Bahaya narsisisme pada pembentukan sikap anak

bahayasikapnarsisisme

Ini kali pertama saya mendengar huraian yang panjang lebar mengenai ‘narsisisme’. Sambil memandu saya dengar dari slot Suluh Budi di stesen radio IKIM. Narsisisme adalah satu keadaan di mana seseorang itu mempunyai perasaan cintakan diri sendiri yang melampau. Antara ciri-ciri golongan narsistik ini ialah amat mementingkan penampilan, terlalu mengharapkan pujian dan tidak dapat menerima kelemahan. […]

Pengasuh Komplen Anak Agresif?

pengasuhtaska

Saya dah lama tidak menghalusi isu asuhan anak kecil. Alhamdulillah, ia bagaikan bebanan batu yang terangkat apabila saya membuat keputusan bekerja sendiri. Namun pengalaman 5 tahun bergelumang dengan isu ini masih tersimpan di memori. Baru-baru ini seorang ibu muda hubungi saya. Beliau menyatakan kerisauan atas perubahan sikap anak sulungnya. Anak sulungnya lelaki, umur mencecah 2 […]

Cara Latih Anak Duduk dalam Carseat

Taksukadudukdalamcarseat

Pagi tadi masa kat tempat letak kereta terserempak dengan jiran yang ada anak kecil. Dia tengah pujuk anaknya duduk dalam carseat. Biasalah hari Isnin kan, tambah kalau dah lama cuti memang ambil masa nak biasakan anak dengan rutin harian semula. Bila tengok tu terus la teringat nostalgia hero ku 7 tahun lepas. Anakanda Fateh dah […]

Gaya Hidup Ibubapa Punca Anak Susah Tidur Malam

Semasa bujang, saya pernah menyewa bilik di sebuah rumah keluarga. Semasa tinggal di sana, saya hairan anaknya yang masih kecil boleh tidur selewat 1 pagi. Selalu keluar hingga lewat malam. Masa tu saya sangkakan hanya keluarga itu sahaja begitu. Hinggalah sekarang saya sudah ada anak, dan tinggal di kawasan perumahan. Saya dapat melihat bagaimana budaya […]

Anak Tak Mahu Ulangkaji untuk Peperiksaan?

Peperiksaan dah dekat,┬átapi anak langsung tak nak pegang buku. Dilema jadinya kan. Nak biar ke nak paksa. Ok, ini pandangan saya. Dan ia sesuai untuk anak sekolah rendah terutama 9 tahun ke bawah. ┬áKita perlu lihat kesediaan anak untuk belajar (learning readiness). Benda ni tak sama. Ada yang sejak usia tadika dah nampak bersedia. Tapi […]

Pengalaman Pertama Sertai Pertandingan Mewarna

Sekarang ni kebanyakan kita masih dalam mood bercuti sempena Tahun Baru Cina kan. Seronok tengok kawan-kawan berkongsi cerita balik kampung dan melancong ke sana sini bersama keluarga. Semoga apa jua aktivitinya dinikmati dengan penuh gembira bersama sesi keluarga. Alhamdulillah pagi semalam anak-anak kami bersama sepupu mereka berpeluang menyertai pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh Darulaman Park […]

Menyemai Tanggungjawab Dalam Diri Anak Kecil

Semalam saya kongsikan gambar ini di facebook peribadi saya. Alhamdulillah banyak respon yang saya terima dari ibu-ibu lain. Rata-rata menyokong dan ramai juga baru tersedar ianya adalah sesuatu yang penting dalam perkembangan anak-anak. Ya, saya sebenarnya agak kecewa apabila melihat ibubapa yang sehabis baik buat semua benda kepada anak-anak. Sedapatnya anak celik mata semuanya sudah […]

Bila anak berak berdarah, perlukah ibu bimbang?

Anak sembelit

Anak berak berdarah ni antara pengalaman yang mengerikan dalam kamus saya sebagai ibu. Lagi-lagi kalau jenis takut tengok darah macam saya ni. -_- Masa anak sulung baby memang selalu tak berak berhari-hari, tapi ok la sebab minum susu ibu ja. Bila umur 2 tahun lebih ada juga berlaku berak berdarah, tapi darah sikit2 ja la […]