Monthly Archives

August 2016

in Ilmu Keibubapaan

Tips Latih Anak Minat Melukis

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Pagi tadi saya sempat bersembang dengan seorang ibu bekerja dari rumah. Beliau adalah pengusaha home bakery yang sangat terkenal dengan cheestart gebunya. Memang gebu gebas sampai rasa sayang nak makan..haha Beliau bertanyakan mengenai bagaimana saya mengajar untuk anak suka melukis. Mungkin sebab saya ni cikgu, jadi orang ingat saya selalu mengajar anak kot..hihi. Hakikat cikgu-cikgu ni jarang pun mengajar anak sendiri. Sambil-sambil ja pun. Namun Alhamdulillah anak pandai membawa diri dan sentiasa menunjukkan minat untuk belajar benda baru. Rezeki.. Mengenai tips latih anak minat melukis ni sebenarnya saya takda tips yang khusus…

Continue reading
in Aktiviti Anak

5 Kebaikan Buku Magik

Teks : Sakina Hamid Foto :Sakina Hamid Salam hujung minggu!  Apa perancangan kawan-kawan hari ni? Semoga apa jua perancangan kita ianya mengambil kira kepuasan emosi anak-anak. Kerana dengan emosi yang ‘kenyang’, anak-anak akan lebih mudah belajar ilmu baru dan mudah diurus kehidupan seharian mereka, in syaa Allah. Semalam saya agak sibuk melayan pelanggan yang berminat dengan Buku Magik ni, dan masih ada ibubapa yang ragu-ragu nak melabur untuk anak yang dirasakan ‘masih kecil’ untuk menggunakan buku tu. Jangan risau, saya dulu pun ada rasa macam tu jugak. Lumrah manusia, mesti analisis sebaik mungkin sebelum buat keputusan kan. Jadi hari ini saya…

Continue reading
in Aktiviti Anak, Review

Magiknya Buku Ni

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Salam hujung minggu ibu-ibu. Alhamdulillah hari ni dapat masuk homeoffice awal pagi, uruskan beberapa perkara sebelum mengadap 2 wajah suci tu. ^_^ Walaupun kita ada macam-macam target untuk kerjaya kita, namun target untuk anak jualah yang jadi keutamaan bila dah bergelar ibu ni kan. Namun bagi saya sendiri, setiap pengorbanan untuk anak itu dapat saya rasakan Allah lebih ‘pandang’. Walaupun semasa melakukannya kita hanya buat dengan pasrah, tapi lambat laun akan terlihat kebaikan darinya. Contohnya dalam minggu ni kedai cikgu ‘diserang’ dengan produk baru iaitu Buku Magik. Sebenarnya saya dah jumpa buku…

Continue reading
in Aktiviti Anak

5 Cara Bermain Knob Puzzle

Teks : Sakina Hamid Gambar : Google Baru-baru ni ummi dilanda mood rajin mengemas ^_^. Macam biasa la, kalau ada anak kecik ni benda paling malas nak mengemas mainan la kan. Bukan nya apa, punya la lama kita belek mainannya satu-satu, nanti bila dah kemas cantik-cantik kejap ja dah bercampur-campur. Nak dilarang pun itu cara mereka nak berkreativiti kan. Cuma nak konsisten ingatkan anak-anak supaya kemaskan mainan ikut jenis tu yang belum berjaya lagi. Yer la, kita ni bukanlah dapat mengadap anak main sepanjang masa kan. Apa-apa pun kena la usaha supaya dapat bentuk sikap anak yang positif kan. Masa…

Continue reading
in Umum

Aktiviti Untuk Tingkatkan Kemahiran Pra-tulis (Bahagian 1)

Teks : Olahan oleh Sakina Hamid dari www.otplan.com Gambar : Google Kemahiran menulis adalah penting dalam memupuk minat anak kepada proses pembelajaran. Namun kemahiran ini sebenarnya bukan bermula apabila anak sudah bersedia ke sekolah, malah lebih awal lagi. Kamahiran pra-tulis ini perlu diasah dalam aktiviti anak seharian sehingga anak dapat menulis dengan betul tanpa perlu melalui fasa pembelajaran yang serius. Mari kita semak mainan harian anak-anak yang bagus untuk mengasah kemahiran pra-tulis. 1) Main lompat tali 2) Bermain bola tampar atau apa-apa mainan yang tangan/raket dalam keadaan tapak tangan mengadap ke atas 3) Main botol air Botol air jenis spray dan…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Kenapa Anak Perlu Main Mushroom Nail

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Perlu ke bagi anak main Mushroom Nail? Tak la perlu sangat, kalau anak diberi peluang gunakan benda lain untuk bantu perkembangan otot-otot kecil di tangannya. Contohnya aktiviti menyusun batu-batu kecil juga memberi kebaikan yang sama seperi menyusun mushroom nail. Namun tak semua ibubapa berpeluang membawa anak-anak belajar sambil bermain secara santai begitu. Jadi mainan mushroom nail direka supaya anak-anak dapat membuat aktiviti yang membantu perkembangannya setiap hari dengan lebih mudah. Di sini saya kongsikan kebaikan anak bermain mushroom nail. Melatih anak memegang objek dengan 3 jari (tripod grip) Semasa bayi, anak akan memegang objek…

