Monthly Archives

August 2015

in Umum

Aiskrim anak-anak

Hari ni homeschool ummi buat benda yang palinggg anak-anak suka. Memang diorang sangat teruja la bila ummi cakap beli susu sebab nak buat eskrem. Keja ulang tanya bila kita nak buat ni..adehh.. Okey, nak buat aiskrim ni simple ja sebenarnya. Cuma bahannya dipelbagaikan sebab nak teksturnya lebih lembut dan rasanya sodap.. Ni bahan-bahan dan peralatan asas yang saya gunakan. Biasanya kalau google tu kebanyakan resepi letak telur, saja saya malas nak letak. Macam tak banyak perbezaan sangat pun dari segi kelembuatannya. Telur mentah kan kurang bagus untuk kanak-kanak. Ada juga letak susu pekat, saya jarang letak. Bila makan sejuk-sejuk tu anak…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan, Review

Cara rangsang perkembangan bahasa sejak bayi

“Puan, anak saya umur 8 bulan. Apa mainan yang sesuai dengan anak saya?” Ini adalah soalan lazim yang saya terima sedari awal saya menceburi bidang bisnes pendidikan. Semua ibubapa menginginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Dan memenuhi keperluan anak-anak mengikut usia adalah salah satu usaha ibubapa menggilap kecemerlangan anak-anak, in syaa Allah. Sebenarnya ada beberapa persoalan asas yang perlu ibubapa fahami. Mainan hanyalah alat untuk anak-anak belajar sesuatu melaluinya. Apa yang lebih penting ialah apa matlamat perkembangan yang ibubapa mahu capai dari aktiviti-aktivti bersama anak. Adakah nak anak lebih kreatif, anak belajar asas membaca, pendedahan awal mengira atau untuk menggilap IQ…

Continue reading
Magnetic Jigsaw
in Review

Mainan magnetik anak anda

Hari ni saya nak kongsikan produk Kedai Cikgu yang terlajak laris – magnetism spell happily atau mudahnya pelanggan saya sebut mainan magnetik. Sudah hampir 2 tahun saya menjual produk ini dan sentiasa ada permintaan. Kerana mainan ini sentiasa relevan walaupun muncul pelbagai mainan seumpamanya dalam pasaran. Mainan magnetik ini sangat baik untuk merangsang perkembangan imaginasi anak-anak teruatama bagi anak yang belum boleh melukis. Anak dapat mengekspresikan imaginasi mereka menggunakan plat-plat magnetik yang disediakan. Selain itu ibubapa boleh mengoptimumkan penggunaan mainan ini dengan memperkenalkan anggota badan, nama benda dan warna. Set mainan magnetik ini mengandungi 1 kotak kayu 1 penutup kotak dwifungsi…

Continue reading
Impian anak kecil
in Umum

Tips merangsang Imaginasi positif dalam diri anak-anak.

Kehidupan kanak-kanak yang penuh dengan imaginasi menambahkan keceriaan kepada mereka. Kajian pakar psikologi menunjukkan kanak-kanak menggunakan imaginasi untuk ‘menyelesaikan’ masalah mereka. Sebagai ibubapa, penting untuk kita membimbing imaginasi ini supaya terarah kepada nilai-nilai yang bermanfaat. 5 Tips merangsang imaginasi positif 1 – Ibubapa sebagai role model Kanak-kanak membina imaginasi berdasarkan input yang diperolehi dari pelbagai sumber, dan ibubapa/pengasuh adalah contoh terdekat yang akan mereka ikut. Aktiviti harian sangat membentuk imaginasi anak-anak. Ibubapa yang mewujudkan suasana ibadah dalam rumah tangga akan mendapati anaknya berimaginasi menjadi imam, malah menjadi khatib. Kisah ini pernah dinukilkan dalam perjalanan hidup As-syahid Hassan Al Banna di mana…

Continue reading
Close