Vitamin untuk anak kerap demam yang sedap dapat menghilangkan kerunsingan ibubapa memikirkan kesihatan anak. Bila anak kerap demam kita akan mula rasa bimbang kemungkinan anak ada masalah kesihatan lain.

Ini kerana demam adalah simptom yang menunjukkan badan sedang berlawan dengan sesuatu jangkitan, keradangan atau keadaan yang tidak semulajadi dalam badan. Jadi apabila anak demam kita perlu pantau dengan kerap untuk elakkan kejadian yang lebih mudarat berlaku.

Vitamin untuk anak kerap demam

Perbezaan demam berulang dan demam biasa

Perbezaan utama antara demam biasa dan demam berulang adalah kekerapan ia berlaku.

Untuk demam berulang atau on off ini, seseorang individu akan demam berlarutan selama beberapa hari, baik sekejap kemudian demam kembali. Ada bayi dan kanak-kanak yang demam tinggi pada tengah malam dan beransur kebah menjelang tengahari.

Demam ini akan terus berlaku dan kembali dari masa ke masa. Suhu badan akan menjadi lebih tinggi tanpa sebarang jangkitan virus atau bakteria.

Demam biasa pula sering dikaitkan dengan jangkitan atau virus. Setelah antibodi badan dapat melawan jangkitan tersebut, demam pun terus kebah dan sihat seperti sedia kala.

Punca anak demam on off

  • Virus seperti demam influenza, demam denggi
  • Jangkitan bakteria seperti jangkitan kencing tikus, malaria
  • Pemvaksinan

Menurut Dr Ezairy M.Sallih, anda punca anak kerap demam adalah berkait 5 perkara

1. Selalu dibawa ke tempat ramai orang. Jangkitan virus mudah berlaku apabila anak kita terdedah kepada orang ramai. Titisan cecair ketika batuk dan bersin boleh mengakibatkan penularan kuman.

anak selsema

2. Pengudaran di dalam rumah yang kurang baik. Pastikan tingkap dibuka, ruang tidak terlalu tertutup, ada ruang untuk udara keluar masuk.

3. Terdedah kepada mereka yang sedang alami jangkitan. Ini akan meningkatkan risiko anak kita turut mendapat jangkitan. Cuba jauhkan daripada anak-anak kecil lain sekiranya mereka sedang alami flu dan demam.

4. Kebersihan diri yang kurang dijaga. Sebaik keluar tandas atau bilik air, pastikan tangan dibasuh bersih-bersih dengan sabun. Jangkitan boleh merebak secara terus atau secara tidak langsung seperti meja makan, alat permainan, tombol pintu m, stroller dan sebagainya.

5. Lewat dibawa berjumpa doktor. Sekiranya anda mendapati anak anda tidak sembuh walau sudah memberi rawatan awal di rumah, jangan tunggu lagi. Bawa segera berjumpa doktor. Rawatan awal amat membantu.