in BIJAK NIAGA

Pemasaran Blog, lebih Mesra Ibu Bekerjaya

Teks : Sakina Hamid Saya selalu bersembang dengan ibu-ibu yang sedang mengorak langkah sebagai usahawan. Rata-rata isu kami dalam membangunkan bisnes hampir sama. Cuma ada satu masalah yang agak dominon ialah kekangan masa untuk membuat aktiviti pemasaran. Kebanyakan kami menggunakan media sosial sebagai medium pemasaran. Namun kekangan masa menyebabkan aktiviti pemasaran tidak konsisten, sekaligus memberi kesan kepada naik turun bisnes. Kebiasaan menjadi ‘burung hantu’ menyebabkan medium marketing yang bersifat ‘live time’ menjadi kurang efisen untuk kami. Saya sendiri mengalami kekangan pemasaran melalui media sosial ‘live time’ seperti facebook dan instagram. Namun setelah mencuba berblogging, saya dapati ianya lebih mesra ibu-ibu…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Bagaimana Saya Mula Berblogging

Teks : Sakina Hamid “Seronok tengok kak kinah tulis blog, tapi saya takda masa nak menulis” Saya senyum ja, sebab dulu saya pun fikir macam tu jugak. Tapi sebab saya memang nampak potensi pemasaran melalui blog ni, jadi saya paksa diri buat juga. Alhamdulilah, masih merangkak dan berhempas pulas untuk konsisten, tapi sudah dapat merasai nikmatnya 🙂 Suka saya nak kongsi bagaimana saya mula menulis di www.sakinahamid.com ini. Pada ketika itu, saya masih lagi memahirkan diri dengan pemasaran di Facebook. Jadi saya tidak meletakkan keutaamaan untuk menghadiri kelas  penulisan blog. Apa yang saya lakukan ialah, setiap hari saya cuba update satu status…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Teknik Pernafasan untuk Menjadi Ibu yang Lebih Tenang

Kehidupan seorang ibu sangat memerlukan kekuatan emosi. Andai emosinya rapuh, pasti setiap hari anak akan menjadi mangsa. Dan secara fitrahnya ibu akan rasa terkilan selepas marahkan anak. Betul tak? Hakikatnya semua ibu nak jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kan. Cuma seringkali kecundang dengan ledakan emosi. -_- Saya sendiri sentiasa berusaha mengingatkan diri untuk menjadi setenang yang mungkin apabila menguruskan anak-anak. Salah seorang figura yang saya suka pendekatannya dalam menguruskan emosi ialah Puan Maznah Ibrahim. Beliau merupakan seorang kaunselor berdaftar di Hospital Arau, Perlis. Beliau juga banyak mengendalikan seminar keibubapaan untuk mendidik ibubapa di Malaysia mempunyai ilmu yang lebih mantap…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Bagaimana Pemikiran Aras Tinggi Seorang Muslim

Teks : Sakinahamid Foto : Google KBAT – Kemahiran Berfikir Aras Tinggi pernah menjadi satu fenomena ketika baru dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2013. Alhamdulillah ketika itu saya juga mendapat pendedahan secara langsung dari kementerian pelajaran kerana sedang mengajar subjek sains dan matematik. Ketika seisi pembentangan, saya sungguh teruja dengan pelbagai elemen dalam proses pembelajaran yang melibatkan KBAT ini. Andai kata apa yang dibincangkan di dalam bilik-bilik kursus itu memang diamalkan, masyaa Allah sangat beruntung anak-anak yang berada di bangku sekolah sekarang. Namun hakikatnya apabila perlaksaaan dijalankan, ia menjadi igauan ngeri kepada banyak pihak terutamanya…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Jom Buat Robot

Teks : Sakina Hamid Foto :Sakina Hamid Hari ni kami 3 beranak duduk-duduk di rumah saja. Suami kerja dan anak-anak pun takda ajak ke mana-mana. Mak lagi la suka takda la risau nak bawa anak keluar sorang-sorang kan. Rumah kan tempat paling selamat untuk anak-anak. ^_^ Semalam dah jalan-jalan kat Pinterest Lubuk Idea untuk cari aktiviti anak-anak hari ni. Alhamdulillah jumpa sesuatu yang menarik, yang sesuai dengan perkembangan anak-anak sekarang ni. Sekarang Fateh sangat suka dengan “Pretend Play” ataupun permainan lakonan. Faqihah kadang-kadang jadi pemerhati, ada masanya terlibat jugak dengan animasi arahan abangnya tu. 😛 Aktiviti ni simple ja, tapi menarik bila…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Anak ‘Istimewa’ Lagi Untung?

Teks : Sakina Hamid   Ini sekadar pemerhatian saya ja, kalau tak setuju boleh scroll cari resepi..hehe Alhamdulillah, Anak saya sendiri pernah melalui ‘fasa istimewa’ sekejap masa alami speech delay. Sebelum tu saya cari jugak ilmu parenting, tapi amalkan tu sekadarnya ja. Ikut angin. Seronok baca sebab tahu macam-macam, tapi takda kesungguhan nak beramal. Gembira dikurniakan anak, dan kami pun besarkan anak mengikut seperti orang lain. Just follow the flow omputih kata. 😛 Tapi ia berubah bila menjelang usia 3 tahun, pakar kanak-kanak diagnose Fateh sebagai lewat bertutur (speech delay) . Dan saya mula dapat tarikh untuk rutin terapi dan…

Continue reading
3kertas3krayon3penselwarna
in Ilmu Keibubapaan

5 sebab Buku “3 kertas, 3 krayon dan 3 Pensel Warna” EKSLUSIF!

Alhamdulillah hari ni di Pulau Pinang masih dalam mood bercuti, sempena Awal Muharram 1438 yang jatuh pada hari Ahad. Ramai juga yang ambil kesempatan cuti  hujung minggu yang panjang ni untuk pulang ke kampung dan bercuti ke tempat-tempat menarik. Kami anak beranak menghabiskan cuti di sekitar rumah saja, maklumlah Pulau Pinang kan pulau pelancongan. 😀 Hanya bawa anak bersiar-siar pada waktu petang menikmati keindahan alam sambil menghirup angin laut.   Oh ya,sekarang ni saya tengah ‘tenggelam’ dengan satu buku keibubapaan yang sangat best! Buku ni hasil kompilasi tulisan Adlil Rajiah ; blogger terkenal di saatkukaupilih.blogspot.com. Buku ni masa mula-mula saya tengok…

Continue reading
in Review, Umum

Tips Penjagaan Buku Magik

Teks : Sakina Hamid Salam pagi minggu ibu-ibu hebat! Menu apa ya pagi ni? Saya rasa macam nak tunggu menu berbungkus ja pagi ni..hihi. Sesekali terbayang nasik lemak zaman-zaman sekolah dulu. Lauknya tak banyak, tapi nikmatnya Masya Allah. Sekarang zaman lauk mewah kan. Ayam seketul besar, makan sampai muak. Tapi jarang jumpa yang kita teringin nak makan lagi kan. Selalunya makan sekadar untuk mengenyangkan ja. Tak tahulah orang lain rasa benda tu ke idok, mungkin saya dan makin banyak umurnya kot.hihi.. Alhamdulillah sehari dua ni dapat banyak maklum balas positif dari pengguna Buku Magik. Rasa syukur dapat sebarkan kebaikan buku magik…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Bila Anak-Anak Baik

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Bila anak-anak duduk bersama baik-baik, kongsi mainan elok-elok biasanya apa respon kita? kebiasaannya kita pun rasa lega dan biar ja anak-anak main macam tu. Dengan harapan biarlah anak tu baik lama-lama, banyak kerja kita boleh buat kan.. -__- Tapi bila anak-anak ‘yang baik’ tadi tu buat satu kesalahan, contohnya berebut mainan ke, lompat-lompat ke, tumpahkan air ke terus dengan pantas kita pun tegur kesalahan anak. Betul tak? Kalau tak betul bagus sangat, kekalkan prestasi tu. ^_^ Saya pun seringkali terbabas dalam mengurus emosi. Dan setiap kali tengok anak main baik-baik, terus saya…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Tips Latih Anak Minat Melukis

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Pagi tadi saya sempat bersembang dengan seorang ibu bekerja dari rumah. Beliau adalah pengusaha home bakery yang sangat terkenal dengan cheestart gebunya. Memang gebu gebas sampai rasa sayang nak makan..haha Beliau bertanyakan mengenai bagaimana saya mengajar untuk anak suka melukis. Mungkin sebab saya ni cikgu, jadi orang ingat saya selalu mengajar anak kot..hihi. Hakikat cikgu-cikgu ni jarang pun mengajar anak sendiri. Sambil-sambil ja pun. Namun Alhamdulillah anak pandai membawa diri dan sentiasa menunjukkan minat untuk belajar benda baru. Rezeki.. Mengenai tips latih anak minat melukis ni sebenarnya saya takda tips yang khusus…

Continue reading
in Aktiviti Anak

5 Kebaikan Buku Magik

Teks : Sakina Hamid Foto :Sakina Hamid Salam hujung minggu!  Apa perancangan kawan-kawan hari ni? Semoga apa jua perancangan kita ianya mengambil kira kepuasan emosi anak-anak. Kerana dengan emosi yang ‘kenyang’, anak-anak akan lebih mudah belajar ilmu baru dan mudah diurus kehidupan seharian mereka, in syaa Allah. Semalam saya agak sibuk melayan pelanggan yang berminat dengan Buku Magik ni, dan masih ada ibubapa yang ragu-ragu nak melabur untuk anak yang dirasakan ‘masih kecil’ untuk menggunakan buku tu. Jangan risau, saya dulu pun ada rasa macam tu jugak. Lumrah manusia, mesti analisis sebaik mungkin sebelum buat keputusan kan. Jadi hari ini saya…

Continue reading
in Aktiviti Anak, Review

Magiknya Buku Ni

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Salam hujung minggu ibu-ibu. Alhamdulillah hari ni dapat masuk homeoffice awal pagi, uruskan beberapa perkara sebelum mengadap 2 wajah suci tu. ^_^ Walaupun kita ada macam-macam target untuk kerjaya kita, namun target untuk anak jualah yang jadi keutamaan bila dah bergelar ibu ni kan. Namun bagi saya sendiri, setiap pengorbanan untuk anak itu dapat saya rasakan Allah lebih ‘pandang’. Walaupun semasa melakukannya kita hanya buat dengan pasrah, tapi lambat laun akan terlihat kebaikan darinya. Contohnya dalam minggu ni kedai cikgu ‘diserang’ dengan produk baru iaitu Buku Magik. Sebenarnya saya dah jumpa buku…

Continue reading
Close