Umur Berapa Sesuai Ajar Anak Membaca?

6
174
views

Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid

Umur berapa sesuai ajar anak membaca?

7 tahun?

5 tahun?

2 tahun?

Jawapannya terletak kepada KESEDIAAN anak. Kerana anak yang bersedia akan dapat menguasai proses belajar membaca dengan mudah. Seringkali kederangan suara-suara risau ibubapa – anak saya tak minat baca, anak tak nak dengar saja ajar, anak tak nak duduk diam dan banyak lagi.

Kenapa?

Kerana anak tidak bersedia untuk belajar membaca.

Jadi yang menjadi tanggungjawab ibubapa bukan gigih nak ajar membaca, tapi berusaha tanam minat anak kepada membaca@minat buku seawal mungkin. Bnyakkan membuat Aktiviti yang merangsang anak minat membaca sejak bayi.

Anak yang sudah minat buku sangat mudah untuk diajar membaca. Kerana ia sudah mempunyai ‘tapak’ di dalam minda yang akan dikembangkan semasa proses belajar membaca.

Jadi umur berapa sesuai ajar anak membaca?

Sedikit perkongsian pengalaman saya, semasa anak sulung dulu saya langsung tak letak apa-apa sasaran untuk dia boleh membaca. Namun Alhamdulilah, seawal bayi dia sudah mula menunjukkan ‘minat’ kepada buku. Bunyi selakan helaian buku boleh menyebabkan dia yang dah hampir terlelap bangun semula.

sofbook

Jadi apabila dia sudah mula duduk, saya belikan buku lembut untuknya. Dan seterusnya buku-buku lain yang bersesuaian dengan usia bayi. Jika tidak saya tak dapat baca buku saya kerana dia asyik membelek kandungannya. Juga risau jarinya terluka semasa menyelak kertas dengan cepat.

buku kartun 3
‘Membaca’ komik walaupun masih belum belajar membaca

Hal ini terus berkembang sehingga dia mula meminta untuk dibelikan buku-buku yang ditemuinya di mana-mana. Bila dah ada buku mestilah kena bacakan untuk dia. Rutin ini berlaku tanpa apa-apa masalah, dan ia menjadi sebahagian dari aktiviti harian. Dia akan memilih sendiri buku yang hendak dibacakan untuknya.

Sehinggalah pada usia 5 tahun, adiknya Faqihah yang baru berusia 2 tahun lebih mula mendapat ‘habit’ abangnya. Dia juga mahu saya bacakan buku pilihannya. Jadi sekarang perlu wujudkan giliran!

baca atas kereta
Rasmi buku baru atas kereta

Dan keadaan ini menjadi kritikal bila mereka mahu dibacakan buku lebih dari sekali giliran. Dan ummi yang perlu uruskan hal-hal rumah mula semput! Tak dilayan anak tengah bersemangat, kalau dilayan boleh tak makan anak beranak. Kebetulan masa ni suami memang banyak kerja luar, jadi lepas waktu kerja hanya saya seorang yang akan layan anak-anak.

family membaca
Rutin bacakan buku untuk anak . Gambar ini pada waktu pagi, sebelum anakanda Fateh ke sekolah

Akhirnya mula terdetik di fikiran saya, dan sampai masa ajar anakanda Fateh membaca! Sebelum ni saya tak kisah sebab anakanda Fateh ke tadika, jadi sejak usia 4 tahun memang ada belajar membaca di sekolah. Cuma progresnya agak perlahan, jadi saya perlu bantu dari rumah. Saya jumpa dengan guru tadikanya untuk mengetahui tahap penguasaannya, saya sertai kelas online untuk belajar teknik ajar anak membaca dan saya mula dapatkan bahan-bahan sokongan untuk ajar anak membaca di rumah.

Alhamdulillah, kurang 6 bulan saya fokus buat semua aktiviti ini anakanda Fateh sudah boleh membaca dengan baik. Sedangkan semasa saya mulakan dia baru belajar sukukata dari huruf ‘a’ hingga ‘ga’,’gi’,’gu’. Adakah kerana saya seorang guru?

Tidak..ramai ja bukan cikgu pun boleh ajar anak sendiri.

Jawapan yang boleh saya bagi adalah anakanda Fateh sudah bersedia untuk belajar membaca. Dia rasa ‘geram’ bila asyik tengok gambar tapi tak faham cerita. Tekanan ini menyebabkan dia rasa dia perlu tahu membaca. Bila dia desak saya bacakan buku banyak-banyak untuknya saya pun bagi la ‘punchline’ – Fateh kena pandai baca sendiri, nanti Fateh boleh tau semuaaaa cerita yang ada dalam buku ni!

Dan saya terharu anakanda Fateh pernah intensif baca Siri Buku Pantas Membaca sendirian lebih dari 1 jam. Dengan hanya mendengar dari CD audio, dia mampu bertahan menyelak helaian demi helaian untuk belajar membaca. Ma syaa Allah, nikmat yang tak terhitung untuk ibunya melihat anak 5 tahun mampu buat begitu.

IMG_20150818_180822IMG_20150818_180957

Ala kulli hal, semuanya adalah pemberian Allah. Alhamdulillah, banyak kelebihan anak boleh membaca awal. Namun bukan usia boleh membaca yang menjadi ukuran, tapi sejauh mana kemahiran membaca digunakan sebaiknya untuk mengusai pelbagai ilmu.

sibuk membaca
Pemandangan biasa di rumah, main sampai letih lepas tu mengadap buku

Dan Alhamdulillah, anakanda Faqihah ‘terpaksa’ di ajar membaca lebih awal. In syaa Allah saya kongsikan di entri lain nanti. Semoga sedikit sebanyak ia menjawab persoalan umur berapa sesuai ajar anak membaca.

Semoga bermanfaat.

6 COMMENTS

  1. Betul la puan. Saya guna cara sama. Tak paksa. Tapi beli buku dan baca bersama anak. Anak yang kurang minat, bertukar jadi minat. Lebih-lebih lagi bila buku tu jenis ada unsur kreatif macam buku2 yang dijual di Big Bad Wolf. Mata boleh bergerak la… Gambar 3d la.. Anak jadi seronok. ?

    • Alhamdulillah, aktiviti baca buku bersama tu mmg penting kan. Moga-moga kita diberi kekuatan untuk istiqamah

  2. […] Sebab tu saya suka ajak ibu-ibu fikir, ajar anak membaca bukan sebab takut anak ketinggalan bila masuk sekolah nanti. Itu yang buat kita stress. Tapi kita ajar anak membaca supaya anak ada kunci untuk teroka ilmu dengan lebih luas. In syaa Allah kita akan ajar anak membaca dengan lebih bersemangat tanpa stress. Malah dalam banyak keadaan anak yang ‘minta’  kita ajar membaca seperti saya kongsikan di SINI. […]

  3. Pada saya kita tak perlu bersedia utk ajar anak2 membaca. Buat sambil2, jadikan membaca satu kebiasaan. Anak2 akan terikut perkara yg ibu bapanya biasa buat. Kalau ibu bapa jarang membaca, anak2 akan anggap aktiviti membaca sbg satu perkara asing. Lagi satu, mula2 mmg anak susah nak beri tumpuan. Stkt mana anak mahu tgk buku, setakat tu pun dah cukup. Yg penting kerap. Lama2 bila dah biasa, dia sdiri akan mahu baca buku.

    Ps: sbb tu lah anak kedua mudah utk mbaca buku, sbb terbiasa dgn aktiviti mbaca abang n ibu bapanya

    Just my 2 cents 😉

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here