Alhamdulillah sudah syawal ke 11 hari ni, dan anak-anak pun sudah mula bersekolah. Semua kembali ke rutin harian meneruskan tanggungjawab masing-masing di muka bumiNYA.

Walaupun letih bermusafir dari utara ke pantai timur, namun seronok dapat bertemu semua ahli keluarga.

Dan aidilfitri kali ini juga anakanda Faqihah sudah semakin faham aktiviti berhari raya. Memang jelas sungguh jiwa ‘tokey’ dalam dirinya.

Kalau abangnya tak pernah kisah pun dengan sampul duit raya, lain sekali adiknya.

Setiap kali balik dari beraya dia akan susun semua hasil kutipannya cantik-cantik. Tak kira pun, susun ja.Haha.

Tapi memang perasan la sejak kecil Faqihah memang suka duit. Suka main, suka susun dan cepat kenal amaun duit. Nak kira baki pun cepat. Nampak dia ada minat dengan nombor.

Tak salah pun anak suka duit, malah ia satu sifat yang perlu ada untuk mereka yang kaya. Yakin uruskan duit. Kalau memanjang takut duit macam mana nak jadi jutawan kan.

Yang lebih penting kita didik dalam jiwa anak duit hanyalah kertas yang mempunyai nilai. Yang boleh digunakan sebagai alat untuk mencapai impian. Bukan matlamat dalam hidup.

Semoga dengan peringatan begini akan buat kita dan anak-anak tidak hanyut dengan kemewahan duniawi yang sementara.