Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid

“Anak kecil menghabiskan 2/3 masa seharian untuk berimaginasi”

– Dr Stephanie Carlson-

Benarkah? Bagi ibu-ibu yang selalu menghabiskan masa seharian bersama anak-anak memang boleh menerima kenyataan ini. 😀

Semua benda boleh menjadi sumber imaginasi mereka. Semalam anakanda Fateh bersama sepupunya Fauzan bermain dengan rumah kotak ni. Lebih dari sejam mereka dapat bermain dengan pelbaagai imaginasi yang rencam.

kotakkotak 2

Bermula daru pondok-pondok tempat main lego, sambung dengan perang palestin-israel, berangan tidur malam-malam sampailah kotak tu pun dah lembek. Maklumla, ummi lambat DIY playhouse, dah terlebih umur yang mainnya.

Tapi ituah hakikat dunia kanak-kanak kan. Agak-agak kalau kita yang dapat kotak macam tu, berapa lama kita boleh peruntukkan masa untuk kotak tu? 10 minit pun dah sangat lama kan. Itulah keterbatasan imaginasi kita.

Sama ceritanay ketika pertama kali saya berjumpa dengan mainan bead maze ni, terdetik dalam fikiran apa benda la berpusing-pusing gini. Tak menarik hari langsung!

drag bead maze

Sekali tu terdengar pengisian di ikim.fm mengenai merangsang minat anak membaca. Pengisian ini disampaikan oleh Puan Nik Eliani, penulis siri bijak membaca ‘Bacalah Anakku’. Antara intipatinya, mainan yang dapat merangsang anak cepat membaca ialah mainan jigsaw puzzle dan bead maze ini.

DSC00138

Ini kerana mainan ini akan melatih otak bayi untuk mengecam bentuk dan inilah proses penting untuk anak boleh membaca. Untuk membaca sebenarnya kita mengecam bentuk-bentuk perkataan dengan cepat.

Selepas mendengar pengisian tersebut, saya pun terus grab 1 set drag maze ni untuk anak saya. Dan memang betul lah, anak boleh kelebek mainan ini untuk tempoh yang lama. Luar dari ‘imaginasi’ saya..hihi. Masa tu ikutkan anakanda Fateh dah besar, tapi masih berminat jugak nak main bead maze.

DSC00145

Ibu-ibu nak dapatkan mainan ni sebagai salah satu alat membina kemahiran anak membaca? Klik sini

IMG-20160203-WA0000