Bila sembang pasal pendapatan tambahan, selalu orang cakap “Buat bisnes online la senang”. Dulu saya pun percaya dengan cakap-cakap tu, tapi bila dah terjun sendiri ke dunia bisnes, nak sebut ayat tu pun rasa dah tersekat di kerongkong. Tak la semudah bercakap kan.

Cuma pada pandangan saya mulakan bisnes online ni lebih mudah dari bisnes tradisional sepenuhnya. Yang memerlukan kepada tempat untuk berniaga dan modal yang lebih besar. Bisnes online ada pilihan sistem dropship yang sangat menguntungkan sesiapa sahaja yang rebut peluang ini sebaiknya.

Pengalaman 3 tahun dengan bisnes online, ia sangat menuntut masa kita di alam maya. Oleh kerana ia mudah dari segi kos permulaaan, namun ia mencabar dari segi nak buat ‘orang nampak’ kedai online kita.

sakinahhamid

Saya bermula dengan bisnes online di Facebook Profile pada tahun 2014

Kalau sekadar nak buat iklan memang mudah. Boleh tiru ayat iklan dan kemaskini di media sosial. Tapi bagaimana nak buat iklan kita itu sampai kepada ramai orang yang betul itu sangat mencabar. Lebih mencabar nak buat orang yang nampak iklan tu berminat untuk buat belian dengan kita.

Dan semasa proses close sale berlaku, kita mempunyai tempoh yang terhad untuk menyakinkan seseorang yang tidak pernah mengenali kita untuk yakin memberi duit kepada kita. Itu semua proses yang mencabar dalam bisnes online, namun boleh dipelajari.

kedaionline kedaionline


Pada saya cabaran bisnes online ini bukan pada beriklan, tapi bagimana nak buat orang nampak kedai kita dan percaya untuk berurusan dengan kita.

Dari awal bisnes online, saya banyak peruntukkan masa untuk belajar cara tingkatkan kreadibiliti bisnes online. Saya akan hadir kursus dan sertai kelas online. Semua ilmu ini bila difahami sebaiknya akan memandu kita dalam bertindak.

Walaupun bisnes di alam maya, saya akan pastikan semua perancangan saya dibuat dengan ‘nyata’. Saya merancang untuk setahun, suku tahun, bulanan dan harian. Ini bagi memastikan apa yang mahu dicapai setiap bulan itu jelas dan tersusun.


Setiap hari saya akan peruntukkan masa untuk aktiviti bangunkan kreadibiliti bisnes sendiri. Kemudian saya akan memberi fokus pada perbincangan dalam grup agen bagi memastikan semangat bisnes kami sepasukan sentiasa segar.

Dalam banyak keadaan, masa bukan masalah utama untuk uruskan bisnes online. Tapi semangat dan komitmen berterusan. Oleh kerana banyak kerja di dunia online ni yang tidak nampak hasil segera, tanpa motivasi yang kuat kita akan mudah berhenti separuh jalan. Grup sokongan sangat membantu untuk uruskan isu ini.

TeamagenMPLegacy

Coaching agen merupakan sebahagian tugas bisnes jika ingin tumpukan pada bisnes berkumpulan


Selain aktiviti jualan personal dan sokongan agen, saya akan peruntukkan masa untuk belajar ilmu baru. Ini penting bagi memastikan kita sentiasa membuat tindakan yang terbaik dalam bisnes.

Setiap bulan saya ada sasaran ilmu yang akan dipelajari. Ia datang dari pelbagai sumber samada berbayar mahupun percuma, online mahupun kelas sebenar. Lagi untung bila berada dalam keluarga besar Tasneem Naturel, kami selalu ada perkongsian dari pelbagai sumber untuk memberi sokongan kepada semua agen.

Begitulah pengalaman saya berbisnes online. Secara purata saya peruntukkan 3 jam masa berkualiti sehari untuk tugasan bisnes yang perlukan fokus. Selebihnya adalah masa untuk layanan kepada agen dan pelanggan.

pejabatdirumah

Ruang kerja di rumah (SOHO) sangat penting bagi memastikan produktiviti kerja


Secara keseluruhannya, saya melihat bisnes online ada ruang untuk bangunkan bisnes dalam modal yang minimum. Dalam masa yang sama ia tetap menuntut komitmen yang tinggi jika mempunyai sasaran pendapatan yang lumayan.

Ia satu peluang terutamanya kepada ibu-ibu yang mahu memberi tumpuan kepada keluarga, dalam masa yang sama masih perlu mempunyai pendapatan sendiri. Asalkan kita bangunkan bisnes itu dengan bersungguh-sungguh, kelak ia pasti akan membawa hasil seperti yang diidamkan.