i-Play Toy Library Penarik Anak kecil ke Perpustakaan

0
126
views

Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid

Setiap bulan, 2-3 kali kami sekeluarga akan ke perpustakaan. Dan kebelakangan ini bukan kami yang merancang jadualnya, tetapi anak-anak sendiri yang mengajak ke perpustakaan. Alhamdulillah, mereka kelihatan lebih gembira berbanding di bawa berhujung minggu di pusat membeli belah.

Salah satu penarik anak-anak untuk ke sini ialah kerana kewujudan sebuah bilik yang penuh dengan ‘educational toys’. Bagaikan syurga mainan bila anak-anak dapat main dengan sepuas hati pada bayaran serendah rm1/bulan. Untungkan.

Jom jalan-jalan cuti mata lihat apa yang ada dalam bilik i-Play Toy Library di perpustakaan kanak-kanak Georgetown ni.

IMG_20151231_144030

IMG_20151231_144238

i-cook ; tempat yang digemari ramai. Kalau datang hari cuti ramai kanak-kanak tertumpu kat sini. Boleh buat BBQ, bakar roti, potong buah, basuh-basuh ;  sampia pizza pun ada dalam sink dah.hehe. Memang nampak la kepuasan anak-anak bila memasak kat sini, keyakinan! Nanti lepas anak-anak masak mak pun kekenyangan la makan-makan..hihi

IMG_20151231_144005

Dah siap masak pergi basuh baju pulak. Seterika baju, lepas tu solek-solek depan cermin tu. Wah..feeling macam dah besar la.

IMG_20151231_145057IMG_20150404_120958

Jaga baby – mandikan, pakaikan baju dan tidurkan baby tu. Untung baby ni, ramai sangat kakak-kakak mengasuh. Siap berebut-rebut lagi..hihi

IMG-20141012-WA0006

Mainan role play. Anak-anak paling teruja dengan set ahli bomba ni. Tapi pakej ni hanya ada di Perpustakaan Awam Seberang Jaya.

IMG_20151231_144154 IMG_20151231_144107

Deretan wooden toys. Sebagai penjual wooden toys, saya tau harga mainan-mainan di sini. Memang siap duitlah kalau nak belikan semua ni untuk anak-anak. Syukur ada kemudahan begini, dapatlah anak merasa main mainan berkualiti yang banyak manfaatnya kepada perkembangan minda.

IMG_20151231_144217

Banyak lagi mainan dalam simpanan tu. Sesekali ada lah staf keluarkan mainan baru. Bukan apa, banyak sangat kat luar kadang-kadang anak jadi tak fokus nak main. Habis semua berterabur.

IMG_20151231_144935

Longgokan softbook dan busybook. Memang canggih-canggih lah semuanya. Fateh sampai sekarang suka belek-belek busybook kat sini, walaupun dah terlebih umur..hihi. Yang sebelah tu workbench, nak bertukul ke, main skru ke, menggergaji semua boleh.

IMG_20151231_144357

Bahan untuk permainan kumpulan. Macam-macam jenis ada. Tapi saya tak pernah pinjam lagi, saja bagi anak main puas-puas apa yang ada kat luar dulu.

IMG_20160316_155129

Dan pelbagai mainan stimulasi lain lah. Segala jenis lego, mainan magnet, shape sorter, puzzle, flashcard boleh didapati di sini. Dan i-play toy library disediakan dengan kerjasama pihak-pihak di bawah ini.

IMG_20151231_144340

Dan bagi penduduk pulau pinang, ini adalah waktu operasi bagi i-Play Toy Library di Perpustakaan Kanak-kanak Georgetown.

IMG_20151231_151303

Untuk mengetahui lebih lanjut tempat-tempat yang mempunyai kemudahan i-Play Toy Library, boleh lawati i-Play Centre atau  Facebook i-Play untuk mengetahui perkembangan terkini.

 

 

 

 

Previous articleKelebihan Permainan Berkumpulan
Next articlePerbezaan Softbook dan Busy book
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here