukanlah suasana yang bagus untuk anak-anak. Mengadap televisyen dan gajet sepanjang hari hanya akan menghidangkan hujung minggu yang suram kepada anak-anak. Di sini saya kongsikan aktiviti hujung minggu untuk anak-anak yang tidak memerlukan kos yang besar.
1) Bermandi-manda
Aktiviti dengan air dapat menstabilkan ion-ion dalam badan seterusnya meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal kita. Bawalah anak bermandi manda di laut, sungai mahupun kolam. Anak juga dapat belajar lebih banyak dari alam semulajadi dalam keadaan tenang.
2) Berjalan di taman
Walaupu hampir setiap hari anak bermain di taman permainan, tapi ia masih aktiviti yang mengujakan mereka. Bawalah ke taman permainan berlainan bagi mereka merasai pengalaman baru. Tambahan pula sekarang terdapat taman permainan bertema dan mempunyai kemudahan yang pelbagai. Semua peralatan canggih itu dapat kita gunakan dengan PERCUMA! Untungkan.
3) Perpustakaan
Walaupun anak sudah penat bersekolah 5 hari, tapi perpustakaan masih menjadi tempat yang mengujakan bagi mereka. Suasana perpustakaan yang kondusif dan ceria manarik minat anak untuk berada si sana. Pelbagai buku-buku menarik serta bahan-bahan aktiviti indoor juga menyebabkan anak tidak jemu berada di perpustakaan.
Yang penting, ia selamat dan sangat selesa untuk mereka membaca secara santai. Selain itu perpustakaan awam juga ada menyediakan aktiviti mingguan bagi ahli perpustakaan. ia secara tidak langsung akan meluaskan lagi pergaulan anak-anak. Ia pasti akan menjadi aktiviti hujung minggu yang menyeronokkan bagi anak-anak.
4) Rumah saudara/kenalan
Sesekali bawalah anak berkunjung ke rumah orang lain. Selain mengeratkan silaturrahim, anak juga boleh belajar banyak perkara di sana. Selain itu ia juga sedikit sebanyak memberi gambaran ‘wajah sebenar’ anak-anak apabila berada di luar. Ibubapa dapat mengambil peluang untuk menasihati dalam membentuk akhlak anak-anak yang sedang membesar.
Pelbagai pihak di luar saya gigih menyediakan pelbagai aktiviti hujung minggu untuk anak-anak yang tidak memerlukan kos yang besar. Dari pihak kerajaan, swasta, ngo malah dari persatuan-persatuan penduduk juga seringkali menganjurkan aktiviti keramaian dari masa ke semasa. Adalah rugi apabila kita tidak mengambil peluang membawa anak-anak kesana untuk melihat pameran, menyertai pertandingan dan melihat pelbagai persembahan yang mencambahkan minda mereka. Segala pengalaman ini akan menjadi pengalaman berharga kepada anak-anak.
Semoga perkongsian mengenai aktiviti hujung minggu untuk anak-anak ini dapat memberikan sedikit idea kepada ibubapa mengisi masa hujung minggu yang lebih berkualiti bersama anak-anak, in syaa Allah