Tips Beli Rumah Untuk Yang Bekerja Sendiri ini saya catat dari perkongsian seorang perunding hartanah berpengalaman. Alhamdulillah hari ini berpeluang belajar ilmu penting untuk orang bisnes yang nak beli rumah sendiri.

Bagi orang bisnes, kelayakan membeli rumah di nilai dari profiling kewangan kita. Transaksi harian tidak penting jika profile kewangan kita tidak menepati kehendak bank.

Tips Beli Rumah Untuk Yang Bekerja Sendiri

Ini adalah panduan asas membina profile kewangan yang dikongsi oleh agen hartanah, Puan Noraini Rahim.

Tips Beli Rumah Untuk Yang Bekerja Sendiri PERTAMA : Berdaftar dengan SSM

Perkara paling asas untuk layak membuat pinjaman ialah mendaftar syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ini bagi menunukkan kita betul-betul menjalankan perniagaan yang sah di sisi undang-undang.

Tips Beli Rumah Untuk Yang Bekerja Sendiri
Berdaftar dengan SSM adalah syarat asas untuk pelbagai urusan rasmi

Buka akaun atas nama syarikat

Pastikan urusniaga menggunakan akaun semasa atas nama syarikat. Akaun ini hanya untuk menunjukkan kita mempunyai aktiviti bisnes. Jumlah transaksi harian tidak menjadi keutamaan pihak bank.

Sekarang boleh letak berapa sasaran harga rumah yang hendak di beli. Contoh dalam tulisan ini adalah untuk perancangan membeli rumah berharga 500k. Bagi rumah 500k, anggaran ansuran bulanan ialah rm2500 (bergantung pada depostit dll).

Buka akaun Simpanan Tetap

Buka 1 akaun simpanan tetap (Akaun bank/Tabung Haji/ASB dll), buat simpanan rm2500 sebulan, selama 6 bulan. Simpanan ini tidak boleh diusik.

Akaun ini adalah sangat penting untuk membuktikan kedudukan kewangan yang kukuh bagi seorang pemilik bisnes. Mudah faham nya jika mampu simpan sebulan rm2500, pastilah mampu bayar pinjaman sebanyak itu setiap bulan kan.

Buat potongan KWSP dan isytiharkan cukai

Boleh tingkatkan lagi kreadibliti kewangan kita dengan membuat potongan KWSP untuk diri sendiri, mengistiharkan cukai, memastikan penyata CCRIS bersih dan lain-lain.

Tips Beli Rumah Untuk Yang Bekerja Sendiri : Pastikan Rekod Bayaran Balik Pinjaman Bagus

Selain itu rekod bayaran balik pinjaman terdahulu yang bagus juga menunjukkan kemampuan kita membuat bayaran balik pinjaman kelak.

Jika anda berusia 26 tahun dan tidak pernah membuat sebarang pinjaman, boleh melanggan kad kredit untuk meningkatkan kreadibliti kewangan kepada pihak bank.

Kesimpulannya untuk mendapat pembiayaan dari pihak bank, anda tidak perlu mempunyai pendapatan yang terlalu tinggi. Tetapi mempunyai profiling yang bagus kepada pihak bank.

Semoga tulisan ini dapat membantu tuan/puan membuat perancangan untuk memiliki rumah melalui pendapatan bisnes.