in Ilmu Keibubapaan

Persediaan Hadapi Ujian Diagnostik Darjah 1

Dunia persekolahan hari ini jauh berbeza dari apa yang kita lalui satu ketika dulu. 20 tahun lalu, pelajar darjah satu hanya kenal kertas soalan peperiksaan selepas separuh tahun berada di sekolah. Itupun mungkin ramai yang tak sedar pun dia sedang duduki peperiksaan. Maklumlah kehidupan seharian kanak-kanak ketika itu terlalu banyak aktiviti luar yang menyeronokkan. Persekolahan hanya sebahagian dari rutin kehidupan, bukan bebanan. Ia jauh berbeza dengan kehidupan anak-anak kita hari ini. Beban persekolahan bukan bermula ketika darjah satu, tetapi sejak menjejak kaki ke tadika lagi. Memang bagus beri peluang anak meneroka ilmu seluasnya, namun perlulah menggunakan pendekatan yang sesuai. Jika…

Continue reading
Qurratun ayyun
in Umum

Pendidikan Islam Yang Sebenar Untuk Anak

Alhamdulillah petang semalam saya berpeluang menuntut ilmu tafsir Al Quran dengan pendakwah kontemporari, Doktor Danial Zainal Abidin. Saya telah mula berguru secara langsung di dalam kelas ini sejak 10 tahun yang lalu. Kelas ini adalah percuma dan diadakan setiap petang Ahad . Cuma ada ketikanya tertentu saya tidak dapat mengikuti kelasnya secara konsisten seperti ketika tahun pertama kelahiran kedua-dua anak saya. Namun Alhamdulillah walaupun tidak berguru secara khusus dalam bidang tafsir, sedikit sebanyak kehadiran ke kelas ini telah membantu membina kerangka pemikiran mengikut Al Quran dan Sunnah dalam diri saya. Ia adalah asas ilmu yang sangat berharga dalam kehidupan kita bagi…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Aktiviti Sebelum Mengajar Membaca

Pantasnya masa berlalu. Hari ini sudah cukup 2 minggu anakanda Fateh ikuti pembelajaran formal darjah 1. Dalam masa yang singkat ini, banyak perubahan-perubahan yang saya sebagai ibu juga perlu beradaptasi. Rutin persekolahan anak-anak hari ini makin mencabar. Dan kita sebagai ibu juga lebih bersedia untuk memberi sokongan mental dan fizikal kepada anak-anak. Dalam pada itu, saya sedang berusaha untuk berdisiplin mengajar Faqihah membaca. Sebenarnya saya sudah pernah bermula tahun lepas, tapi saya berhenti apabila hantar dia ke tadika. Sengaja berenti untuk kurangkan beban akademik kepadanya. Tapi rupanya ia semakin sukar apabila hendak bermula semula. Nanti in syaa Allah saya kongsikan…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Apa itu Ujian Saringan LINUS Tahun 1?

Sistem persekolahan hari ini penuh dengan pelbagai program. Program-program ini sebenarnya sama sahaja seperti aktiviti pembelajaran sebelum ini. Cuma ia disusun dengan lebih teratur bagi mencapai matlamat tertentu. Kadangkala maklumat program yang terlalu banyak ini menjadikan ibubapa keliru dengan aktiviti pembelajaran anak di sekolah. Alhamdulillah ketika mendaftar anakanda Fateh ke darjah 1, saya berpeluang mendengar taklimat mengenai perlaksanaan program LINUS 2.0 daripada guru penyelaras LINUS.  LINUS 2.0 ialah singkatan untuk Ujian Saringan Literasi, Numerasi dan Bahasa Inggeris . Program ini bertujuan bagi memastikan semua murid menguasai kemahiran asas membaca Bahasa Melayu, membaca Bahasa Inggeris dan kemahiran mengira. Memang itu pun…

Continue reading
Aktiviti Bina suku kata
in Ilmu Keibubapaan

Buku WOW Pilihan Ibubapa Sibuk

Sebagai ibubapa muda memang banyak misi yang hendak dicapai dalam hidup. Ini menjadikan setiap detik dalam kehidupan kita amat berharga. Apa sahaja pilihan yang lebih efektif, kita akan cuba untuk ambil peluang tersebut. Kerana kita tahu setiap pilihan itu akan membantu kita mencapai misi kita dengan lebih mudah. Begitu juga dalam misi membentuk anak-anak menjadi insan cemerlang. Walaupun setiap hari anak sudah dihantar ke sekolah yang bagus, ia tidak boleh menidakkan peranan kita dalam mendidik anak-anak. Bagaimana sibuk sekalipun, kita perlu berusaha untuk memperuntukkan masa berkualiti setiap hari bersama anak. Biarpun singkat, besar impaknya kepada anak in syaa Allah. Dalam…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Bila Waktu Yang Sesuai untuk Nasihat Anak?

