Saya menangis kerana lapar

Jika bayi anda menangis , cuba berikan dia susu kerana besar kemungkinan dia sedang lapar.Dia tidak akan berhenti menangis dengan serta merta, tapi teruskan penyusuan jika dia mahu, dia akan mula bertenang apabila perutnya terisi.

Bayi yang baru dilahirkan akan kerap lapar, jadi tempoh masa penyusuan lebih pendek tetapi kerap. Walaubagaimanapun, jika bayi anda sudah disusukan dan masih menangis, mungkin dia menyatakan keperluan seterusnya.

Saya menangis kerana tidak selesa

Memeriksa lampin bayi dan menukarkannya mungkin akan memenuhi keperluannya, jadi eloklah dicuba. Masih teringat semasa anak ke dua saya berada di NICU. Lampin pakai buangnya ditukarkan setiap 3 jam sekali. Ini bagi memastikan keselesaan bayi dan mengelakkan ruam lampin.

Pastikan juga lampin yang dipakaikan tidak terlalu ketat. Jadikan 2 jari, jari telunjuk dan jari tengah sebagai penanda aras samada lampin dipakaikan terlalu ketat atau tidak dengan memasukkan 2 jari ini semasa melekat pita pelekat pada lampin pakai buang.

Pilihan baju yang sesuai juga sangat penting. Baju yang terlalu tebal dan ketat mungkin juga memberikan ketidakselesaan kepada bayi. Periksa tahap kepanasan bayi dengan menyentuh pada bahagian perut bayi. Bukan menyentuh pada tangan atau kaki. Ini kerana kaki dan tangan bayi sentiasa rasa sejuk. Jika lampin sudah ditukar, baju sudah ditukar, tetapi masih menangis, bayi mungkin ingin menyatakan keperluan seterusnya.

Saya menangis kerana terlalu panas atau terlalu sejuk

Bagi bayi yang tidak sukakan angin sejuk menyentuh tubuhnya, cepat-cepat lah pakaikan lampin dan baju sebaik sahaja selepas mandi. Sapukan  ‘stommy oil ‘ pada tapak kaki dan perut bayi agar lebih selesa.

TIPS IBU PERLU KUASAI BAGI  MENENANGKAN BAYI
Stommy Oil minyak telon yang sesuai untuk bayi

Pilih baju yang sesuai dengan bayi. Jika bayi yang tidak sukakan keadaan panas, pakaikan baju lubang-lubang agar pengudaraan lebih baik. Jika bayi tidak sukakan suasana sejuk, pakaikan baju yang lebih tebal. 

Berhati-hati juga supaya tidak memakaikan terlalu banyak lapis baju sehingga bayi akan terlalu panas. Satu petua yang perlu diingat adalah, bayi perlukan hanya satu lapis pakaian yang lebih daripada anda untuk merasa selesa.

Anda boleh memeriksa bayi anda samada bayi anda terlalu panas atau terlalu sejuk dengan menyentuh perutnya. Jika dia terasa terlalu panas, buangkan satu lapisan selimut, jika dia sejuk tambah satu. Jangan berpandukan kepada suhu tangan atau kakinya kerana adalah normal bagi kaki dan tangan bayi terasa agak sejuk. Kekalkan suhu bilik anda pada 24-25 o C. Gunalah termometer untuk menentukan suhu bilik.

Saya perlu dipeluk

Setengah bayi sangat suka dipeluk dan dimanjakan. Bayi yang lebih besar akan menjadi tenang jika dia boleh nampak anda dan mendengar suara anda dalam bilik, tetapi bayi yang baru lahir lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadi selesa.

TIPS IBU PERLU KUASAI BAGI  MENENANGKAN BAYI
Anak rasa selamat berada dalam pangkuan ibu

Jika anda telah memberi bayi makan dan menukar lampinnya, anda akan dapati bahawa sekarang dia hanya mahu dipeluk. Eloklah diamalkan penggunaan ‘balm calm time’ dengan menyapu ditapak kaki, di pergelangan tangan, dibelakang telinga dan dibahagian belakang badan.

Kandungan minyak pati tumbuhan (eo) yang ada dalam balm calm time dapat memberikan ketenangan kepada bayi anda. Bayi anda mungkin tidak akan menangis lagi kerana rasa tenang walaupun anda tidak memeluknya sepanjang masa.

Setengah ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika didukung berlebihan, tetapi sebenarnya, dalam bulan-bulan pertama kehidupannya, perkara ini agak mustahil. Sesetengah bayi tidak perlu terlalu banyak sentuhan fizikal, manakala yang lain mahu dipeluk hampir sepanjang masa.

Jika bayi anda perlu banyak didukung, anda mungkin mahu mencuba gendong bayi, yang membolehkan bayi berada rapat dengan anda dan membebaskan tangan anda untuk membuat kerja lain. Ini mungkin jalan terbaik bagi anda berdua.

TIPS IBU PERLU KUASAI BAGI  MENENANGKAN BAYI
Buaian sinonim dengan keperluan ibu bapa masa kini untuk menidurkan anak

Namun dalam kalangan masyarakat Melayu budaya kendong anak setiap masa jarang berlaku. Ibu bapa baru diajar supaya meletakkan sahaja bayi dibuaian dan dibuaian sehingga tidur. Ada juga yang menggunakan buian elektrik, namun ini tidak digalakkan.