Continue reading
idealaundryroomcantik
in Umum

Dryer Machine Sudah Jadi Gajet Pilihan Surirumah Masakini

Kali pertama saya tau mengenai dryer machine ni masa ikuti kelas formula masa anjuran Coach Husna Haron. Beliau mencadangkan dryer machine sebagai penyelesaian kepada masalah pengurusan pakaian. Biasalah cerita mak-mak ni kan, basuh baju, sidai baju lepas tu longgok baju. Nak melipat tu bercinta kemain. Memang lah ada antara penyelesaiannya sangkut ja semua baju, tapi timbul pulak masalah ruang untuk kami yang bilik 10×10 kaki ni kan. Masa kali pertama tahu dulu saya tak la minat sangat, sebab rasa macam bukan keperluan sangat pun. Tapi bila awal tahun ni anakanda Fateh tukar tadika, dia pakai baju melayu. Dah mula dapat…

Continue reading
in Umum

Ilmu Viral – Fitnah Akhir Zaman

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Semalam adalah hari pengajaran untuk saya. Pengajaran supaya lebih bertanggungjawab dalam berkongsi di media sosial. Hakikatnya saya tidak suka dengan budaya ilmu viral tanpa usul periksa, namun entah bagaimana semalam saya sendiri terbabas. Ia berkaitan topik ‘Newmoon & Fullmoon’. Kali pertama saya tahu mengenainya adalah melalui facebook dari seorang yang agak saya hormati. Saya anggapkan ia adalah ilmu baru untuk saya. Tapi tidak pula saya membuat kajian yang mendalam mengenainya. Saya hanya baca seadanya apabila ada rakan-rakan berkongsi maklumat di facebook. Tahu, rasa boleh dipercayai namun takda la amalkan sangat pun. Dan semalam…

Continue reading
in Review

Tips Memilih Mainan Knob

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Ibubapa sedia maklum kebaikan mainan knob. Di dalam pasaran, terdapat pelbagai pilihan mainan knob. Saiz dari kecik hingga besar, gambar-gambar yang menarik dan sesuai dijadikan bahan pembelajaran. Namun walaupun semunya adalah knob puzzle, ibubapa perlu membuat penilaian sebelum membuat pilihan. Berikut adalah perkongsian beberapa tips memilih mainan knob supaya anak bukan sahaja dapat bermain, malah ianya selamat dan tahan lama. Saiz puzzle Mainan knob biasanya digandingkan dengan tapak berbentuk puzzle. Ibubapa perlu pastikan saiz puzzle adalah selamat dengan usia anak. Anak yang masih memasukkan objek ke dalam mulut hanya boleh didedahkan dengan tapak puzzle…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Kebaikan Mainan Knob

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Baru-baru ni semasa ambil anakanda Faqihah dari sekolah, guru kelasnya memberikan laporan perkembangannya dalam subjek matematik. Gurunya nampak teruja kerana Faqihah sudah boleh menulis 1-20 tanpa kaedah surihan lagi (dotted line). Dia ada bertanyakan adakah Faqihah sudah mula menulis di rumah. Ya, saya sekadar berkongsi Faqihah memang suka menulis malah sering melukis di rumah. Sebagai ibu saya bersyukur kerana perkembangan Faqihah adalah selari dengan usianya. Kita hanya mampu membimbing anak-anak, selebihnya rezeki dari Allah yang menentukan bilakah anak akan menguasai sesuatu kemahiran tersebut. Mengenai kemahiran menulis, saya sendiri pernah merasai kebimbangan semasa…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan, Umum

Pinterest Lubuk Idea Homeschooling

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Semua ibu teruja nak buat aktiviti dengan anak-anak kan. Cuma kadang tu kering juga idea nak cari aktiviti yang mudah, menggunakan bahan-bahan asas sahaja. Sebenarnya ‘kering idea’ ni bukan setakat ibubapa, malah pendidik juga seringkali buntu dalam mencari idea untuk aktiviti pembelajaran setiap hari. Ini berdasarkan pengalaman saya kerana semalam saya berpeluang berkongsi sedikit ilmu bersama guru-guru di tadika anakanda Fateh. Topik perbincangan adalah mengenai proses pembelajaran kreatif. Dan antara yang dikongsikan ialah mengenai Pinterest Lubuk Idea untuk semua pendidik. Jom kita melawat pengkalan maklumat Pinterest yang semakin terkenal ini. Sebagaimana laman web sosial yang lain,…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Tips Mengorek Cerita Anak

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Pernah tak ambil anak dari taska dia nangis-nangis atau moody? Mesti dalam hati ni tertanya-tanya apa la cerita sebenarnya. Kalau anak jenis bercerita memang takda masalah la, complete dia update! Tapi kalau anak saya ni dua-dua orang sama, lagi tanya lagi dia menangis. Jadi sekarang ni kalau ambil anak saya tengok moody ke menangis ke saya dah tak tanya dah. Saya tengok sekali imbas kat badan/muka dia kalau ada kesan apa-apa. Kalau semua ok terus masuk kereta dan balik. Dan saya akan tunggu ja sampaiii dia sendiri buka mulut untuk cerita asal usul…

Continue reading
Close