Target Bisnes Saya!

0
82
views

Dalam bisnes, sasaran bulanan adalah sangat penting. Ia akan memandu kita untuk menilai kekuatan bisnes dan merancang tindakan.

Di sini saya kongsikan 3 jenis sasaran bulanan yang telah saya praktikkan.

1) Sasaran untung bulanan

Kaedah ni saya belajar dari pakej MB2000 [highly rcomended for newbie]. Caranya letakkan sasaran berapa nak untung bulan tersebut.

Contohnya nak untung rm1000. Bahagikan jumlah tu dengan bilangan hari berbisnes.

1000 ÷ 25 = rm40 / hari.

Jadinya dalan sehari kena sasarkan untuk untung rm40. Kalau jual tudung untung rm10, kena dapatkan sekurang-kurangnya 4 jualan sehari. Kalau kurang tu kena semak balik teknik marketing.

Cara ni sangat simple, setiap hari hanya fikir berapa unit nak jual. Sangat bagus untuk newbie yang mulakan dengan satu produk. Sayangnya masa belajar ni saya dah ada 10 produk dalam tangan.huhu.. Jadi bila praktik teknik ni macam kurang membantu, pencapaian pun entah kemana. :-p

Maka saya cuba pula teknik cara kedua.

2) Sasaran bilangan unit nak dijual

Konsepnya hampir sama, cuma saya perincikan bahagian bilangan unit ikut jenis produk (3 produk utama sahaja).

Katakan sasaran untung rm 1000.

Produk A untung rm10 – Sasaran jualan 50 unit
Produk B untung rm20 – Sasaran jualan 10 unit
Produk C untung rm30 – Sasaran jualan 10 unit

Wa..masa tu macam best ja tengok format baru ni. Tapi setelah 2 bulan dipraktikkan saya dapati hanya satu produk ja yang sampai sasaran, lagi 2 ke laut.

Maka tukarlah pula saya pada format terkini.

3) Target JUALAN harian.

Alhamdulillah, format ini diubahsuai mengikut iklim bisnes saya yang telah memfokuskan beberapa produk.

Saya tukar dari target UNTUNG kepada target JUALAN. Saya rasa format ini lebih praktikal kerana mudah untuk ditolak kos pemasaran, pengurusan, bil dll.

Jadi saya terus letak berapa target JUALAN bulan tersebut.

Contohnya rm5000/ 25 hari – rm200 sehari.

Jadi setiap hari usahakan untuk close sale sekurang2nya rm200 sehari.

Waktu ramai poket kembung, target close sale produk premium.
Waktu poket dah makin slim, fokus produk flagship
(Jenis produk ni huraiannya boleh refer tulisan sifu2 bisnes)

Rancang plan pemasaran untuk sepanjang bulan. Saya ringkas plan ikut minggu.

Jadinya sepanjang bulan target untuk dapat jumlah jualan yang sama. Bila saya buat macam ni, 2,3 hari tak capai sasaran saya dah mula tak senang duduk. Fikir apa lagi nak buat, apa lagi nak buat..

Jadi automatik kita akan usaha..usaha..usaha..usaha..usaha..dan tawakkal!

Mungkin sebab angka tu lebih mudah kita ingat. Kalau sasaran untung, bila ada banyak produk kita akan agak2 congak gitu2 ja. Benda yang kabur2 ni akan mengaburkan kita mencapai target.

Itulah format yang dah saya aplikasikan dan menunjukkan peningkatan jualan, Alhamdulillah. Semoga ia bermanfaat untuk anda, terima kasih kerana sudi baca catatan saya yang dhoif ini.

Mohon doa kawan2 semoga semua usahawan muslim tidak pernah jemu berusaha khasnya untuk newbie macam saya ni..ameen..

Previous articleSeronok Rupanya Berbekam
Next articleMenerapkan psikologi solat dalam diri anak-anak
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here