Suri Hati Mr Husband, Bacaan Terbaik Wanita Yang Mahu Berhenti Kerja

0
29
views

Buku ni dah lama ada kat rumah, tapi tak terbaca. Baru ni melilau satu rumah cari buku nak baca, alih-alih jumpa buku ni kat rak stok. Alhamdulillah akhirnya Allah lapangkan masa untuk baca buku ni. Sekali duduk hampir separuh saya habiskan bacaan. Masya Allah tulisan yang sangat berbekas di hati.

Buku ini adalah perkongsian pengalaman Puan Solihah Ibrahim melalui perjalanan sebagai surirumah setelah melepaskan jawatan sebagai penjawat awam. Bukan mudah nak buat pengorbanan macam tu kan. Tapi atas keazaman untuk berbakti pada keluarga dengan lebih baik, beliau sanggup memilih jalan yang sukar.

Kebanyakan wanita ambil langkah untuk berhenti kerja apabila perlbagai usaha sudah dibuat untuk mengatasi cabaran menemui jalan buntu

Dan Masya Allah beliau bukan sekadar berhenti untuk uruskan keluarga tapi sudah mempunyai matlamat yang jelas untuk mendekatkan diri dengan Al Quran. Beliau berjaya membimbing anak sendiri menghafaz Al Quran di rumah, membuat program cinta Al Quran untuk anak-anak kejiranan malah mampu menghafaz Al Quran sehingga berjaya menang hadiah menunaikan umrah. Allahuakbar.

Sesuatu yang sukar diterjemah oleh akal singkat manusia. Tapi itulah pemberian Allah. Tiada siapa pun boleh halang bila itu ketentuanNYA.

Istimewanya buku ini bukan pada kisah kehidupan beliau. Tapi pada amalan dan mindset beliau dalam memperolehi setiap rezeki yang diimpikan. Kekuatan beliau sangat perlu untuk dicontohi oleh semua wanita terutamanya yang sedang memengang amanah sebagai ibu.

Kalau baca kisah-kisah wanita muslimah hebat zaman awal Islam, kita rasa macam jauh dengan generasi tu. Tapi hakikatnya hari ini pun ramai muslimah hebat yang sangat wajar dijadikan contoh ikutan.

Buku ini sangat penting untuk dibawa oleh suri yang sedang mencari kekuatan untuk menjalankan tanggungjawab kepada keluarga sebaik mungkin. Ia panduan yang bagus untuk mereka yang merancang untuk melepaskan slip gaji mahupun yang sudah berjaya melepaskan namun masih mencari-cari kekuatan.

Malahan buku ini juga bacaan yang bagus untuk suri bekerjaya kerana mindset yang ditanamkan itu amat penting untuk dipegang oleh semua suri ummah.

Buku ni terbitan Mustread Sdn Bhd, dijual pada harga rm17 sm. Boleh didapati di kedai-kedai buku terpilih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here