Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid

Alhamdulillah, sudah masuk 15 Ramadan hari ini. Moga-moga semakin banyak kebaikan-kebaikan yang dapat kita amalkan dan keburukan-keburukan yang dapat kita tinggalkan. Ameen.

Teringat nostalgia 6 tahun lalu, ketika baru bergelar ibu. Musim Ramadan ni excited mencari baju raya untuk permata hati tersayang, anakanda Fateh. Masa tu pertimbangan lebih kepada warna, jenis kain dan harga. Rasa dah puas hati dah pilih. Alih-alih bila hari raya menjelma, udahlah nak pakaikan pun jenuh dipujuk. Lepas tu sekerat hari ja dah garu sana-sini, rimas!

Dari situ saya belajar, cantik di mata mak belum tentu selesa untuk si anak. Jadi di sini saya kongsikan tips pilih baju melayu untuk baby hero anda. Check it out!

1) Material kain yang serap peluh

Nama pun hero kan, mesti lah lasak ke sana sini. Awal pagi ok la sejuk, bila matahari dah mula meninggi mula lah berpeluh-peluh. Kalau dipakaikan dengan material kain yang licin dan kurang serap peluh, anak mula rasa tak selesa. Garu sana sini, gelisah dan mula nak merengek. Padahal mak baru nak seronok beraya.

Sepanjang pengalaman saya, material cotton t-shirt paling anak selesa. Kita sarung ja kat dia, boleh pakai sampai ke bawak tidur. Yer la, hari-hari pun memang dia pakai t-shirt kan. Comfy sangat untuk hero in syaa Allah.

romper bajoo_mint green

2) Pattern baju yang longgar

Saya ni orang utara, jadi kebiasaannya orang lelaki pakai baju melayu teluk belanga. Sampaikan untuk baby pun belikan baju melayu teluk belanga. Bila pakai masa raya tu anak asyik tarik-tarik kat bahagian leher. Nampak sangat tak selesa. Kesian dia.

Lagi satu leher teluk belangan ni kecik sikit. Bila sampai raya haji nak sarungkan dah ketat. Mula lah deme meraung-raung tak nak pakai. Dah jadi drama di pagi hari raya pulak.

Jadi pilihan yang terbaik adalah leher bulat biasa. Kalau kain t-shirt pulak sterchy, jadi in syaa Allah tak masalah tak lepas kepala nak pakaikan baju.

romper bajoo_yellow

3) Sesuai di pakai sepanjang masa

Beli baju pun pelaburan kan. Kalau kita beli sehelai baju rm30 tapi pakai hanya 2 kali ja, waktu raya puasa dan raya haji. Waktu lain anak memang tak pandang, mak pulak fikir leceh la nak berbaju melayu bagai.

Berbanding beli baju harga rm50 tapi boleh pakai hari-hari. Nak pakai pergi sopink kat mall tempat sejuk-sejuk boleh, berkenduri boleh, pakai pergi pasar malam pun boleh. Balik tu anak boleh tidur terus ja pakai baju tu. Sebab selesa kan. Ini antara elemen penting dalam tips memlilih baju raya yang berbaloi-baloi.

testi_talhah GAMBAR

Mana lagi untung?

Pilihlah pelaburan yang bijak, untuk nilai wang anda.

Semoga tips pilih baju melayu untuk baby hero ini dapat membantu ibu-ibu baru yang belum ada pengalaman berhari raya dengan anakanda tersayang. Jadikan hari raya adalah hari yang selesa untuk si kecil itu, dan hari yang membahagiakan untuk kita saling ziarah menziarahi..in syaa Allah.

pilihan warna

p/s : Berminat nak tahu lebih lanjut mengenai RomperBAJOOMelayu ni, wasap ke +60194715407 sekarang.