Bagaimana Saya Mula Berblogging

1
181
views

Teks : Sakina Hamid

“Seronok tengok kak kinah tulis blog, tapi saya takda masa nak menulis”

Saya senyum ja, sebab dulu saya pun fikir macam tu jugak.

Tapi sebab saya memang nampak potensi pemasaran melalui blog ni, jadi saya paksa diri buat juga. Alhamdulilah, masih merangkak dan berhempas pulas untuk konsisten, tapi sudah dapat merasai nikmatnya 🙂

Suka saya nak kongsi bagaimana saya mula menulis di www.sakinahamid.com ini. Pada ketika itu, saya masih lagi memahirkan diri dengan pemasaran di Facebook. Jadi saya tidak meletakkan keutaamaan untuk menghadiri kelas  penulisan blog.

Apa yang saya lakukan ialah, setiap hari saya cuba update satu status yang berkualiti di facebook peribadi saya. Status berkualiti ini boleh saya berkaitan dengan tips keibubapaan, info produk, pengalaman bisnes dan apa sahaja yang menambah ilmu pembaca.

Secara rambangnya, dalam sebulan saya mempunyai sekitar 20 status berkualiti. Semasa cuti hujung minggu, saya akan copy status tersebut dan masukkan ke dalam blog. Saya akan buat sedikit penambahbaikan jika perlu. Tarikh untuk entri tersebut saya jadualkan ikut tarikh post saya di facebook. Bila dah siap copy semua tu..wau! saya ada 20 entri untuk bulan tersebut. Nampak macam konsisten berblogging kan, sebenarnya tak pun. ^_^

duha_blog duha_fb

Dari segi kualiti entri memang tak bagus sangat. Sebab saya hanya fokus kepada konten sahaja. Gambar kalau dah ada saya letak, kalau tiada entri tu kosong sahaja tanpa gambar. Boleh tengok kebanyakan entri saya di awal blog ni masih la tidak bergambar. Nampak macam tak menarik kan, tapi percaya tak kalau saya katakan ia sudahpun membawa masuk jualan 🙂

Kenapa saya bermula begini sebab nak cabar diri sendiri. Mula dulu dengan apa yang ada di tangan, sampai ke satu tahap baru keluarkan modal kewangan. Dan lepas capai target saya iaitu selesai 30 entri yang pertama, saya pun mendaftar kelas penulisan blog secara online seperti perkongsian saya di SINI. Alhamdulillah ada peningkatan kualiti entri saya selepas aplikasikan apa yang dipelajari si situ.

Dan jualan produk saya juga bertambah baik.

Dan cabaran seterusnya ialah menghasilkan 100 entri pertama dan telah di capai seperi dikongsikan di SINI. In syaa Allah pencapaian ini menjadi tiket untuk hadir satu lagi kelas penulisan blog yang lebih advance. Sebenarnya kelas ini adalah kelas pertama yang saya target nak masuk, tapi saya cabar diri saya konsisten menulis dulu sebelum melabur di sini. Kerana ilmu tanpa amal hanyalah sia-sia.

Saya mesti asah kunci utama berblogging dulu iaitu konsisten menulis. Bila dah konsisten menulis, ditambah pula dengan pengurusan teknikal yang betul in syaa Allah akan membuahkan hasil yang lumayan.

Semoga perkongsian ini dapat mencetuskan idea dan merangsang tindakan kepada kawan-kawan saya terutamanya ibu-ibu yang berhajat untuk berblogging. In syaa Allah dengan usaha yang konsisten, akan nampak hasil dihujung.

Thousand steps begin with the first step

Selamat berblogging

Previous articleTeknik Pernafasan untuk Menjadi Ibu yang Lebih Tenang
Next articlePemasaran Blog, lebih Mesra Ibu Bekerjaya
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here