Teringat masa hari pertama anakanda Fateh ke sekolah. Sebelum keluar rumah dia salam dengan ummi. Saya baru sempat pesan 2 ayat dia dah cakap ummi cakap banyak. haha..baru teringat saya memang jarang nak pesan-pesan sangat waktu bersalam tu. Cuma mungkin banyak baca ibu-ibu lain pesan macam-macam waktu anak salam, saya pun terikut. Secara peribadi saya lebih selesa nasihat anak secara santai. Tiga situasi yang saya kongsikan ini adalah waktu yang saya dapat rasa nasihat itu lebih berkesan kepada anak. Semua ini perlu dilakukan berulang-ulang untuk melihat sejauh mana keberkesanannya. Semasa Bacakan Buku Saya paling suka ambil kesempatan selit nasihat semasa bacakan buku…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Kawasan Yang Luas dapat Merangsang Anak Anda

Petang semalam lepas ambil anakanda Fateh dari sekolah terus singgah solat di surau. Senang solat kat surau, tak banyak gangguan. Kalau kat rumah kejap pegang buku la, kejap belek mainan jenuh nak ulang-ulang suruh solat kan. Tak kata dekat anak, kita yang umur dah banyak ni pun mujahadah nak solat awal waktu kan. -_- Seperti kebiasaannya bila singgah di masjid atau surau, anak kami tiba-tiba seperti mendapat energi luar biasa. Faqihah yang asalnya tenang-tenang saja bila berada di luar, tiba-tiba akan melompat sana sini sepenuh hati. Macam tak cukup lantai pulak. Kiranya bila keluar dari masjid biasanya memang anak berpeluh-peluh…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Bagaimana Membentuk Sifat Genius kepada Anak

Sifat Genius dapat diwujudkan dan dibentuk Itu pandangan Polgar, bapa kepada 3 orang anak yang berjaya menjadi juara catur dunia dan juara olimpik Dalam proses membentuk sifat genius pada anak, keluarga memainkan peranan yang sangat penting. Andai keluarga dapat membantu menyalakan api optimis ke dalam diri anak, mereka akan mempunyai semangat yang juang yang tinggi untuk mencapai matlamat. Namun malang sekali apabila keluarga menjadi kuburan untuk idea dan cita-cita anak, maka impiannya juga akan menjadi sekadar angan-angan anak kecil. Memahami tahap perkembangan otak manusia akan membantu ibubapa merangsang anak genius yang lebih berkesan. Menurut kajian dari pakar pendidikan kanak-kanak, tahap…

Continue reading
Kaedah Gabung Bunyi (Phonic Blending)
in Ilmu Keibubapaan

Teknik Membaca Gabung Bunyi Huruf

“Tak faham macam mana nak ajar budak-budak sekarang membaca” Ini antara rungutan yang timbul apabila berbincang mengenai perkembangan anak-anak prasekolah. Kebanyakan tadika hari ini menggunakan Kaedah Fonik untuk mengajar anak membaca. Ibubapa yang kebanyakannya dari generasi X dan generasi Y belajar membaca dengan kaedah mengeja. Jadi berlaku percanggahan dalam proses ibubapa membantu anak-anak belajar membaca di rumah. Memang bercanggah, tapi in syaa Allah kita sebagai orang dewasa yang sudah boleh membaca boleh mempelajari kaedah ini dengan cepat. Banyak kursus dan bahan-bahan di media sosial yang dapat membantu kita memahami kaedah mengajar fonik ini. Selagi kita bersedia untuk belajar, in syaa Allah…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Cara Tukar Sekolah untuk Darjah 1

Setiap tahun, pendaftaran awal untuk pelajar darjah 1 tahun berikutnya perlu dilakukan sebelum bulan Ogos. Ketika hendak mendaftar anakanda Fateh, saya tercari-cari sekolah sesi pagi kerana sekolah yang paling hampir dengan rumah adalah sesi petang. Oleh kerana kebanyakan sekolah yang saya survey agak jauh dan berada di laluan yang sesak, saya terpaksa mendaftar untuk sesi petang. Sehingga akhir tahun, semasa bersembang dengan guru tadikanya barulah saya diingatkan ada sebuah sekolah berhampiran tadikanya yang mempunyai sesi pagi. Sekolah ini berada di dalam kawasan perumahan, jadi saya memang tak teringat semasa buat survey sebelum tu. Oleh kerana laluan ke sekolah ini tidak…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Macam Mana Nak Mula Ajar Anak?

Saya bukan cikgu, saya tak tau macam mana nak mula ajar anak. Ok, soalnya nak anak cerdik tak? Kalau jawapannya nak, ibu MESTI mula cari ilmu, dan mula ajar. Itu sahaja kuncinya. Bila saya nak mula ajar anak? Sebaik anak lahir. Fuh.. Betul..sejak anak lahir kita dah boleh mula mengajar anak. Tapi jangan la pula ambik buku fizik letak depan anak. Ajar ilmu yang sesuai dengan tahap umur anak. Paling asas ajar nama anak. Ajar panggil ibu. Ajar panggil Ayah. Ajar perkataan untuk perbuatan yang kita tengah buat. Jom minum susu. Jom tukar lampin. Jom mandi. Itu semua kan pelajaran….

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Persiapan Alat Tulis ke Darjah 1

Alhamdulillah, pagi Jumaat yang cerah di Pulau Pinang. Maka berakhir juga minggu pertama sesi persekolah 2017. Anakanda Fateh pun dah bertanya bila nak cuti, nak main game. Begitulah fitrahnya kan, kita pun nak berehat di hujung minggu. Inikan pula anak kecil yang fitrahnya adalah bermain. Yang penting kita pandu anak-anak memilih yang terbaik. Semalam saya ada kongsikan persiapan pakaian untuk anak ke darjah 1. Hari ini perkongsian saya lebih kepada alatulis dan peralatan lain. Untuk alat tulis, kami hanya belikan kotak pensel baru untuk anakanda Fateh. Harga kotak pensel di pasaran adalah antara rm7-rm15 mengikut jenis dan kualiti. Saya memilih…

Continue reading
Close