Cara Latih Anak Duduk dalam Carseat

1
112
views
Taksukadudukdalamcarseat

Pagi tadi masa kat tempat letak kereta terserempak dengan jiran yang ada anak kecil. Dia tengah pujuk anaknya duduk dalam carseat. Biasalah hari Isnin kan, tambah kalau dah lama cuti memang ambil masa nak biasakan anak dengan rutin harian semula.

Bila tengok tu terus la teringat nostalgia hero ku 7 tahun lepas. Anakanda Fateh dah letak dalam carseat sejak umur dia 2 bulan. Sebelum pergi kerja, saya akan hantar dia ke taska dalam 10 kilometer. Balik dari taska pun saya ambil.

Dan yang bestnya, perjalanan dalam lebih kurang 15 minit tu selalunya diiringi dengan lontaran vokal yang bisa menggegarkan gegendang telinga. Sebelum letak tu dah susukan, sembang-sembang bagai nanti kejap ja ok nya. Lepas tu uk ek uk ek, kita tak angkat mula lah bunyi. Jadi dah biasa sangat la memandu diiringi muzik ni.

Taksukadudukdalamcarseat

Tu la orang cakap, jadi mak ni hati kena kental kan. Tambah-tambah kalau dari kecik nak tinggal bawah asuhan orang lain. Memang satu pengorbanan sebenarnya. Cuma dalam nak kental tu kita kena la ambil langkah-langkah yang perlu sebelum letak anak kat carseat.

  • Pastikan anak selesa, dah kenyang dan lampin selesa. Jangan la angkat anak dari tempat tidur terus letak kat carseat. Tukar dulu lampin tu, bagi dia selesa
  • Carseat yang selesa. Bab ni memang saya gagal masa anak sulung. Takda ilmu. Ingat semua benda-benda ni sama ja. Rupanya saya dah beli babyseat yang berjenama pada anak, tapi tak selamat untuk guna sebagai carseat pun. Tengok kawan beli, kita pun beli. Tak study dulu. Memang tak selesa untuk anak duduk. Siap kena lapik kusyen lagi.
Penggunaan car seat yang sesuai penting untuk menjamin keselamatan dan keselesaan anak.
  • Cara letak carseat yang betul. Pastikan diikat kemas pada seat belt dan letak pada kedudukan yang betul. Boleh baca kat SINI ada banyak panduan cara penggunaan carseat yang betul.
    caragunacarseatyangbetul

caragunacarseatyangbetul

  • Sediakan mainan untuk lekakan anak. Pastikan mainan tu tak merbahaya. Tak mudah buat anak tercekik dan sebagainya.
  • Pasang muzik yang anak suka. Ada yang cadangkan guna video mp3, tapi pada saya kalau tak terpaksa tak perlu lah. Ini semua yang akan membawa kepada ketagihan gajet.
    Saya lagi suka isi masa saya mengaji dan menyanyi untuk anak. Dah la kita nak tinggal dia kat pengasuh, itulah peluang nak bagi anak dengar suara kita kan.

Kalau dah ambil langkah-langkah awal ni tapi anak masih menangis jugak memang terpaksa terima hakikat anak kita macam tu. Macam anakanda Fateh memang jenuh pujuk la nak bagi duduk dalam tu, tapi Faqihah ok ja. Relax ja dia dalam carseat tu. Jadi atas pada anak juga la. Bukan semua sama. Kalau dah anak kita jenis mudah urus tak payah la nak kutuk budak lain kan.

Dan selepas anak dah besar panjang, barulah saya jumpa rupanya ada cara nak tenangkan anak dalam carseat ni. Guna kaedah semula jadi ja. Calit minyak pati tumbuhan yang boleh rangsang hormon ketenangan anak.

calmtimebalmuntukanaktenangdalamkereta

Apsal la masa kome kecik ummi tak tau pun kewujudan benda alah ni..haha. Takpa lah, kongsi ka kat sini semoga dapat bantu ramai ibubapa lain yang sedang hadapi cabaran anak tak nak duduk dalam car seat ni. Banyak lagi kebaikan balm Tasneem Naturel ni, untuk maklumat lanjut klik SINI

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here