in Umum

Anak Suka Main Pasir Tak?

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Teringat masa Anakanda Fateh sekitar usia 2 tahun, kami membawanya berkelah di pantai. Dia hanya duduk di atas tikar kerana geli terpijak pasir. Bila melihat kejadian itu, saya pun tersedar kami tidak mendedahkannya dengan sumber alam yang hebat ni. Maklumlah tinggal dibandar kebanyakan kawasan bertar dan bersimen, memang jarang sangat dapat berjumpa dengan pasir dan tanah. Selepas di ‘orentasi’kan sedikit demi sedikit dengan pasir, dah tak nak balik pulak suka main pasir kat tepi pantai tu. Lepas dari tu jumpa pasir kat mana-mana pun mesti nak main. Kita pulak yang bimbang degan…

Continue reading
in Review

Panduan Asas Memilih Permainan Anak

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Kehidupan anak-anak memang dipenuhi dengan bermain. Dengan bermain, anak-anak akan mengalami perkembangan dalam aspek sistem motor, pancaindera serta otak mereka. Aktiviti bermain yang sebenar adalah anak-anak berasa selesa, gembira, bebas meluah perasaan  dan tidak merasa terpaksa. Aktiviti bermain berkait rapat dengan permainan. Di sini adalah eberapa panduan asas memilih permainan anak. 1) Pilih permainan yang sesuai dengan umur anak 2) Sesuaikan alat mainan dengan tempoh perkembangan anak 3) Anak lebih rapat dengan alat mainan yang selalu dilihatnya 4) Ada permainan yang dapat berfungsi sebagai terapi untuk anak-anak 5) Libatkan anak dalam membuat…

Continue reading
in Umum

Cara Download Video Kanak-kanak dari Youtube

Teks : Sakina Hamid Foto : Internet Anak-anak sekarang memang beruntung kan, banyak video animasi menarik yang dapat bantu tingkatkan kefahaman mereka mengenai sesuatu ilmu. Yang tak bagus pun banyak, terpulang lah kepada ibubapa bagaimana membuat pilihan. Selalunya video animasi PERCUMA boleh didapati dari youtube, facebook, telegram dan whatsapp. Seringkali saya berjumpa dengan ibubapa yang tidak tahu cara untuk download video kanak-kanak. Jadi setiap kali anak nak tengok kena guna talian internet. Apa kata kita download dan simpan di dalam gajet yang bersesuaian. Lebih jimat masa dan bateri. Di sini saya kongsikan salah satu cara untuk download video kanak-kanak dari…

Continue reading
in Review

Panduan Memilih hiburan untuk Anak

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Fitrah manusia sukakan hiburan, tapi kita perlu pertimbangkan hiburan yang dibenarkan syarak supaya tidak menjadi lagha. Salah satu hiburan yang diharuskan ialah mendengar nyanyian. Mari kita semak nyanyian bagaimanakah yang diharuskan dalam Islam 1) Nyanyian yang membangkitkan semangat untuk bekerja kuat 2) Memberi semangat kepada haiwan 3) Lagu-lagu yang tiada perkataan lucah dan kotor 4) Menyebut kebaikan orang yang berbakti 5) Qasidah, syair, pantun dan gurindam yang memuji penciptaan Allah *Semua nyanyian di atas adalah harus selagi tidak menggunakan alat muzik yang melalaikan. Hukum mengenai penggunaan alat muzik perlu dirujuk kepada perbincangan ulamak. Nyanyian yang…

Continue reading
in Review

DVD Islamic Children Song, Perintis Animasi Islamik di Malaysia

Teks: Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid   Kebiasaannya apabila membeli video animasi islamik, pasti kita merasa terkilan dengan kualiti animasi. Cerita yang statik, grafik tak menarik dan hambar. Namun kebelakangan ini telah muncul lebih banyak video animasi yang mempunyai kualiti setanding dengan animasi terkenal yang lain. Salah satu produk yang mendapat sambutan hangat dari ibubapa ialah DVD Islamic Children Song.  Lagi-lagu di dalam DVD ini pernah diterbitkan dalam bentuk CD dan mendapat maklum balas positif dari ibubapa. Dan kini ia telah maju setapak dengan penerbitan animasi yang mampu membuatkan anak-anak teruja menontonnya. Mari kita lihat apa kandungan DVD Islamic…

Continue reading
in Review

Perbezaan Softbook dan Busy book

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid   Apabila anak menjangkau usia 6 bulan, ibubapa mula mencari mainan-mainan yang sesuai untuk si comel mereka. Salah satu mainan yang bagus untuk diberikan pada anak-anak ialah ‘softbook’ dan ‘busybook’. Kadangkala ibubapa keliru, apa beza antara kedua-dua jenis buku ini. Mari kita semak perbezaan di antara Softbook dan busybook 1) Softbook ialah buku kain yang dicetak gambar atau tulisan padanya. Ia berkonsepkan buku, cuma ianya lembut dan selamat untuk dikeronyok, dihisap dan digigit oleh bayi. Tiada bucu tajam yang berbahaya pada buku kain/buku lembut atau biasanya dipanggil softbook ini. Kebiasaannya softbook hanya…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

