Mainan Pilihan Anak Lelaki?

0
210
views

Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakinah Hamid & Google

Soalan : Anak saya lelaki, apa mainan yang sesuai dengannya?

Soalan ini biasa di tanya kepada saya apabila ibubapa ingin mencari Educational Toys yang bersesuaian dengan anak lelakinya. Secara umumkan educational toys tidak menjurus kepada gender, tapi lebih kepada perkembangan dari aspek kemahiran psikomotor, daya fokus, kreativiti dan imaginasi.

Namun secara psikologinya budak lelaki lebih cenderung kepada permainan yang menggunakan logik dan konsep ruang. Ini adalah beberapa mainan pilihan anak lelaki malah mereka boleh bermain mainan ini tanpa jemu.

1) Puzzle

IMG-20151201-WA0011IMG_20150121_200042

Puzzle adalah mainan asas yang diminati kebanyakan kanak-kanak. Malah semakin lama mereka bermain puzzle, mereka mampu menghafal kedudukan setiap bahagian puzzle tanpa melihat gambar panduan. Puzzle sangat bagus untuk melatih daya fokus, memori dan kemahiran mengecam bentuk. Semua kemahiran ini sangat membantu anak-anak apabila belajar membaca kelak.

2) Blok kayu

IMG_20151125_184319IMG_20151125_184429

Mainan blok kayu sangat melekakan kerana ia memerlukan ketekunan untuk membuat binaan. Anak dapat belajar konsep ruang dan keseimbangan. Semakin tinggi binaan blok kayu, semakin meningkat self esteem anak-anak mengenai binaannya. Dan oleh kerana ia boleh dimainkan berulang kali dengan pelbagai binaan berlainan, ia menjadi mainan pilihan anak lelaki.

3) Blok plastik

robot

Seperti blok kayu, binaan blok plastik juga menjadi mainan pilihan anak lelaki. Kelebihan blok plastik adalah ia boleh ‘melekat’ antara satu sama lain. Jadi mereka dapat membuat binaan yang fleksibel dan lebih kukuh.

paip

 

Terdapat pelbagai binaan blok plastik dalam pasaran, bermula dengan bentuk kiub asas, bentuk roda, bentuk paip dan banyak lagi. Semua bentuk ini akan mendedahkan anak-anak dengan konsep berlainan dan mengembangkan lagi kemahiran berfikir mereka.

4) Permainan Manipulatif

Permainan manipulatif memerlukan anak mengembangkan daya fikiran dan kekuatan otot tangan untuk membuat binaan. Terdapat pelbagai bentuk mainan manipulatif di dalam pasaran. Setiap satu mempunyai kelebihan yang tersendiri.

IMG_20160316_155554manipulative toys

5) Mainan IQ

Mainan IQ menjadi pilihan kanak-kanak lelaki terutamanya yang berusia 3 tahun ke atas. Mereka mampu mengadap sesuatu mainan IQ dalam tempoh yang lama kerana mahukan kepuasan menyelesaikan masalah dalam permainan tersebut. Mainan IQ yang unik adalah yang mempunyai penyelesaian terbuka di mana anak hampir tidak dapat menghafal penyelesaiannya walaupun sudah dimainkan berkali-kali. Ini kerana mainan tersebut menggunakan penyelesaian logik, bukan berasaskan memori.

misya 3 salmah 3

 

Semoga perkongsian mengenai mainan pilihan anak lelaki ini dapat membantu ibubapa membuat pilihan yang bijak untuk hero anda.

Previous article5 cara bermain Mainan Jenga
Next articleEntri 101
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here