in Umum

Cara Ajar Anak Melukis di Rumah

Beberapa bulan lepas, bila tengok Fateh sangat obses melukis, terdetik dalam hati untuk hantar dia ke kelas melukis. Alasannya mudah, saya tak pandai melukis. Tapi dalam masa yang sama terfikir, perlu kah? Dan akhirnya saya membuat kesimpulan sendiri, mungkin belum masanya. Apa yang saya buat, saya belikan dia 1 rim kertas A4 kosong. Saya bagitau dia boleh ambil kertas tu untuk melukis, guna kedua2 belah dan simpan hasil lukisannya dalam fail folder. That’s all.. Alhamdulillah, saya menjumpai artikel INI. Dan tindakan saya adalah yang terbaik untuk usia Fateh sekarang, In syaa Allah. Bagi penulis ini yang juga seorang pelukis, keutaamaan…

Continue reading
in Review

Cik Apple yang soleh!

Apple pun soleh ke? Tok guru saya kata, soleh tu ‘baik dan membawa kebaikan’ Apple ni memang baik pun, dan bawak banyak kebaikan kepada kita andai dimanfaatkan dengan baik. Tapi sebab ia gajet, tak masuk la dalam huraian soleh yang sebenarnye la..huhu.. Apa-apa pun saya sangat teruja la nak berkongsi pasal Apple yang comel ni. Masa mula-mula beli dulu bekenan sebab dia comel ja, pastu pandai mengaji pulak tu. Tapi dah lama-lama guna ni memang jatuh chenta la jugak..ehem..ehem.. Tambah-tambah sejak anak makin besar ni diorang suka main dengan cik apple ni, sekejap jadi remote game, remote kereta n macam2…

Continue reading
in Umum

Rumahmu – sekolah pertama anak-anak

Assalamualaikum.

Alhamdulillah Allah kurniakan kekuatan untuk lahirkan blog ini, semoga ia menjadi ruang untuk saya berkongsi sedikit nikmat ilmu dan pengalaman kurniaanNya.

Perjalanan menjadi ibu adalah detik yang indah bagi seorang wanita. Walaupun letih bergelut dengan pelbagai tugas rutin, tetapi sinar mata anak-anak yang dahagakan kasih sayang itu sentiasa menjadi penguat untuk meneruskan kehidupan.

Teringat kata-kata semangat dari abah Ada anak, adalah harapan’

Ya..kita ada harapan untuk dititipkan bersama membesarnya anak-anak itu. sama ada harapan kita akan dicapai atau tidak hanya serahkan pada yang MAHA BERKUASA, kita hamba yang lemah ini hanya perlu berusaha.

Sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk suami dan anak-anak.

Anak-anak yang lahir dengan suci itu menjadi amanah untuk kita corakkan masa depannya. Bukan sekolah hebat, buku-buku mahal atau kelas-kelas berprestij yang akan menjadikan dia berjaya. Tetapi ia bertitik tolak dari bagaimana kita merangsang kecerdikannya sejak dari dalam kandungan.

ini bersesuaian dengan maksud hadis

Sekolah pertama anak-anak adalah rumahmu

MY HOME SCHOOL

gambar sumber google

Kerana dari rumahlah akan membentuk perspektif kehidupan yang sebenar, dan inilah yang akan memandu anak itu menjalani kehidupan sehingga akhir hayat.

Kukuh asas yang dibina semasa kecil, maka mantaplah anak itu menghadapi pelbagai cabaran mendatang.

Lemah asas yang dibina, maka mudahlah anak itu goyah dan hanyut dalam pancaroba. Andai tiada tangan datang menyelamat, maka rosaklah kehidupannya.

Semoga anak-anak kita terlindung dari kerosakan-kerosakan itu, nauzubillahiminzalik

Ayuh ibu2..hidupkan sekolah pertama anak-anak mu.

Salam sayang.

Close