Tips Penjagaan Buku Magik

0
151
views

Teks : Sakina Hamid

Salam pagi minggu ibu-ibu hebat! Menu apa ya pagi ni? Saya rasa macam nak tunggu menu berbungkus ja pagi ni..hihi. Sesekali terbayang nasik lemak zaman-zaman sekolah dulu. Lauknya tak banyak, tapi nikmatnya Masya Allah.

Sekarang zaman lauk mewah kan. Ayam seketul besar, makan sampai muak. Tapi jarang jumpa yang kita teringin nak makan lagi kan. Selalunya makan sekadar untuk mengenyangkan ja. Tak tahulah orang lain rasa benda tu ke idok, mungkin saya dan makin banyak umurnya kot.hihi..

Alhamdulillah sehari dua ni dapat banyak maklum balas positif dari pengguna Buku Magik. Rasa syukur dapat sebarkan kebaikan buku magik ni kepada ramai ibu bapa. Itulah keseronokan bagi mana-mana orang meniaga pun kan, menggembirakan pelanggan.

Buku Mewarna Magik
Syafiq gembira mewarna buku magik dalam kereta

Okey disebabkan pelaburan untuk buku magik ni agak besar bagi sebuah buku, jadi kenalah jaga elok-elok kan supaya tempoh hayatnya lebih panjang. Alhamdulillah buku anak-anak saya sendiri tahan lebih dari setahun walaupun takda la jaga sangat pun. Hanya selepas buku tu rosak barulah saya sedar bagaimana menjaga buku tersebut. -_-

Ok, jom kita semak langkah penjagaannya ya.

Mewarna menggunakan objek lembut sahaja

Bila anak teruja dengan magiknya buku ni, memang dia akan cuba mewarna guna macam-macam benda. Guna jari lah, tisu, berus warna air dan macam-macam lagi. Apa pun bahan yang anak nak cuba, pastikan ia tidak mencalarkan lapisan putih pada permukaan buku ni. Kerana lapisan putih ni yang menjadikan buku ni magik. Kalau dah bercalar dan nampak lukisan belakang tu tak magik dah la. ^_^

Anak berusia 2 tahun sedang mewarna menggunakan magic water brush
Anak berusia 2 tahun sedang mewarna menggunakan magic water brush

Pastikan buku sudah kering sebelum disimpan

Biasanya masa anak main memang sampai lencun bahagian atas buku tu. Takda masalah pun sebab permukaan tu glossy, jadi air tak diserap dengan mudah. Tapi sebelum disimpan kena anginkan dulu buku tu supaya tidak terlalu basah/lembab. Kalau disimpan terus begitu biasanya air itu akan menyerap masuk ke dalam kadbod tersebut dan menyebabkan ia kembang. Bila kembang permukaan pun jadi tak rata dan anak pun tak seronok dah nak mewarna.

testi-8

Letakkan selotep di keliling kadbod.

Sebagai langkah penjagaan tambahan, lekatkan selotep di sekeliling kadbod buku magik ini. Ini dapat mengelakkan bahagian tepi buku kembang dan terbuka. Selotep ini dapat menjadikan keseluruhan buku magik kalis air dan tahan lebih lama

Semoga langkah penjagaan yang dikongsi ini dapat membantu ibubapa menjaga buku magik supaya tahan lebih lama dan membawa manfaat lebih banyak kepada anak-anak in syaa Allah

Previous articleBila Anak-Anak Baik
Next article5 sebab Buku “3 kertas, 3 krayon dan 3 Pensel Warna” EKSLUSIF!
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here