Hari ni anak balik awal sempena musim peperiksaan. Rasa macam kejappp sangat masa diorang kat sekolah. Mak banyak lagi urusan bisnes belum setel ni.haha.

Mujur la gulai ayam semalam banyak lebih. Jadilah menu hari ni gulai ayam perangat, ayam goreng panas2 lawan dengan sambal bilis Cik Nor. Fuhh..tak sedar licin sepinggan.

Menu makan dengan anak2 lepas diorang balik sekolah biasa simple2 ja. Nanti petang baru masak semula untuk bos pulak.

Teringat sembang2 kat grup wasap agen Tasneem Naturel pasal pengurusan masa. Untuk jimatkan masa kat dapur, macam2 strategi yang WAHM (working at home mom) ni buat.

Masak sekali sahaja dalam sehari

Ada yang jenis masuk dapur pagi2 masa masak sarapan tu terus masak siap untuk makan sampai ke malam. Nanti panaskan dan tambah lauk mana yang perlu ja.

Ada jugak yang jenis masak petang sebab suami makan kat rumah malam ja. Nak jamu suami kena lauk baru katanya. Fatwa orang melayu perut suami kena jaga elok2 kan.Hehe.

Bantuan dari ahli keluarga juga boleh cepatkan kerja memasak di dapur

Jadi masa masak petang tu lebihkan, nanti esoknya makan ja lauk perangat dengan anak2 waktu tengahari. Kita makan apa pun tak kisah. Macam saya buat arini lah.

Apa2 pun konsepnya memang tak kan berulang masuk dapur berkali2. Masa untuk ke dapur kena diminimumkan seboleh mungkin. Menu pun akan pilih yang tak ambik banyak masa.

Bahan masakan sediakan pada hujung minggu

Pes cili dan bawang boleh sediakan hujung minggu supaya boleh jimat masa penyediaan. Ada bahan memasak macam bawang putih dan sayuran tertentu boleh dikupas dan disimpan dalam peti sejuk.

Masa membeli bahan mentah dapat dijimatkan dengan membuat belian untuk tempoh beberapa hari

Bahan mentah untuk masakan diurus dengan betul

Bahan mentah juga dibeli sekali atau 2 kali sahaja dalam seminggu. Lepas cuci tu terus masukkan dalam bekas ikut kuantiti yang akan dimasak nanti. Zaman sekarang semua peti sejuk besar takda masalah nak buat benda ni semua kan.

Pastikan bahan mentah dari sejuk beku dikeluarkan awal ke bahagian sejuk. Kalau nak masak pagi, malam sebelumnya dah ubah bahan mentah ke bahagian sejuk. Jadi bila sampai masa nak masak, bahan mentah dah lembut dan terus boleh masak.

Konsepnya semua ini memerlukan pada perancangan dan rutin kebiasaan yang teratur. Bukan masuk dapur baru nak keluarkan bahan mentah dari freezer, lepas tu baru nak cari idea masak apa. Boleh pulak google resepi dulu memang berejam la kat dapur.

Bila anda dah biasa dengan rutin ni, masa ke dapur dapat dijimatkan dengan banyak. Bagi keluarga kecil macam saya 30-45 minit dah siap masak 2,3 menu simple. Kemas dapur buat yang wajib2 ja, hari cuti baru la nak lap susun sana sini sampai puas hati.

Ya lah kita kena sentiasa ingat yang WAHM ni bekerja, bukan suri rumah sepenuh masa. Jadi kena la uruskan rumah dengan pantas supaya tak ganggu masa bekerja.

Bekerja dari rumah juga memerlukan masa dan komitmen seperti bekerja di luar

Kalau sarapan pun masuk dapur, tengahari masuk lagi, nanti minum petang pun buat homemade kuih, malam masak lauk lain pulak, fuhhh. 

Kalau jenis gini baik korang tak yah fikir nak bisnes la, buat stress ja tau. Jagalah makan minum keluarga tu dengan ikhlas moga2 banyak la kebaikan yang dapat. 

Sebab bila kita sebut bisnes mestilah kena ada komitmen masa kat situ. Tak boleh nak jadi magik tiba2 kita dok sibuk pegang senduk sepanjang hari sale boleh masuk berkepuk. Ada usaha yang perlu dibuat untuk bangunkan bisnes. Dan semua usaha itu perlukan masa.

Jadi anda boleh pilih samada untuk jadi

> Surirumah sepenuh masa sambil bisnes suka2
> Suri bisnes sepenuh masa dari rumah sambil uruskan keluarga

Dan pilihan anda itu menentukan apa aktiviti harian anda dan apa yang kalian akan dapat nanti. Bagi saya sekarang, saya pilih untuk minimakan masa untuk urusan rumah supaya dapat bina bisnes dengan pendapatan lumayan sampai boleh dapat lebih banyak pembantu seperti mesin dryer ni di rumah saya.