Buku Pelukis Jalanan, Perjalanan Mengejar Impian Tak Masuk Akal

0
228
views
pelukisjalanantemeabdullah

Masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL ’17) baru-baru ini, suami ada cerita mengenai buku ni. Tapi saya dengar ja la, takda la terlalu teruja nak baca pun.

Lepas tu masa pulang cuti hari raya Aidilfitri, adik ipar pula dok promote. Dia dah cerita kebanyakan kandungan buku pertama ; Pelukis Jalanan. Dengar cerita macam menarik, tapi takda lah pergi cari.

Sampailah balik kampung minggu lepas, adik ipar bawa balik buku-buku ni ke kampung dan pinjamkan pada saya. Wah..sungguh-sungguh nak ajak baca ni. 😛

pelukisjalanantemeabdullah

Balik dari kampung, saya mula baca buku Pelukis Jalanan. Huih, tak boleh berenti kot. Sehari dah habis baca sambil bergilir dengan encik suami. Buku pertama ni berkisar tentang bagaimana Teme yang pernah tersasar dari cita-cita asal, kembali mengejarnya dengan susah payah.

Sampai ke kota London dengan duit poket sendiri, dan menyara kehidupan sebagai pelajar dengan duit poket sendiri. Perjalanan yang perit, namun hidupnya tak pernah luntur dengan semangat.

Alhamdulillah, Teme sangat mensyukuri nikmat tangan dan mata anugerah Allah. Akhirnya beliau mempunyai kehidupan yang lebih selesa melalui kerjaya pelukis jalanan.

pelukisjalanantemeabdullah
Teme membawa kita dengan Allah melalui contengan-contengan pena

 

Buku ke 2, Arkitek Jalanan melengkapkan jalan cerita buku pertama. Buku ini lebih menghuraikan impian demi impiannya dengan mendalam. Sangat bagus untuk memotivasikan anak muda yang sedang mengejar segulung ijazah yang berkualiti.

Lebih menarik lagi terselit cerita bagaimana manuskrip buku pertamanya pernah sampai ke tong sampah! Dan akhirnya buku itu menjadi best seller. Masya Allah.

pelukisjalanantemeabdullah
Buku Arkitek Jalanan lebih banyak ilustrasi. Maka sang anak pun berebut nak baca sekali.

Perjalanan membaca buku ke 2 ini lebih mendebarkan. Terlalu banyak kejadian luar jangka yang menguji ketabahan Teme. Namun Allah menyempurnakan setiap impian Teme dengan jalan yang terbaik.

Terlalu sarat dengan impian.

Dan terlalu banyak kejutan di luar akal.

pelukisjalanantemeabdullah
Buku ni buat saya fikir, orang hebat-hebat ni memang ‘gila’ kot! 😛

Serius,
banyak jalan hidupnya yang tak masuk akal mainstream.
Tapi tu lah bagaimana Allah ciptakan kehidupan ini pelbagai warna, untuk kita ambil pengajaran.

Jika anda nak baca cerita anak muda mampu sambung ijazah di kota London tanpa tajaan mahupun tajaanPA&MA, inilah bukunya..

Jika anda mencari cerita anak muda yang sangat tinggi passion nak dapat First Class Degree, inilah bukunya..

Jika anda nak baca cerita anak muda yang sangat bersyukur dengan tangan dan mata kurniaan Allah, inilah bukunya..

Dan jika anda ibu yang ada anak kecil yang mempunyai ‘masalah pembelajaran’, sedang mencari kekuatan untuk membina masa depan mereka, carilah di dalam buku ini.

Bagaimana seorang yang setiap hari melawan ‘ujian’ itu, akhirnya berjaya membina kerjaya arkitek di kota London.

Buku yang terlalu sarat dengan impian tak masuk akal,
namun akhirnya satu demi satu Allah menyempurnakan dengan pemberian terbaik.

Tulisan yang sangat berbekas di hati,
Semoga anak muda ini sentiasa dalam perlindungan Allah.

Ameen

Previous article5 Cabaran Makan di Luar Bersama Anak Kecil
Next articleRawat Anak Batuk Tanpa Nebulizer
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here