Pengalaman ke Fiesta Belon Panas Pulau Pinang

0
175
views

Semalam suami pulang dari kerja lewat malam dan maklumkan mengenai fiesta belon panas ini. Saya pun teringat ada melihat beberapa iklan minggu lepas. Saya pun ajak suami pergi. Respon pertama beliau ; parking ada 1200 ja. Susah nak parking nanti. Respon balas isteri beliau ; Kita pergi la awal-awal, kalau tak cuba mana nak tau ada parking ke tidak. ^_^

Alhamdulillah, kami dapat tempat parking sangat hampir dengan tempat program. Jam 7.30 pagi kami sudah sampai ke tempat program. Belon panas pertama baru sahaja dilepaskan ketika kami sampai. Dan Masyaa Allah, respon dari anakanda Fateh cukup untuk membalas kegigihan ummi menapak ke sini pagi-pagi.

Imaginasi ke ni ummi?

Pasti dia tak menjangka boleh melihat sendiri belon panas bersaiz gergasi dilepaskan di depan mata. Selama ini ia hanya halwa mata yang dilihat di dalam cerita animasi. Terjerit-jerit dia memberitahu bentuk-bentuk belon yang sedang mula mengembang apabila dimasukkan angin. Memang sangat mengujakan termasuklah ibunya juga. Yer la, kita dulu boleh tengok dalam tv ja kan.

Cara udara dimasukkan ke dalam belon Cara udara dimasukkan ke dalam belon

Terdapat lebih 10 belon panas pelbagai bentuk di sini. Setiap belon mempunyai latar belakang sendiri yang dimaklumkan oleh pengacara majlis. Tapi oleh kerana bunyi enjin generator untuk kipas-kipas lebih kuat, kami pun tak mengikuti penerangan. Cuma sedikit teruja kerana salah seorang pengacaranya ialah Tuan Jamal Jamaludin, penyampai radio yang popular tu.

Penyampai radio

 

Sakinah Binti Abdul Hamid 发布于 2017年2月5日

Sedang berjalan-jalan sekitar belon panas yang sedang dinaikkan, kami ternampak badut sedang membuat belon untuk kanak-kanak. Jadi kami pun cepat-cepat la suruh anak-anak beratur. Baru semalam saya dan anak-anak menonton cara-cara membuat belon kreatif ini di internet. Hari ni dapat tengok live terus. Rezeki.

Belon kanak-kanak

Dah dapat belon anak-anak pun tak senang duduk sebab dari tadi dah nampak bouncing castle dari jauh. Kami pun bergerak ke tempat permainan. lagipun suasana di tapak belon panas sangat bingit dengan bunyi generator dan pembesar suara dari pentas utama. Kami pun bergeraklah ke tempat permainan. Lega rasa telinga yang bingit. -_-

Terdapat pelbagai pilihan mainan, yang rata-ratanya berasaskan konsep belon. Dah fiesta belon kan, nanti lari tajuk pula. Ada belon bergolek dalam air, bergolek di tanah, kayak belon, dan mainan extreme yang saya tak pasti namanya. tapi konsepnya macam buggy jumping la jugak. Rata-rata mainan di sini mengenakan bayaran rm15 seorang.

Bouncing ball Bouncing ball Bouncing ball

Apa-apa pun anak saya hanya berminat dengan bouncing castle. Masa nak beli tiket tu rasa kelakar dengan tawaran dari penjual tiket tersebut. Harga tiket rm15, boleh main sampai malam. Boleh masuk keluar berapa kali pun tak kisah. Nak balik rumah dulu nanti datang semula pun boleh. Haha..macam la boleh buat macam tu. Nak mengharung jem sepasal, nak menapak dari tempat parking lagi.

Istana Pelampung

Apa-apa pun bila masuk dalam saya rasa berbaloi la dengan kadar harga tiket tu. Jika sebelum ni di tempat lain harga tiket dalam RM5, dan hanya ada 1 tempat bermain sahaja. Kita tengok kepadatan kanak-kanak pun jadi risau dengan keselamatan anak-anak. Di sini ada 10 bouncing castle berasingan yang disusun rapat-rapat. Jadi walaupun ramai yang masuk ke sini, anak-anak dapat bermain dengan bebas. Sepanjang pengalaman membawa anak bermain bouncing castle, saya rasa inilah tempat yang anak saya dapat melompat sepuas hati tanpa kami risau. Kalau tak suami saya asyik tarik Faqihah keluar ja risau tengok dia tersepit.

Oleh kerana mereka dapat melompat bersungguh-sungguh, selepas setengah jam mereka sudah keletihan. Lompat pun dah tak berapa tinggi :-P. Jadi kami pun dapatlah pulang tanpa adegan drama sedih. Singgah di gerai jualan pun mereka hanya minta air sahaja. Dah letih sangat agaknya.

Selepas membeli sedikit makanan dari gerai jualan, kami pun bergerak pulang sekitar 9.30 pagi. Panas sudah mula membahang dan belon panas pun sudah mula diturunkan. Acara untuk belon panas akan disambung semula pada sebelah petang selepas pukul 5. Syukur kami dapat datang awal dan menyaksikan keseluruhan acara pagi ini berlangsung.

Saya memang tidak merancang untuk naik belon panas, hanya sekadar untuk melihat sendiri bagaimana belon dinaikkan sahaja. Lagipun ketika kami sampai pun 150 tiket sudah habis dijual. Anak-anak pun tak menunjukkan minat untuk naik belon panas. Inflatable castle itu sudah cukup menarik untuk mereka. Anak-anak sekarang sudah biasa tengok pemandangan dari tempat tinggi, kan rumah kat penang ni tinggi-tinggi belaka. ^_^

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan kunjungan ke fiesta ini. Semoga ia juga menjadi pengalaman berharga untuk bekalan anak-anak meneroka dunia ilmu yang lebih luas, in syaa Allah.

Previous articleNak Anak Berjaya? Ibu Perlu Berkorban Dulu
Next articleCabaran Subjek Bahasa Melayu Darjah 1
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here