Tips atasi ketagihan gajet saya dah praktikkan pada anak-anak sejak mereka kecil. Bab TV/gajet ni saya yang tegas dengan anak-anak. Suami pada peringkat permulaan tak ambil pusing sangat, tetapi selepas anak sulung speech delay dan ketagihan gajet suami pun sama-sama usaha elakkan anak dengan gajet.

Pengalaman dengan 3 anak sebelum ni, bab gajet ni kita kena bagi anak jelas.

  • bila boleh tengok/guna gajet
  • apa boleh tengok/buat dengan gajet

Bila anak faham 2 benda ni in syaa Allah benda lain mudah nak diuruskan. Lebih penting lagi jangan pulak kita mak ayah kat tangan setiap masa ada telefon.

Kita boleh nak bagi arahan kat anak, tapi anak hanya akan ikut apa yang kita tunjuk. Kami kerja di rumah, jadi memang fahamkan anak2, abah ummi buat kerja.

Tapi kena pastikan betul-betul buat kerja lah bukan layan gossip kat medsos.hahah. Pandai2 la nak menyelam atau waktu santai2 bukan depan anak2. (Jadi harap faham kalau saya tak respon komen anda, saya di bawah pemerhatian 不不)

Ok berbalik pada screenshot ni kan, saya hormati keputusan ayah ini untuk bertegas dengan penggunaan gajet anak-anak.

TAPI paling penting adalah ayah kena uruskan macam mana nak pastikan perlaksanaan itu berlaku dengan adil untuk anak dan isteri anda.

Kalau anak tak tengok TV, maksudnya mereka tiada aktiviti untuk isi masa seperti sebelum ini. Jadi ayah kena bincang dengan ibu untuk cari alternatif apa aktiviti anak boleh buat sepanjang mereka di rumah.

Ya, sepanjang masa tu kena ada perancangan, bukan main cakap suruh diorang baca buku. Buku sedia tak? berapa minit anak boleh duduk baca buku? Ini contoh.

Sama juga aktiviti lain, kena pastikan apa keperluan. Siapa yang akan pantau anak-anak kalau masih bawah umur?

Ini semua perlukan perbincangan dan pertimbangan, bukan hanya arahan.

Secara mudahnya mestilah ibu yang akan sentiasa memantau aktiviti anak sepanjang ketiadaan ayah di rumah. Jadi kat sini perlu faham bahawa isteri tidak boleh memberi keutamaan kepada kerja rumah sewaktu ayah tiada di rumah.

Tak mustahil pun, saya dengan suami memang macam tu waktu ada anak kecil.

Saya akan masak sebelum suami keluar kerja, kemas rumah mana perlu. Sepanjang saya kat rumah saya mengadap anak2 ja.

Dengar macam senang ja kan, ayah cubalah jaga sehari TANPA TV. Nanti kongsikan dapatan anda.haha.

Saya hanya akan buat kerja bisnes atau menulis yang panjang2 macam perkongsian ini waktu anak nap atau diorang main sendiri.

masak

sapu sampah

kemas rumah sampai berkilat

Semua ni saya tak buat waktu suami takda di rumah. Sebab anak tanpa gajet akan jadi anak yang kreatif tahap Einstien. Ini satu hakikat yang anda kena terima.

Diorang punya akal tu tak terjangkau jadi keselamatan perlulah diutamakan. Lagipun anak akan cepat bosan dibiarkan sendiri, mak memang kena buat lah apa2 aktiviti mengisi masa mereka. Mak pakai topi cikgu tadika waktu ni, harap maklum.

Dan bila ayah kembali ke rumah waktu petang, jangan bayangkan isteri akan sambut dengan rumah tersusun indah dan minum petang yang enak2 atas meja.

Suami saya sampai rumah ja terus saya pass baby, saya nak sambung kerja2 yang tak setel sepanjang ‘ngadap’ anak siang tadi.

Hahah..ada jugak ayah yang tak jadi nak off gajet kan lepas baca ni kan.kihkih.

Ada 1 kata-kata dalam buku parenting ni cakap

“Parenting kalau tak penat tandanya anda belum lakukan dengan betul”

Haha gitulah ibuayah, nak buat apa2 untuk anak marilah penat bersama2. Tak lama pun sebenarnya, saya dah mula buat benda ni dari anak sulung sekitar 3,4 tahun.

Alhamdulillah sekarang ni dia dah tingkatan 1, mula nampak satu persatu kebaikan kawal penggunaan gajet satu ketika dulu.

Kami latih anak jadi creator, bukan pengguna. Banyak benda anak2 akan teroka bila mereka tak ‘dikawal’ oleh gajet.

Semalam pun anak balik bagitahu dapat hadiah untuk pertandingan buat video kat sekolah. Alhamdulillah.

Untuk idea lakonan minggu solidariti kelas pun dia hasilkan skrip, semua dia google sendiri harap takda la fakta sesat.haha.

Kita tak perlu pisahkan terus anak dari kemajuan teknologi, tapi kita bimbing mereka gunakan dengan cara yang betul.

Macam mana?

Mulakan dengan hentikan ketagihan kita dan anak-anak kepada content orang lain, dan mula gunakan gajet untuk kebaikan.

In syaa Allah inilah perjuangan kita ibubapa akhir zaman, hanya kepadaNYA kita mohon kekuatan.