Mendengar cerita anak-anak remaja yang tidak menunaikan solat cukup 5 waktu mengingatkan saya semasa bersekolah rendah. Ketika tu kami tinggal kat rumah tok, abah masih berkhidmat di kawasan pedalaman. Kadang-kadang 2,3 hari sekali baru balik. Jadi memang sangat kurang pemantauan solat kami.

Teringat ketika tu guru mengaji saya yang kami panggil Mak Cik Mah selalu bertanya secara personal. Subuh solat tak, zohor solat tak, semalam isya’ solat tak.. Dan selalunya saya kantoi solat asar dan isya’. Alasan paling mudah ‘Lupa la ustazah..’. Asar tu mungkin la lupa, isya’ tu malas yang banyaknya.

Tapi Mak Cik Mah tak da la marah-marah, dia bagi tips yang simple tapi sangat besar kesannya.

Tips nya..Lepas selesai solat zohor, duduk kat sejadah tu niat ‘Ya Allah..sat lagi aku nak solat Asar’.

Tu ja..

Dah bendanya simple saya pun buat ja la. Di samping seisi menjawab soalan2 follow-up tu masih lagi diteruskan.

Dan sesuatu yang menakjubkan beberapa ketika ja lepas tu saya dah jarang tinggal solat. Ada jugak sesekali terkantoi subuh waktu cuti-cuti sekolah tu kan. Tapi yang saya nak kongsi nya, hanya dengan ‘niat’ itu, komitmen saya terhadap ibadah boleh berubah.

Mak Cik Mah mungkin tak pernah belajar ilmu psikologi secara khusus, tetapi dia mampu mengaplikasikan konsepnya dalam ibadah paling pokok sebagai muslim. Dewasa ini bila saya faham sikit2 ilmu psikologi, saya menyedari bahawa semua tabiat bermula dengan pengaruh psikologi. Samada sedar atau tidak, perlakuan kita dipengaruhi oleh persekitaran, bahan bacaan, dan impian-impian yang kita semai di dalam minda.

Jadi saya menyeru kepada ibubapa untuk memanfaatkan kesan psikologi ini dalam pendidikan anak-anak terutama berkaitan ibadah solat.

Bina persepsi anak seawal usia bayi bahawa solat adalah kewajipan yang akan dilaksanakan secara rutin. Beritahu anak sekarang dah masuk waktu subuh, ummi nak solat. Adik tunggu ya, dah besar nanti kita solat sama-sama.

anak ganggu solat

Bina persepsi anak bahawa solat terbaik adalah diawal waktu. Bila azan berkumandang, ajak anak untuk bersolat. Biarkan anak bermain di samping kita, yang penting dia bersama-sama kita dalam suasana itu.

A child walks near members of the Muslim community attending midday prayers at Strasbourg Grand Mosque in Strasbourg on the first day of Ramadan July 9, 2013. The Grand Mosque of Paris has fixed the first day of Ramadan as Wednesday, splitting with the French Council of Muslim Religion (Conseil Francais du Culte Musulman or CFCM), which determined it would begin on Tuesday.  REUTERS/Vincent Kessler (FRANCE - Tags: RELIGION TPX IMAGES OF THE DAY) - RTX11HMH

Bina persepsi anak bahawa solat adalah wajib di mana-mana jua. Bawa anak bersama ketika singgah bersolat ketika dalam perjalanan. Biar dia lihat suasana ‘orang lain pun solat’. Cuma pastikan keselamatan anak di tempat awam.

kanak solat 2

Bina persepsi anak lelaki bahawa tempat solat terbaik untuknya adalah di masjid. Selalu sebut2 bila besar dia akan ikut ayahnya bersolat di masjid. Mula bawa anak ke masjid apabila dia susah lulus latihan ke tandas.

Bina persepsi demi persepsi sehinggalah anak membesar dalam suasana merasakan bahawa solat adalah sebahagian dari rutin sebagai manusia. Dari masa ke semasa tanamkan solat adalah sebagai tanda kita bersyukur, solat sebagai kewajipan, solat sebagai sumber ketenangan dan lain-lain.

Apabila kita mulakan sejak usia bayi, tempoh itu cukup panjang untuk kita membina PERSEPSI YANG JELAS pada fikiran anak. Menjangkau usia 7 tahun, kita mula disiplinkan anak untuk solat dengan sempurna. Tempoh 3 tahun latihan sehingga usia 10 tahun in syaa Allah dapat menjadikan anak2 kita dalam kalangan ahli solat.

Semoga usaha-usaha ini akan menjadikan anak-anak kita dalam kalangan hambaNya yang tidak pernah tinggalkan solat sejak baligh. Dan apabila anak kita telah installkan dengan ibadah utama ini sebaiknya, in syaa Allah kecemerlangan aspek lain akan mengiringi.

Jom cakna anak solat sejak kecil.

Kredit gambar : Google.com

p/s : Latih anak bersolat melalui karakter kegemaran mereka Upin & Ipin. Klik SINI untuk maklumat lanjut.