Saya perlukan rehat

Memang mudah bagi kita menyangka yang bayi akan tertidur apabila mereka mengantuk, tidak kira di mana mereka berada kerana kebanyakan bayi berbuat demikian. Tetapi, jika bayi anda telah mendapat terlalu banyak perhatian – mungkin hari itu sibuk dan ramai pelawat datang ke rumah, bayi anda mungkin terlalu terangsang dan mendapati sukar untuk “tutup suis” dan bertenang.

TIPS IBU PERLU KUASAI BAGI MENENANGKAN BAYI
Balm calmtime membantu menenangkan anak

Bayi baru lahir  mendapati sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa hingga boleh menjadi gelisah. Cahaya lampu, bunyi bising dan saudara mara yang masing-masing mahu menarik perhatiannya cukup membuatkan dia resah.

Ramai ibu bapa mendapati bayi menangis lebih daripada biasa apabila saudara mara datang melawat, atau apabila petang menjelma. Jika anda tidak nampak sebab tertentu mengapa bayi anda menangis, dia mungkin cuba memberitahu anda, “Saya dah tak tahan lagi”. Jika anda bawa dia ke tempat yang tenang dan senyap, kurangkan ransangan secara perlahan, dia mungkin akan mengeskspresikan perasaannya dengan menangis sekejap sebelum bertenang dan terus tidur.

TIPS IBU PERLU KUASAI BAGI  MENENANGKAN BAYI
Cara penggunaan balm calmtime

Sebelum hal ini berlaku, eloklah anda bersiap sedia. Tenangkan dahulu bayi anda. Sapulah ‘balm calm time’ pada bayi anda di tapak kaki, pergelangan tangan, belakang telinga dan bahagian belakang badan. Sapuan ini bukanlah sapuan magik, ini adalah salah satu usaha supaya bayi anda dalam keadaan tenang, tidak tantrum sehingga anda sendiri tidak tahu puncanya.

Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa lebih sihat

Jika anda telah pun memberi bayi makan dan memastikan dia selesa, tetapi dia masih terus menangis, anda mungkin tertanya-tanya samada dia sakit atau mengalami kesakitan. Mereka yang baru bergelar ibu atau bapa sering mendapati sukar untuk mengetahui samada bayi mereka menangis kerana dia adalah bayi yang tidak gembira (sesetengah bayi begitu, dan mereka mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri untuk hidup di dunia) atau samada memang ada sesuatu yang tak kena.

Bayi yang sakit lazimnya menangis dengan suara yang berlainan daripada tangisan biasa. Tangisan kesakitan mungkin berbunyi cemas atau nyaring.

Begitu juga dengan bayi yang sering menangis; sekiranya dia mula diam, ini mungkin petanda yang dia kurang sihat. Yang paling penting untuk diingati ialah tiada siapa yang mengenali bayi anda seperti anda sendiri. Jika anda rasa mungkin ada masalah tertentu, hubungilah pakar pediatrik atau doktor.

Pakar perubatan profesional lazimnya akan mempertimbangkan kebimbangan anda secara serius, dan anda akan merasa lebih tenang jika diberitahu tiada sebab fizikal bayi anda menangis. Anda perlu menghubungi doktor jika bayi anda mengalami kesesakan nafas apabila menangis, atau jika tangisan diikuti dengan:

TIPS IBU PERLU KUASAI BAGI  MENENANGKAN BAYI
Teknik sapuan balm T-rub untuk anak

Ibu bapa janganlah panik apabila berlaku situasi begini.Tindakan awal jika dirumah anda ada ‘balm t- rub’ pasti dapat melegakankan perut bayi anda. Sapu di tapak kaki dan dibahagian perut mengikut urutan ILU. Jika bayi masih menangis dengan nada yang berbeza, eloklah dibawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.

Saya perlukan sesuatu … tetapi saya tak tahu apa yang saya mahu

Kadang-kala anda mungkin tidak dapat menduga apakah masalahnya apabila bayi anda menangis. Ramai bayi baru lahir melalui masa-masa apabila dia meragam dan sukar dipujuk. Keadaan tidak gembira atau tangisan yang sukar dipujuk ini boleh berlangsung selama beberapa minit atau beberapa jam. Tangisan yang tidak berhenti selama beberapa jam ini juga dikenali sebagai kembung atau kolik.

Kembung atau kolik didefinisikan sebagai tangisan yang tidak dapat ditenangkan yang berlangsung selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tidak kurang daripada tiga hari dalam seminggu. Ramai ibu bapa mendapati sukar untuk menguruskan bayi yang menghidap kolik, dan keadaan itu boleh menyebabkan ketegangan bagi seluruh keluarga.Tiada rawatan ajaib bagi kolik, tetapi keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh tiga bulan. Jika anda sentiasa boleh mengingatkan bahawa keadaan bayi anda itu akan pulih apabila dia membesar, anda mungkin rasa lebih lega.

Amalkan penggunaan ‘balm t-rub’. Selain ‘balm calm time’ sebaik sahaja bayi dimandikan, anda boleh sapukan ‘balm t-rub’.Balm t-rub membantu menyelesaikan masalah kembung, cirit-birit dan ketidakhadaman bayi anda.Mudah sahaja cara menggunakannya. Hanya sapu di dua tapak kaki bayi. Kemudian dibahagian perut bayi dengan urutan ILU. In Sha Allah bayi anda akan membuang dan rasa selesa selepas itu.

Rosikah Noh

Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya melalui:

Whatsapp : +60137632179

Fb PAGE  : Anugerah Niaga

Fb profile  : Rosikah Noh

Instagram : tasneem-naturel- kulai

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge