Petang tadi melayan permintaan Faqihah nak buat aktiviti di dapur. Ikutkan hati rasa nak berehat-rehat sahaja selepas seharian mengadap pelbagai tugasan. Bila ummi bermalas-malasan tu muncul lah satu suara dari bibir yang comel itu

Ummi tau tak kenapa adik suka masak. Sebab nanti bila adik dah ada baby, adik nak masak bagi anak adik makan.

Ummi pun tanya adik nak masak apa?

Bila anak adik baby adik masak bubur. Nanti dia dah 5 tahun adik masak nasik dengan sup kuning (gulai lemak). Lepas tu adik hantar dia pergi sekolah.

Telan air liur kejap ummi.😅 Teringat beberapa tahun lepas dengar Prof Muhaya cakap.

5 tahun pertama adalah untuk membina paradigma anak mengenai kehidupan

Masa dengar tu Fateh umur 5 tahun. Terbayang-bayang entah paradigma apa la yang dah bina kat dia. Caca merba rasanya paradigma yang terbentuk. Anak sulung, semuanya masih serba kekurangan. Ibu ayah masih kurang ilmu dan kurang pengalaman. Alhamdulillah anakanda Faqihah dibesarkan dalam keadaan ‘lebih sedar’ peranan seoarang ibu. Peluang menghadiri kelas-kelas keibubapaan dan membaca bahan-bahan ilmiah memandu saya dalam berfikir dan bertindak.

5tahunpertamaanak

Alhamdulillah hari ini Allah beri peluang saya dengar sendiri anak usia 5 tahun memang sudah mempunyai pandangan hidup mereka akan datang.Inilah yang akan tersimpan dalam minda segar (subconcious mind) yang akan memandu kehidupan mereka kelak. Masya Allah itulah 5 tahun pertama yang sangat penting, yang tidak akan berulang lagi dalam mana-mana fasa kehidupan.

Nak anak cinta Allah, cinta Al Quran, berakhlak dan apa jua impian kita hendaklah disemai seawal mungkin. Bukan menanti sehingga anak mula bersekolah. Ia sangat bertepatan dengan pepatah arab yang terkenal

Ibu adalah guru pertama anak-anak. Rumah adalah sekolah pertama anak-anak.

Syukuri lah golden age anak-anak, jangan persiakan.