Monthly Archives

January 2019

kelebihan istighfar
in Umum

Kisah Kelebihan Istighfar yang menyentuh hati

Pagi ini dengar 2 klip video mengenai istighfar, keduanya berkongsi kisah yang sama. Jadi saya terpanggil untuk catatkan kisah itu di sini buat pedoman kita semua dalam beramal. Ada sebuah kisah yang masyhur mengenai kelebihan istigfar. Suatu ketika Imam Ahmad bin Hanbal rasa sangat teringin untuk pergi ke suatu tempat di Baghdad. Beliau sendiri tidak tahu kenapa teringin ke sana. Maka bermusafirlah beliau ke sana. Ketiba tiba di tempat itu, beliau dengar azan maghrib. Beliau pun terus ke masjid dan berada di sana sehingga selesai solat Isya’. Selepas solat Isya beliau berhajat untuk bermalam di masjid tersebut, namun di halang oleh…

Continue reading
Rahsia ibu ini berjaya hilangkan ruam ni muka bayi sepenuhnya!
in Umum

Rahsia ibu ini berjaya hilangkan ruam ni muka bayi sepenuhnya!

Semua ibubapa nak bayi sentiasa sentiasa selesa kan. Bila nampak kulit anak merah sikit pun kita dah mula rasa risau, apatah lagi kalau sampai tahap berair. Memang tak senang duduk jadinya. Itulah pengalaman yang Puan Eija ni lalui. Hati ibu mana yang tak sedih bila tengok pipi anak tu penuh ruam, sentiasa merah-merah dan berbiji-biji. Siap ada yang dah mula berair bila anak tonyoh. Sana sini bawa anak jumpa doktor. Orang sekeliling pandang semacam ja nampak macam anak ada penyakit kulit. Kat mana dengar orang cakap ada ubat bagus, semua Puan Eija sanggup beli. Walaupun duit takda, tapi ikhtiarkan juga…

Continue reading
ContohKaranganTerbaikBahasaInggerisSPM
in Umum

Contoh Karangan Terbaik Bahasa Inggeris SPM yang boleh tukar markah ‘G’ kepada ‘A’!

Saya suka ikuti tulisan Puan Siti Nadzrah Sheh Omar, ibu kepada 5 anak lelaki yang berjaya menjadi PROFAZZ. Semua anaknya adalah professional yang dapat menghafaz Al Quran dengan baik. Sangat memberi inspirasi kepada saya yang masih bertatih membesarkan anak. Puan Siti Nadzrah adalah graduan lulusan luar negara yang memilih untuk melepaskan kerjaya demi memberi fokus pada anak-anak. Jadi kebanyakan masa beliau akan mengajar sendiri anak-anaknya semua subjek termasuklah Bahasa Inggeris. Bila beliau kongsikan STRATEGI TUKAR MARKAH ‘G’ KEPADA ‘A’ BAGI SUBJEK BAHASA INGGERIS di laman Facebook nya, saya sangat teruja membacanya. Tapi anak saya baru darjah 1, lambat lagi nak…

Continue reading
puncabayimenangismalam
in Ilmu Keibubapaan

7 Punca Bayi Menangis Malam, Doktor ini Berkongsi Pengalaman Lucu

Bayi menangis tanpa henti pada waktu malam memang boleh mengundang kerisauan di hati ibubapa. Tidak sedikit ibubapa yang hilang punca hingga terpaksa bawa anak ke pusat perubatan di waktu tengah malam. Namun seringkali juga berlaku bila sampai sahaja di klinik, bayi yang sudah menangis berjam-jam itu tiba-tiba senyap malah ada yang tidur nyenyak. Rasa macam tak masuk akal tapi itulah yang sering berlaku. Pengalaman ini juga dicatatkan oleh Dr Zubaidi di blog beliau. Doktor pernah dikunjungi ibubapa pada jam 4.30 pagi di pusat perubatan beliau. Ibubapa nya kusut anaknya sudah menangis tanpa henti selama 3 jam. Tapi bila sampai di…

