Tips Penting Asah Bakat Anak Pandai Melukis

2
95
views

Anak kedua ni sering di bayangi dengan bakat abang atau kakaknya. Anakanda Fateh memang dari awal suka melukis komik. Tapi Faqihah lebih cenderung pada lukisan bebas tapi ada plot cerita.

Bila Fateh asyik ajak dia lukis komik, dia pun mengadu kat saya

“Ummi, adik tak pandai la lukis komik macam Fateh”

Takpe, adik lukis ja apa2 yang adik nak lukis. Tak payah ikut orang lain.

Dan hasilnya kebelakangan ni Faqihah kerap lukis kronologi cerita macam ni. Tatau la panggil apa kan, tapi dia enjoy dengan apa yang dia lukis. Sejam dia dok senyap mengadap sorang2 nanti ada la hasilnya.

Saya sula layan cerita tanpa dialog begini dan nampak ‘kecomelan’ nya

Bila tengok hasil2 karya Faqihah, saya selalu ingat pesan pakar2 parenting. Dalam mengembangkan bakat anak-anak, ibubapa tak boleh jadi orang yang rigid.

Kena ikut langkah tertentu, kena ikut kehendak orang lain, kena capai kriteria tertentu. Semua tu akan sekat kemampuan anak untuk berimaginasi dengan optimum.

Biarkan mereka berkarya dengan bebas walaupun ‘menyakitkan’ mata mahupun telinga. Telinga tu kalau anak korang ada kecerdasan muzik memang kena sanggup dengar suara dia yang pitching ke laut berejam2 sampai dia puas hati. Haha. Time tu ko memang sangat berharap ada apa2 yang boleh alihkan perhatian dia segera. Bingit wehhhh.kahkah.

Namun itulah harga kesabaran untuk melihat bakat anak berkembang. Anak-anak kita bukan dilahirkan tak hebat, tapi seringkali bakat mereka dinafikan.

Anak nak asah bakat menconteng kena marah, anak menyanyi riuh rendah kena perlekeh, anak cakap banyak suruh diam, anak memanjat suruh duduk diam2. Pastu bila masa anak nak asah bakat tu supaya lebih mahir.

Tak perlu menuding jari pada sistem pendidikan sana sini. Ayuh mulakan dari rumah kita. Buka mata hati untuk melihat bakat anak dan buka peluang seluasnya pada mereka.

Saat itu kalian akan melihat mereka ada ‘kehidupan’ sendiri sejak kecil.

2 COMMENTS

  1. Cantik lukisan Faqihah tu. Lagipun lukisannya ada cerita, ada drama. Kreatif sungguh.

    Dan bertuah juga dia sbb sis Sakinah pun mau melayan, mau bagi semangat.

    Zaman kita dulu-dulu, mmg kena marah dgn mak ayah kalau buat benda begini. Sebab mak ayah kata, habis buku sekolah. Buang duit.

    Bezanyalah anak dulu dan sekarang. Dan bertuahlah anak-anak sekarang kan?
    Suri recently posted…15 Hotel Bajet Terbaik di Kuala Lumpur (Bawah RM 100)My Profile

    • hihi..betul dulu dunia kreatif macam ni tak banyak sokongan kan. alhamdulillah berkat kesungguhan mak ayah kita sekolahkan kita hari ni kita dapat kefahaman parenting lebih baik 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge