Tag

Kesihatan kanak-kanak

anaksusahmakanubat
in Ilmu Keibubapaan

Bahaya Picit Hidung Anak Waktu Bagi Makan Ubat

Pagi tadi saya terbaca berita viral mengenai seorang bapa yang menggunakan spray hidung untuk atasi masalah hidung tersumbat. Tak sanggup nak tengok keseluruhan video. Tapi dari pemerhatian sepintas lalu, caranya jelas boleh mendatangkan bahaya kepada anak kecil. Ramai yang mengecam cara penggunaannya yang salah. Semoga beliau beroleh petunjuk bagaimana untuk menguruskan masalah kesihatan anak dengan lebih selamat. Isu ini mengingatkan kejadian yang berlaku pada saya sendiri. Saya tak sedar pun la. Tapi abah selalu sangat ulang-ulang kisah ni. Nampak jelas penyesalan di wajahnya. Asal ada topik pasal anak tak sihat ja mesti dia pun bukak cerita ni. 😣 Jadi saya kongsikan…

Continue reading
bahayagunavicks
in Ilmu Keibubapaan

Bahaya Penggunaan Vicks Untuk Bayi

Bagi saya yang lahir di era 80-an, penggunaan vicks adalah terlalu biasa. Sejak kenal dunia, kami akan menggunakan vicks setiap kali selsema. Boleh dikatakan setiap rumah pasti ada vicks dalam simpanan. Namun apabila zaman berubah, kita perlu belajar untuk terima hakikat apa yang kita sudah lama amalkan itu tidak sesuai untuk diteruskan. Baru-baru ini berlaku tular di laman sosial bahawa penggunaan vicks adalah berbahaya untuk bayi dan kanak-kanak. Bagi mereka yang ‘membesar’ bersama vicks seperti saya, ia kedengaran kelakar kan. Ok, jom kita fahami apa masalahnya dengan penggunaan vicks. Vicks adalah salap beruap yang bertujuan untuk membantu melegakan pernafasan ketika selsema….

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Gaya Hidup Ibubapa Punca Anak Susah Tidur Malam

Semasa bujang, saya pernah menyewa bilik di sebuah rumah keluarga. Semasa tinggal di sana, saya hairan anaknya yang masih kecil boleh tidur selewat 1 pagi. Selalu keluar hingga lewat malam. Masa tu saya sangkakan hanya keluarga itu sahaja begitu. Hinggalah sekarang saya sudah ada anak, dan tinggal di kawasan perumahan. Saya dapat melihat bagaimana budaya keluarga yang tinggal di bandar. Keluar malam adalah satu kebiasaan. Dan pukul 10 malam persekitaran masih rancak seperti siang. Di sana sini kelihatan anak kecil dan anak usia sekolah rendah masih belum ‘selesai’ aktiviti harian. Dan anak ini akan bangun awal pagi untuk ke sekolah…

Continue reading
balmtasneemnaturel
in Ilmu Keibubapaan

Balm Tasneem Naturel, Kit Kecemasan Terbaik untuk Anak

Bila ada anak kecil ni sentiasa kena bersedia dengan anak tak sihat kan. Bila-bila masa ja anak kecil boleh jatuh sakit. Kadang elok-elok cergas sebelum tidur, tengah malam sikit ja badan dah panas. Tak pun sebelum tidur elok ja main dengan kita, bangun tidur merengek perut kembung. Batuk dan selsema apatah lagi, kalau hantar anak kat nurseri tu macam satu kebiasaan pulak tengok budak selsema kan. Runsing tengok tapi itulah realitinya. Sebab tu bila jumpa Kit Kecemasan Balm Tasneem Naturel ni saya teruja sangat. Bagusnya inisiatif pengeluar produk ni, Puan Haridah Sahri nak membantu mudahkan ibubapa. Mengikut perkongsian beliau, asalnya…

Continue reading
rawatkahak
in Ilmu Keibubapaan

Balm CF Rub bantu hilangkan kahak bayi secara semulajadi

Kebanyakan bayi yang baru lahir berhadapan dengan masalah kahak dan selsema. Ada juga bayi yang mengeluarkan bunyi semasa bernafas dan minum susu. Ini semua mendatangkan kerisauan kepada kita sebagai ibubapa mengenai keadaan kesihatan anak. Di sini saya kongsikan maklumat dari doktor yang merupakan pakar masalah berkaitan pernafasan, Doktor Dr. Nadir Khan (Klinik Wangsa). Anak kecil ni memang sejak lahir ada lendir/kahak yg tertinggal. Ia bergantung pada bayi, ada baby mampu atasi dan lama-lama hilang sendiri. Tapi ada bayi yang tak mampu keluarkan dan lama-lama kahak ini menjadi punca lelah. Doktor Dr. Nadir Khan Bagi kes anak yang tidak mampu keluarkan…

Continue reading
anakselsemajumpadoktor
in Ilmu Keibubapaan

Anak selsema, perlukah berjumpa doktor?

Minggu ni bacaan saya banyak berfokus pada topik selsema dan batuk. Kebetulan saya sedang berkongsi kebaikan balm semulajadi untuk mengatasi masalah ini. Selsema dan batuk ini masalah yang sangat biasa bagi ibubapa yang mempunyai anak bawah 3 tahun terutamanya bayi. Sebagai ibubapa, kita perlu faham apakah punca berlakunya selsema. Biasanya selsema berlaku apabila virus menjangkiti saluran pernafasan atas di kawasan hidung, tekak dan laring. Selain itu selsema boleh berlaku sebagai reaksi alahan dari habuk, asap, wangian, bulu haiwan & debunga. Faktor perubahan cuaca seperti terlalu panas atau terlalu sejuk juga boleh menyebabkan selsema. Bayi dan kanak-kanak sangat mudah terjejas dengan…

Continue reading
anakselsema
in Ilmu Keibubapaan

3 Perkara Asas Rawat Anak Selsema Cara Alami

Semalam saya ikuti perbincangan di sebuah grup ibubapa. Rata-rata ibubapa bertanya mengenai masalah dalam perkembangan anak kecil. Dan antara masalah yang menjadi kebimbangan ramai ibubapa ialah selsema dan batuk. Selsema ni sebenarnya bukanlah masalah yang terlalu besar kan. Selsema adalah proses semulajadi badan beradaptasi dengan virus atau bendasing seperti habuk. Namun bila selsema itu berlarutan, warna nya berubah dan anak mula menunjukkan tanda tidak selesa, ia mula mengundang kebimbangan bagi seorang ibu terutamanya. Sebagai ibubapa, kita perlu faham bahawa badan anak perlukan masa beradaptasi dengan kehadiran virus baru. Proses penyembuhan akan berlaku secara semulajadi. Namun dalam tempoh itu, ada 3…

Continue reading
Anak sembelit
in Ilmu Keibubapaan

Bila anak sembelit dan berak berdarah, perlukah ibu bimbang?

Anak berak berdarah ni antara pengalaman yang mengerikan dalam kamus saya sebagai ibu. Lagi-lagi kalau jenis takut tengok darah macam saya ni. Memang meremang-remang bulu roma nak intai dalam mangkuk tandas tiap kali anak berak. -_- Masa anak sulung baby memang selalu tak berak berhari-hari, tapi ok saja sebab minum susu ibu ja. Bila umur 2 tahun lebih ada juga berlaku berak berdarah, tapi darah sikit2 ja la dan on off ikut keadaan semasa. Masa tu macam2 cara jugak nak bantu dia hilang dari  fobia buang air besar tu. Sana sini la jugak bawa anak jumpa doktor, tapi tak banyak…

Continue reading
AjarAnaktentangJerebu
in Ilmu Keibubapaan

Tips Ajar Anak tentang Jerebu

Apa asap banyak-banyak ni ummi? Tu la jerebu nak.. Owh..jerebu ..Kena pakai topeng macam  Upin Ipin la. Ya..nanti kita pergi beli. .. Dan topiknya berkisar mengenai jerebu yang kebanyakan konsepnya telah difahami secara tak langsung dari cerita Upin Ipin. Bagus la jugak kan, kurang masalah ummi nak cari ayat-ayat mudah buat penerangan.hihi. Walaupun anak-anak teruja melihat sendiri keadaan jerebu, teruja dapat pakai topeng macam Upin Ipin, tapi suasana ini perlu ditangani dengan bijak oleh ibu bapa. Teruja tu kejap ja, dah bosan lama-lama berkurung tu jenuh la nak fikir aktiviti untuk di orang pulak kan. Boleh la keluarkan idea2 aktiviti…

Continue reading
Close