Betulkah Anak Nakal untuk Dapatkan Perhatian?

0
80
views

Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid

Betulkah Anak Nakal untuk Dapatkan Perhatian? Sebelum ini saya pun kurang pasti tentang hal ini. Walaupun kadangkala dapat juga tengok bila saya terlalu sibuk dengan kerja anak pun ‘macam-macam’

Sampailah peristiwa ini berlaku dalam tempoh yang singkat, menjadikan saya sangat yakin mengenai fakta anak nakal untuk dapatkan perhatian. Ahad lepas abang susuan Anakanda Fateh datang ke teratak comel kami. Mereka memang rapat dan sentiasa berjumpa setiap kali cuti sekolah. Macam-macam lah aktiviti yang mereka reka dan enjoy bersama.

Malangnya aktiviti pada hari Isnin semua kurang sesuai dengan anak dara cilik kami. Main playhouse, tapi berperang. Terpenyek lah si adik kat situ..nangis. Main LEGO, tapi baling-baling. Kena adik nangis lagi. Jadi dia tak dapat sertai abang dan sepupunya main. Kami hanya pujuk untuk dia main mainanannya.

Sampailah semalam dia pulak yang menunjukkan ‘belang’. Saya set kan mainan bola macam dalam gambar ni. Memang set untuk hero ja la kan. Tapi Faqihah nak main jugak, saya pun jadikan dia pengadil. Sengih la kejap, tapi biasa la kan. Jiwa raganya anak dara. Dia buat undang-undang sendiri, sapa punya bola terkeluar akan dapat patung Ipin. Adeh..memang bengang la mujahideen yang tengah bersemangat tu.

fball

Jadi mereka pun tolak la ‘pengadil’ tu. Tak nak ikut cakap dia dah. Mereka kata pengadil yang ni ja.hihi..

pengadil

Bila ‘peranan’ tak diendahkan, dia mula dapat idea baru. Dia merangkak keliling padang tu dengan bunyi ‘ne no ne no’. Ambulan nak bawak orang cedera. Macam Mei Mei dalam animasi Upin Ipin. Mulanya dia merangkak kat keliling ja, takda orang layan. Lepas tu dia pun merangkak masuk padang!

fball 2

Habis la semua gol dan kad pemain tu terbalik. Terjerit-jerit la dua hero tu memanggil saya untuk keluarkan Faqihah dari padang. Sekali ditegur, sekali dia buat. Sampailah saya bawa dia ke dapur dan masak makanan kegemarannya.

Setelah semua selesai makan, Faqihah bertambah ‘gembira’. Kali ni dia jadi baby pulak. Merangkak ke sana ke mari. Lagi ditegur lagi menjadi-jadi dia. Sekarang dia sudah merasakan dia berjaya menjadi ‘sebahagian’ dari team hero. Dia nampak sungguh berpuashati bila hero-hero ini menjerit kepadanya dan apabila kami tegur untuk dia tak ganggu mereka bermain.

Sehinggalah kami pujuk bacakan buku untuknya barulah mereka dapat main dengan aman. Dan agaknya semalam Faqihah mungkin belajar, cara nak dapatkan perhatian adalah dengan ‘buat kacau’.

Ia satu pengalaman dan peringatan berharga untuk saya, supaya sentiasa melihat kenakalan anak itu pasti ada puncanya. Ia tak mungkin berlaku dengan sengaja kerana fitrah anak adalah suci. Faktor luaran yang membentuk dirinya menjadi nakal. Dan syukur kerana Allah buka mata saya mengenai isu Betulkah Anak Nakal untuk Dapatkan Perhatian hari ini.

 

 

Previous articleCatatan Pengalaman Kelas Penulisan Blog
Next articleFaqihah Turns 4!
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here