i-Play Toy Library Penarik Anak kecil ke Perpustakaan

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Setiap bulan, 2-3 kali kami sekeluarga akan ke perpustakaan. Dan kebelakangan ini bukan kami yang merancang jadualnya, tetapi anak-anak sendiri yang mengajak ke perpustakaan. Alhamdulillah, mereka kelihatan lebih gembira berbanding di bawa berhujung minggu di pusat membeli belah. Salah satu penarik anak-anak untuk ke sini ialah kerana kewujudan sebuah bilik yang penuh dengan ‘educational toys’. Bagaikan syurga mainan bila anak-anak dapat main dengan sepuas hati pada bayaran serendah rm1/bulan. Untungkan. Jom jalan-jalan cuti mata lihat apa yang ada dalam bilik i-Play Toy Library di perpustakaan kanak-kanak Georgetown ni. i-cook ; tempat yang…

Continue reading
in Umum

Kelebihan Permainan Berkumpulan

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid & google   Bila anak susah berusia 3 tahun ke atas, sebaiknya kita mula dedahkan dengan permainan berkumpulan. Melalui permainan dalam kumpulan, anak dapat mempelajari lebih banyak kemahiran sosial selain penting pembentukan sikap anak. Sejak beberapa bulan lepas, kami sekeluarga sering bermain ‘Domino’. Konsep permainan ini mudah, dan sesuai untuk anak seawal 3 tahun. Semakin kerap kami bermain, semakin banyak perkara yang saya pelajari dari permainan berkumpulan ini.   1) Anak belajar maksud giliran Anak terlatih untuk bersabar daripada meletakkan plat domino nya. Kadangkala anak teruja ingin meletakkan plat nya, walaupun bukan…

Continue reading
in Umum

Hari Sukan Tadika Anakanda Fateh

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid   Bila anak-anak tadika bersukan, dapatlah kita melihat pelbagai aksi. Antaranya aksi-aksi comel dalam perbarisan. Macam-mana gaya anak-anak syurga di berkawad di depan pentas. Walaupun dah dilatih oleh guru-guru sebelum hari sukan tadika, tapi masih jugak mereka berjalan ikut gaya bebas. Semasa acara sukan berlangsung, jenuh guru-guru nak memastikan anak-anak ini bermain dengan betul. Khabarnya sudah 2 minggu sebelum hari sukan tadika lagi guru-guru melatih cara permainan tersebut. Tapi masih jugak anak-anak 4,5 tahun tidak ‘berlumba’ semasa acara berlangsung. Ada yang hanya jalan-jalan melenggang, ada yang bila diorak namanya oleh ibu bapa,…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Aktiviti dari Mainan Berterabur

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid   Mainan berterabur bagaikan petunjuk bahawa rumah mempunyai anak kecil. Ia sesuatu yang menyakitkan mata, namun ada masanya kita boleh manfaatkan keadaan ini untuk beraktiviti bersama anak-anak. Mari kita lihat bagaimana untuk ambil kesempatan dan mainan anak yang berterabur ini untuk mewujudkan aktiviti yang berfaedah. Sekaligus mainan pun sudah siap dikemas oleh anak-anak selepas habis beraktiviti. 1) Pengkelasan warna Setiap anak akan sebut warna pilihan masing-masing Beri tempoh (2 minit contohnya) untuk anak ambil semua mainan warna pilihannya Sebaiknya keluarkan mainan yang bukan warna pilihan 2) Mengira Beri masa untuk anak mengira…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Harapan Dhuha

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Waktu Dhuha seringkali mengimbau kenangan  sewaktu nak hadapi SPM hampir 15 tahun lalu. Alhamdulillah, semasa tingkatan 4 saya mendapat tempat di sebuah SMKA di Kedah. Keputusan PMR saya semasa di sekolah harian melayakkan saya naik ke pentas sebagai penghormatan dari pihak sekolah. Namun ia terlalu biasa di sekolah pelajar terpilih ini. Sepanjang berada di sekolah ini, perasaan kerdil sering mengusai diri. Sudahlah pandai tahap gaban, aktif, rajin study lepas tu cun-cun pulak tu! erk.. Saya rasa macam tersesat dari planet lain bila bersama bersama. Seringkali saya jadi tak keruan dengan diri sendiri. Hampir semua kaedah belajar…

Continue reading
in Umum

Tips Didik Anak Berkongsi Mainan

Teks : Sakina Hamid Foto : Google   Biasa bila ibu bapa yang sudah mempunyai lebih dari seorang anak kecil nak belikan mainan, dia akan terdetik satu perkara. Nanti anak berebut! Bagi ibubapa yang berkemampuan, dia akan belikan setiap anak satu unit yang sama. Namun jika ibubapa tidak berminat membeli 2 unit yang sama, perlukah dia membatalkan hasratnya membeli mainan tersebut? Mari kita semak apa kata Pakar Pendidikan Kanak-Kanak, Prof Madya Dr. Bustam Kamri. Beliau merupakan Pensyarah di Universiti Tun Abdul Razak. Perkara utama untuk melatih anak berkongsi mainan ialah anak perlu diberi pilihan, bukan dipaksa menyerahkan tanpa kerelaan. Ini…

Continue reading
Close