Bahaya narsisisme pada anak  sangat menggerunkan. Ini kali pertama saya mendengar huraian yang panjang lebar mengenai ‘narsisisme’. Sambil memandu saya dengar dari slot Suluh Budi di stesen radio IKIM. Narsisisme adalah satu keadaan di mana seseorang itu mempunyai perasaan cintakan diri sendiri yang melampau.

Antara ciri-ciri golongan narsistik ini ialah amat mementingkan penampilan, terlalu mengharapkan pujian dan tidak dapat menerima kelemahan. Beliau menjadi seorang yang sangat pentingkan diri sendiri. Jika anda sedang terbayang seseorang ketika ini, boleh jadi beliau mengalami masalah narsisisme. Hehe.

bahayasikapnarsisisme
Banyak lagi kupasan panel mengenai keburukan golongan narsistik ini. Tapi apa yang menarik perhatian saya adalah punca seseorang itu mempunyai masalah narsisisme sebenarnya bermula dari proses pendidikan semasa beliau membesar.

Ada 3 faktor yang boleh menyumbang kepada masalah narsisisme ini.

Ibubapa terlalu suka membanding anak

Anak yang paling selalu dipuji itu akan terpupuk dengan sikap bangga diri dan merasakan dirinya sangat bagus. Dia akan membesar sebagai seorang yang merasakan dia hebat dan mesti sentiasa dipuji.

bahayasikapnarsisisme
Ibubapa terlalu sukar puji anak

Cara didikan yang kedua pula adalah sebaliknya. Ibubapa yang terlalu kedekut memuji anak juga boleh menjadi faktor melahirkan sang narsistik. Malah ada ibubapa yang suka memperlekeh pencapaian anak. Ini menyebabkan anak terpaksa menjadi seorang yang terlalu mengharapkan pujian dari orang luar.

bahayasikapnarsisismeIbubapa suka memuji anak bila bersama orang lain

Contohnya bila ibubapa berbual dengan jiran, ahli keluarga dan sebagainya. Sikap ibubapa yang suka menunjuk-nunjuk ini secara tidak langsung akan memupuk sikap bangga diri dalam diri anak dan sentiasa merasakan dia hebat.

Begitulah cara ibubapa membesarkan anak sangat menyumbang kepada pembentukan sikap anak. Dan bila anak yang sudah ada ciri narsisisme dalam dirinya ini terdedah pada media sosial, ini akan menyebabkan masalah bertambah kritikal.

bahayasikapnarsisisme

Dia akan sentiasa cenderung berkongsi semua perkara yang di buat, sibuk dengan selfie yang keterlaluan dan boleh menghadapi tekanan bila tidak mendapat pujian dari orang lain. Sangat menyedihkan.

Semoga dengan sedikit pengetahuan mengenai psikologi manusia ini akan membimbing kita untuk mendidik anak-anak dengan lebih baik. Kerana apa sahaja yang kita lakukan hari ini amatlah berkait rapat dengan wajah anak kita suatu hari kelak. Wallahualam.

bahayasikapnarsisisme