Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid & Google

Alhamdullillah setelah sekian lama menyimpan hasrat nak bawa anak ke Pusat Sains Negara cawangan utara ni, Allah takdirkan Ramadan 1437 untuk kami sampai di sini. Walhal jarak perjalanan dari rumah ibubapa saya kurang dari 15 minit pun. Tapi biasalah, bila dah balik kampung tu ada saja la agenda bersama keluarga kan.

Ok, cerita pasal Pusat Sains Negara cawangan utara ni, kewujudannya mungkin masih kurang mendapat liputan yang meluas. Mungkin papan tanda menghala ke pusat ini juga tidak ‘semeriah’ ke lokasi pelancongan lain. Kebanyakan pelawat hanya tahu mengenai muzium padi, sedangkan PSN ini terletak dalam kawasan yang sama.

Pusat Sains Negara cawangan Utara terletak dalam 15km dari bandaraya Alor Setar. Tidak banyak tarikan pelancong lain di sekitarnya, tapi sangat berbaloi jika keluarga anda suka berekplorasi. Lawatan 2 jam ke galeri pamerannya semalam tidak cukup untuk anak-anak mencuba semua bahan pameran yang disediakan.

IMG_20160627_133014

Galeri Pameran

Sebagai guru sains, saya amat menghargai semua bahan-bahan pameran yang ada kerana ia telah diolah dengan cara yang sungguh menarik untuk memahamkan kita mengenai konsep-konsep sains yang sukar. Setiap satu bahan pamerannya dapat menjana idea anak-anak yang belum belajar sesuatu konsep sains itu, malah dapat mengukuhkan kefahaman bagi kita yang sedah belajar secara teori.

IMG_20160627_134856 IMG_20160627_134828 IMG_20160627_122448

Adalah amat merugikan anda kita tidak memanfaatkan peluang menimba ilmu sacara interaktif di sini. Pasti kerajaan telah membelanjakan peruntukan yang  besar untuk membina pusat ini demi kelangsungan pendidikan sains di Malaysia. Semoga kita semua mengambil peluang membawa anak-anak untuk berekplorasi di sini apabila sudah berada di kawasan berhampiran.

Di sini saya kongsikan beberapa gambar untuk tatapan anda. Semoga kita semua diberi peluang untuk menghargai nikmat ilmu di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Memahami konsep jisim berbeza di planet berlainan – Dari 18 kg tinggal 3 kg

IMG_20160627_135505IMG_20160627_135422

Model sistem dalam badan manusia

IMG_20160627_134152 IMG_20160627_123920IMG_20160627_124849

Konsep tenaga

IMG_20160627_121947IMG_20160627_121951IMG_20160627_121829

Mutation mirror

IMG_20160627_134049 IMG_20160627_134039 IMG_20160627_134016

Kesan rumah hijau

IMG_20160627_122611 IMG_20160627_122557

Bahagian kanak-kanak bawah 3 tahun

IMG_20160627_130123 IMG_20160627_125947

 

Simulasi pekerja industri – paling lama dok kat sini la, lebih setengah jam kot

IMG_20160627_130351 IMG_20160627_130220 IMG_20160627_125201 IMG_20160627_125143 IMG_20160627_125055IMG_20160627_131323