Masa zaman muda remaja, kebiasaannya kita baca Al Quran lepas subuh dan maghrib. Waktu bujang kebanyakan masa adalah dalam kawalan sendiri. In syaa Allah boleh istiqamah.

Tapi bila dah ada anak, makin bertambah tanggungjawab, mencabar nak pastikan saya dapat baca Al Quran pada dua waktu tu. Kalau subuh lambat bangun, atau sibuk urusan pagi sebelum keluar memang tak sempat pegang Al Quran pagi-pagi tu. Pergilah bekerja tanpa mulakan hari dengan kalimah suci.😑

Mulakan hari dengan membaca Al Quran akan menjadikan kehidupan seharian lebih teratur

Nanti lepas maghrib baru nak pegang Al Quran, anak mintak itu ini. Lagi best tak sempat nak bagi salam anak dah terlompat-lompat depan sejadah nak poo poo la pee pee la. Memang lepas bagi salam ja tak sempat berzikir ke apa sepantas kilat dah tinggalkan sejadah. Takda nya nak datang duduk semula.Kan..kan..😬

Maka seringkali berlalu hari-hari yang seharian tidak menyentuh Al Quran.

Makin bertambah anak, makin berkurang masa dengan Al Quran. Allahuakbar.

Amalan membaca Al Quran dapat membantu wanita jalani kehidupan dengan lebih tenang

Macam mana kita nak tempuhi hidup yang bahagia, sedangkan kalam Allah pun kita tak sempat nak baca. Apatah lagi menghayatinya.😖

Alhamdulillah tahun lepas Allah kurniakan saya satu ilham menjelang Ramadan.

Saya azam nak baca Al Quran SETIAP KALI LEPAS SOLAT.

Dan setiap kali baca 2 helai. Selalu baca sehelai ja kan. Saya mulakan masa bulan Ramadan, waktu yang kita paling senang nak baca Al Quran Alhamdulillah.

Ok..apa kesan dari azam ni.

Alhamdulillah, jika waktu subuh tak sempat baca Al Quran nanti waktu zohor in syaa Allah sempat. Kalau terlupa waktu zohor, asar dah bertenang-tenang habis kerja sempat baca. Tak pun maghrib. Paling last 4 waktu sebelum tu gagal pun, lepas isya’ in syaa Allah dapat juga selak Al Quran.

Yang penting kita azam setiap kali lepas solat terus capai Al Quran. Jadikan kebiasaan. Tapi hakikatnya tak pernah pun semua waktu tu mengaji. 

Kenapa 2 helai?
Sebab selalu ja berlaku baru baca 2 ayat dah kena bangun buat hal duniawi lain kan. Jadi letak target banyak terus, walaupun jarang-jarang dapat capai. Namun Alhamdulillah, seingat-ingat lupa saya, tiada hari tanpa Al Quran sejak Ramadan lepas. Alhamdulillah, segalanya dari Allah.

Dan kesannya juga saya rasa bila pulang bercuti di kampung. Kalau sebelum ni balik kampung ja Al Quran pun tak ingat dah nak baca. Tapi mungkin sebab momentum yang kita bina setiap hari tu, kita jadi teringat bila tak baca.

Jadi lepas solat capai handset sempat juga mengaji sikit. Alhamdulillah.

istiqamah baca al quran
Dengan kecanggihan Al Quran digital yang sentiasa bersama kita, sepatutnya aktiviti membaca Al Quran sangat mudah untuk dilakukan

Pesan saya buat diri sendiri dan ibu-ibu semua, memang jalankan tanggungjawab seharian kita tu dah banyak pahala. Namun ia tidak dapat menggantikan KEBERKATAN bila hari-hari kita diisi dengan Al Quran.

Sama-sama bina azam, tiada hari tanpa Al Quran dalam baki usia kita in syaa Allah. Mohon kepada Allah sungguh-sungguh di Ramadan ini untuk Allah pilih kita dan keturunan kita menjadi pencinta Al Quran. Ameen.