Kepentingan Koordinasi Mata-Tangan (Hand-eye coordination)

4
147
views

Teks : Sakina Hamid

Foto : Google

Salah satu elemen yang penting dalam perkembangan bayi dan kanak-kanak ialah koordinasi mata-tangan (hand-eye coordination). Seringkali semasa memilih mainan, kita dapati antara fungsinya adalah untuk membantu perkembangan koordinasi mata-tangan.

Apakah koordinasi mata-tangan?

Koordinasi mata-tangan ialah proses di mana mata menyelaras aktiviti tangan. Apabila mata melihat sesuatu, isyarat maklumat dihantar dengan sangat pantas ke otak – otak tafsirkan tindakan dan terus menghantar isyarat maklumat yang sangat pantas untuk tangan bertindak.

hand eye 3

Proses ini berlaku dengan sangat pantas, dan ia kelihatan seperti sangat mudah. Tapi tidak bagi anak kecil yang baru belajar menggunakan tangan untuk pelbagai tujuan. Seringkali kita melihat anak tersilap letak, terbabas, terlepas dan sebagainya semasa menggunakan tangan. Ia bukan sesuatu yang disengajakan, tetapi koordinasi mata-tangannya masih dalam peringkat perkembangan.

hand eye 2

Perkembangan ini jika tidak dirangsang dengan baik akan menyebabkan kesukaran menyelaras pergerakan, masalah keseimbangan, masalah memberi tumpuan mata pada pergerakan tangan semasa bermain serta kesukaran dengan tugas-tugas yang berkaitan pembelajaran seperti membaca dan menulis.

Sebagai ibubapa, kita hendaklah menggalakan proses ini berlaku dengan optimum sehingga, anak mempunyai koordinasi mata-tangan yang terbaik seterusnya dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih sempurna.

Diantara mainan yang dapat membantu perkembangan koordinasi mata tangan ialah

hand eye

 

IMG_20151125_184429

 

 

IMG_20150531_165208

 

 

 

 

 

 

 

 

DSC00138 vege

 

 

 

Previous articlePengalaman Anak Buat Aiskrim Sumi
Next article2/3 Masa Setiap Hari untuk Berimaginasi
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

4 COMMENTS

  1. […] Koordinasi tangan-mata juga dibentuk dengan baik ketika aktiviti menconteng. Mata anak akan mengikuti hasil lukisannya dan tangannya lincah melakar di sana sini. Mata akan dapat menyelaras aktiviti tangan dengan cekap. Semakin lama menconteng, anak sudah faham had sempadan kertas. Tiada lagi masalah anak menconteng melebihi had kertas. Anak juga dapat mengagak dengan baik tinggi rendah dan kedudukan setiap huruf semasa belajar menulis. […]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here