Alhamdulillah semakin ramai ibubapa yang mengetahui kebaikan Magic Light Clay ini. Minggu ini kebanyakan pelanggan saya mula mendapatkan kit mainan ini untuk anak-anak mereka. Semoga anak-anak mereka memperolehi manfaat yang banyak dari mainan ini.
Membeli mainan untuk anak-anak adalah pelaburan. Jadi bagi memastikan pelaburan itu berbaloi dan mainan tahan lama, saya kongsikan tips untuk menjaga Magic Light Clay ni dari cepat rosak
Main 1 warna sahaja dalam 1 masa
Oleh kerana sifat magic lay ini yang lembut, ia mudah bercampur apabila digunakan dengan warna lain. Biasanya untuk anak usia sekitar 2 ke 3 ni hanya nak main suka-suka menguli saja. Jadi beri anak beberapa bekas warna yang sama sahaja. Kalau bercampur pun tidak la menghasilkan warna yang hodoh.
Hanya apabila anak nak menghasilkan kraf baru bagi pelbagai warna. Latih anak untuk buat 1 bentuk sehingga dia yakin, baru tambah bentuk lain. Ini bagi mengelakkan pelbagai warna bercampur dan meninggalkan kesan warna yang tidak cantik pada hasil kreativiti mereka.
Main di atas permukaan yang bersih
Pastikan permukaan tempat anak bermain tidak mempunyai habuk dan cebisan sampah. Sifat magic light clay yang lembut akan menyebabkan semua benda akan melekat padanya dan menjejaskan struktur asal.

Bermain Magic Light Clay sebaiknya pada permukaan yang bersih supaya kotoran tidak melekat pada doh tersebut
Tutup bekas dengan rapat
Magic Light Clay ini memang sensitif jika didedahkan pada udara terlalu lama. Jadi setiap kali anak bermain, pastikan semua bekas Magic Light Clay di tutup dengan rapat. Bekas yang renggang akan menyebabkan udara masuk dan struktur magic clay tidak lembut lagi.
Simpan segera lepas bermain
Sama seperti playdoh yang lain, selepas main terus masukkan semula ke dalam bekas tertutup. Ini adalah cara yang paling efisien untuk memastikan jangka hayatnya lebih panjang. Magic clay yang terbiar di udara lebih dari 5 jam akan kekal dalam bentuk tersebut.
Selalu buat bulat-bulat
Oleh kerana magic clay tidak boleh didedahkan di udara terlalu lama, saya suka membiasakan anak-anak buat bentuk bulat. Jika terlupa untuk masukkan dalam bekas tertutup, bentuk bulat ini masih boleh digunakan kerana ia akan melantun seperti bola.
Semoga dengan panduan ini memberi idea kepada ibubapa menguruskan Magic Light Clay ini dengan lebih baik dan memberi manfaat yang banyak kepada perkembangan anak-anak. In syaa Allah.