Continue reading
Kolik antara Punca Anak Menangis Waktu Malam
in Ilmu Keibubapaan

Kolik antara Punca Anak Menangis Waktu Malam

Anak menangis waktu malam memang pengalaman yang sangat digeruni. Apatah lagi kalau waktu tu kita sedang berpantang, makin bertambah tekanan menguruskan diri dan anak kecil. Tambah memberi tekanan kepada ibu jika anaknya jenis yang selalu mahu didukung bila berjaga. Kerana tu penting sokongan orang di sekitar kita untuk menghadapi saat-saat mencabar seperti ini. Namun tak semua bernasib baik ada keluarga yang dapat bantu kita uruskan anak setiap masa kan. Jadi sedikit sebanyak persediaan ilmu akan bantu kita uruskan mental dan emosi dengan lebih baik. Saya terbaca satu catatan Doktor Zubaidi mengenai punca anak menangis waktu malam. Salah satunya berpunca dari…

Continue reading
5NutrisiPentinguntukanak
in Ilmu Keibubapaan, Umum

5 Nutrisi Penting untuk anak membesar dengan sihat

Mempunyai anak menyebabkan kita sebagai ibu sering berfikir-fikir adakah anak kita mendapat zat yang secukupnya untuk membesar. Dan kita akan semakin buntu bila anak tidak berselera untuk makan. Mari kita lihat sebenarnya apa nutrisi ataupun zat yang perlu ada dalam hidangan anak setiap hari agar tumbesaran mereka tidak terjejas. Kalsium Kalsium penting untuk tubuh kerana berfungsi untuk menguatkan otot, mengekalkan penghasilan tenaga dan menguatkan jantung. Kalsium juga dapat menguatkan tulang dan mengelakkan anak daripada risiko tekanan darah tinggi. Kalsium boleh didapati daripada susu, produk tenusu seperti keju dan yugort, buah-buahan dan sayur-sayuran. Magnesium Magnesium bertindak sebagai salah satu nutrien yang…

Continue reading
bahan kimia bahaya dalam produk bayi
in Ilmu Keibubapaan, Umum

5 Bahan Kimia ini Perlu Dielakkan dalam Produk Bayi

Semua ibubapa akan teruja buat persediaan untuk sambut si manja. Seboleh mungkin kita nak berikan yang terbaik dalam semua perkara untuk anak-anak. Namun tak semua benda yang kebanyakan orang lain buat kita pun perlu ikut. Contohnya dalam memilih produk untuk bayi, banyak produk-produk terkenal di pasaran sebenarnya tidak perlu dan tidak selamat untuk digunakan pada bayi kita. Bagaimana nak tahu? Mudah sahaja. Sebelum beli pastikan semak kandungan produk tersebut. Pastikan ia tidak mengandungi 5 bahan kimia di bawah ni. Talkum (talc) Talkum ialah serbuk mineral yang ditambah dalam bedak bayi. Ia bertindak sebagai agen pengeringan, tetapi dalam masa yang sama…

Continue reading
CaraSapuBalmTasneemNaturel
in Umum

Cara Sapu Balm Tasneem Naturel

Balm Tasneem Naturel semakin mendapat tempat di hati ibubapa di Malaysia. Terutamanya ibubapa yang menitikberatkan penggunaan bahan semulajadi yang selamat untuk bayi mereka. Kandungan produk Tasneem Naturel yang tidak mengandungi bahan kimia berbahaya ini membuatkan ibubapa merasa lebih yakin untuk memilih balm Tasneem Naturel untuk kegunaan harian. Untuk hasil yang lebih optimum, ibubapa mestilah menggunakan balm Tasneem Naturel dengan cara yang betul. Bukan sekadar sapu tetapi juga mengurut anak menggunakan balm supaya essential oil di dalam balm ini dapat meresap dengan lebih baik ke dalam salur darah. Secara asasnya,penggunaan balm Tasneem Naturel sebaiknya dimulakan dengan urutan ringan di tapak kaki….

Continue reading
Close