Apakah Kaedah Membaca Fonik?

2
687
views
Mengajar fonik menggunakan kad imbas
Menjara fonik kepada kanak-kanak lebih sesuai menggunakan kaedah interaktif seperti flashcard

Dulu-dulu kebanyakan kita belajar membaca dengan mengeja. Walaupun agak lambat akhirnya kita tetap boleh membaca, Alhamdulillah. Namun dalam kepesatan perkembangan ilmu, pelbagai kaedah membaca yang lebih praktikal telah muncul. Dan keadah-kaedah terkini ini apabila di ajar dengan teknik yang betul dapat membantu kanak-kanak membaca lebih cepat.

Baguskan. Lebih cepat boleh membaca bermakna anak lebih cepat mendapat kunci meneroka ilmu dalam bidang yang lebih luas, in syaa Allah.

Salah satu kaedah yang semakin berkembang pesat penggunaannya di Malaysia ialah kaedah fonik. Fonik bermaksud bunyi. Kaedah fonik ialah kaedah di mana pelajar hanya menggabungkan bunyi semasa belajar membaca, tanpa menyebut nama huruf.

ajar-baca-custom

Setiap huruf mempunyai fonik tersendiri. Contohnya huruf A mempunyai fonik \a\, B mempunyai fonik \beh\, C mempunyai fonik \ceh\ dan seterusnya. Apabila membaca menggunakan kaedah fonik, pelajar hanya perlu menggabungkan bunyi-bunyi kecil dalam perkataan. Proses penggabungan (blending) ini mengambil sedikit masa namun ia jauh  lebih cepat berbanding mengeja satu persatu.

Kaedah fonik lebih mudah untuk dikuasai kerana secara fitrahnya kanak-kanak memang mempunyai kesedaran fonemik. Kesedaran fonemik ialah kesedaran terhadap bunyi-bunyi dalam dalam perkataan yang disebut. Anak sedar ‘bunyi’ perkataan ayam bermula dengan \a\ \yek\ \a\ \em\. Kerana itu seawal usia 2-3 tahun anak sudah boleh menyambung perkataan apabila disebut bunyi awal huruf. Pada peringkat itu mereka sudah mempunyai kesedaran fonemik walaupun belum belajar bunyi huruf.

Kaedah fonik lebih cepat untuk dikuasai kerana pelajar hanya perlu kuasai 31 bunyi/fonem untuk boleh membaca dalam bahasa melayu. Ia jauh lebih mudah berbanding anak perlu mengingat 26 nama huruf serta membatang ejaan dengan huruf vokal a,e,i,o,u dalam kaedah mengeja.

Selain itu pelajar yang telah mengusai fonik dalam bahasa melayu juga lebih mudah untuk membaca dalam bahasa inggeris. Ini kerana fonik huruf konsonan sama, cuma perlu ditambah beberapa fonem lagi menjadikan 44 fonem dalam bahasa Inggeris. Jadi pelajar mempunyai kelebihan dapat mengusai bacaan bahasa inggeris lebih cepat.

Kaedah fonik memang telah terbukti dapat membantu kanak-kanak mengusai bacaan lebih cepat asalkan ia diajar menggunakan kaedah yang betul. 4 peraturan utama untuk mengajar membaca menggunakan kaeda fonik ialah

  • Ajar BUNYI dahulu, bukan nama huruf
  • Jangan CAMPUR ADUK bunyi dan nama huruf
  • Ajar membaca dengan MENGGABUNGKAN BUNYI
  • Ajar nama huruf setelah anak LANCAR membaca

Video kaedah mengajar fonik

Jika ibubapa mengikut peraturan ini, in syaa Allah anak-anak dapat mengusai bacaan lebih cepat. Jika kurang yakin untuk mengajar anak, sebaiknya hadir ke mana-mana kursus kaedah mengajar supaya ibubapa mempunyai ilmu yang betul untuk mengajar anak.

ajar-baca_flashcard-custom

Malah kini ibubapa juga boleh belajar secara online seperti grup Facebook : Team Go Phonic BM BI yang dikendalikan sendiri oleh Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku – Puan Nik Eliani Nik Nawi. Banyak kemahiran asas pembelajaran fonik dikongsikan di dalam grup ini. Dengan inisiatif dari ibubapa in syaa Allah semua kanak-kanak akan boleh membaca dengan lancar seawal usia prasekolah in syaa Allah.

2 COMMENTS

  1. Salam. Anak saya umur 2th 10bln. Dah kenal huruf melalui youtube. Dah boleh tulis ikut garisan putus2. Cuma bila saya buka buku bacalah anakku (milik kakak dia) dan memperkenalkan bunyi fonetik tu, dia bls balik ” bukan ‘ba’. Tu ‘b’, ‘a’ “.
    Mungkin belum masanya kot, ekk.
    Anyway, saya ajar dia pun sambil2 je.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here