Cara kenal Essential Oil Asli ni penting untuk kita tahu sebelum mula terjebak dengan dunia essential oil. Dulu-dulu bila jumpa minyak dalam botol kecik-kecik ni saya ingatkan minyak wangi. Lepas tu ada kawan-kawan amalkan untuk aromatheraphy barulah tau sikit. Tapi nak cuba rasa macam tak perlu ja.hihi.

Sampailah sifu natural parenting saya sendiri, Puan Sheeda share pasal Apakah EO (essential oil), barulah tergerak hati nak belajar. Dan masya Allah saya sungguh kagum dengan keluasan ilmu Allah, bagaimana setiap ciptaannya jika dikaji dan digunakan dengan betul akan membawa banyak manfaat kepada kehidupan kita.

Cara kenal Essential Oil Asli


Alkisah EO ni, ia adalah minyak yang terhasil dari bahan semulajadi sahaja. Kalau 1 botol EO peppermint tu, memang terhasil dari berkilo-kilo daun peppermint. Begitu juga lavender, lemon, lime, rosemary dan banyak lagi.
Dalam pasaran ada 2 jenis EO – Asli dan sintetik. Cara kenal Essential Oil Asli ata sintetik adalah melalui harga. Minyak sentetik biasanya semua minyak harganya sama. Kalau kat kedai rm5, semua minyak dia rm5. 


Secara logiknya bahan asli buat minyak pun harga berlainan, masakan bila jadi minyak harga sama pulak kan. Dan minyak asli pun kena tahu peratusan kandungannya. Semua ni memerlukan bimbingan/kajian sebelum kita pilih.

Cara kenal Essential Oil Asli


Ok, topik seterusnya.. apa fungsi setiap jenis minyak. Inipun perlu belajar. Siap ada textbook untuk rujuk. Ada yang hanya perlu 1 jenis minyak, ada jugak perlu campur 2,3 jenis minyak (blending).


Minyak paling asas yang Puan Sheeda cadangkan ialah Peppermint, Lavender dan lemon. Antara kegunaan minyak peppermint boleh digunakan untuk anak demam, selsema migrain, cirit birit dan allergi. 


Tadi dapat la cuba setitik, memang ‘terasa’ aromanya masuk dalam rongga pernafasan, sampai ke sinus area. Kalau baunya tersangkut kat hidung tandanya orang itu adalah masalah sinus, dan boleh diatasi dengan pengambilan EO.


Minyak Lavender pula untuk memberi ketenangan, membantu dapatkan tidur yang berkualiti dan di blending untuk atasi elergi. Anak-anak kecil kan ramai ekzema, eloklah beralih kepada EO ni daripada bergantung pada krim-krim sintetik tu.

Minyak telon untuk bayi pun boleh buat guna EO ni. Selalu minyak telon ada minyak kayu putih kan, EO kayu putih pun ada. Lebih yakin untuk kita gunakan kerana tau ia dari sumber asli, dan peratusan kandungan yang jelas.


Kegunaan minyak secara meluas ada dikongsi dalam grup sokongan untuk pelanggan Puan Sheeda. Banyak resepi-resepi untuk blending dikongsi dalam tu. Jadi takda teraba-raba tak tau cara nak guna kan.


Luas sangat penggunaannya, dan kesannya lebih optimum in syaa Allah. Antara fungsi minyak lain adalah untuk tingkatkan fokus, brain power, masalah gout, mengatasi stress dll. 


Terutama untuk ibu-ibu yang ada anak berkeperluan khas, masalah asma, selalu demam dan selsema elok lah amalkan EO ni. Kesian anak kecik-kecik lagi selalu ambil ubat sintetik, moga-moga dengan amalkan EO ni kesihatan anak lebih baik dan kita dapat jalani kehidupan yang lebih berkualiti.


Pendek kata pelaburan untuk EO adalah berbaloi untuk kesihatan seluruh ahli keluarga in syaa Allah.