PERLU KE BELAJAR ILMU BISNES?

0
60
views

Soalan cepu mas saya dapat petang tadi. Anda rasa perlu tak?

Ini pandangan saya, terpulang kepada anda untuk menilainya. Pada saya isu ini perlu dijawab ikut situasi.

Kalau anda memang dilahirkan dalam keluarga bisnes, membesar dengan persekitaran bisnes yang telah terbukti berjaya ~ ilmu2 asas bisnes bukan keutamaan untuk anda.

Tapi..

Kalau anda seperti saya, lahir dalam persekitaran makan gaji, dari kecik hanya pernah tolong mak/bapak sedara berniaga sekali sekala, masa student pernah cuba2 berniaga tapi tak menjadi pun ~ maka ilmu bisnes adalah keutamaan untuk saya gali.

Kalau tak belajar bisnes tak jadi ke? Jadi..tapi mungkin banyak YURAN KEBODOHAN yang saya perlu bayar. Mungkin banyak ‘dinding2’ yang perlu saya langgar sebelum berjaya, sedangkan dinding2 tu dah ramai yang langgar sebelumnya. Dan tempoh untuk berjaya mungkin lebih panjang.

Jadi..kenapa perlu pilih jalan yang sukar. Sedangkan mereka yang dah berjaya telah susunkan apa yang perlu kita buat supaya kita dapat berjaya seperti mereka.

Hanya Belajar – Faham – Buat – Buat – Buat sampai berhasil.

Nak ke nak?

Previous articleAiskrim anak-anak
Next article“Pandai dia bercakap”
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here