in Umum

Buat Corak adalah Asas Kemahiran Menulis

Kebelakangan ini saya mula melihat kecenderungan anakanda Faqihah untuk menulis. Berbeza sangat dengan satu ketika dulu saya tercari-cari  aktiviti untuk merangsang minatnya menulis seperti dikongsikan di SINI. Sekarang ni pantang dapat kertas ja mula lah dia tulis-tulis huruf. Nanti datang bawakan pada saya suruh baca. ^_^ Bila anak dah tunjukkan kecenderungan untuk menulis, kerja kita menjadi lebih mudah.  Anak memang sudah bersedia untuk belajar. Jadi dengan sedikit bantuan anak sudah dapat menguasai kemahiran menulis, in syaa Allah. Ini adalah antara manfaat memberi anak peluang mendapat manfaat dari kebaikan menconteng. Aktiviti permulaan menulis yang formal dimulakan dengan melukis corak-corak ringkas. Ia…

Continue reading
Anak 5 tahun melukis
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

Cara Latih Anak Pegang Pensel dengan Betul Sejak Bayi

Memegang pensel boleh jadi satu perkara yang sangat mudah untuk sebahagian kanak-kanak. Tak ajar pun dah pandai pegang dengan betul. Tapi ada juga yang dah sampai darjah 1 pun masih terkial-kial memegang pensel. Banyak faktor yang mendorong anak dapat memegang pensel dengan betul dari awal. Memegang pensel adalah kesinambungan dari perkembangan motor halus yang baik. Jadi seawal usia bayi, penting ibubapa memastikan otot-otot kecil pada jari anak berkembang dengan optimum. Kerana itu anak kecil perlu sentiasa didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan jari dan tangan. Anak yang banyak menghabiskan masa dengan gajet elektronik biasanya akan menghadapi kesukaran untuk memegang pensel…

Continue reading
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

Kemahiran menulis anak 2 tahun

Baru-baru ini ada seorang ibu bertanya kepada saya. Anaknya yang berusia 2 tahun sudah mula menggunakan pensel. Tapi tak nampak bentuk pun apa yang dilukisnya. Kalau suruh ikut tulisan garis putus-putus pun tak nak. Tapi anak itu boleh menceritakan apa yang dilukisnya. Pertanyaan ibu ini normal. Saya sendiri semasa anak sulung tertanya-tanya, apa lah yang anakanda Fateh suka conteng ni. Tak nampak bentuk pun, tapi dia selalu buat. Nampak dia sangat berminat dengan aktiviti tu. Jadi kita sebagai ibu biar ja la kan. Sampailah satu hari saya baca buku “Didik Anak Jadi Pintar tulisan Rohani Sheikh Omar. Dalam buku ini…

Continue reading
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan, Review

Conteng Tak Semestinya di Dinding

Selepas saya berkongsi mengenai Kebaikan Menconteng di media sosial, saya mendapat banyak respon dari ibubapa. Alhamdulillah kebanyakan respon yang saya terima adalah sangat positif. Sehingga ada ibu yang ‘mampu’ melihat anaknya menconteng dinding kerana hendak tunjukkan kemahiran barunya. Pada saya ibu-ibu ini mempunyai ketahanan mental yang sangat kuat, masya Allah. Namun tak kurang cuba ibubapa yang sinis dengan penulisan saya itu. Ini mungkin kerana mereka fokuskan pada subjek ‘dinding’, sedangkan sebenarnya saya menulis mengenai kebaikan menconteng. Cuma gambar yang dikepilkan menjadi salah faham saya menggalakkan anak menconteng dinding. Menconteng tidak semestinya di dinding. Cuma anak memang cenderung untuk menconteng di…

Continue reading
Kad Menulis WOW
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan, Review

Kelebihan Kad Menulis WOW

Apa yang WOW nya dengan kad menulis ni? ^_^ Kad menulis ini memang WOW kerana direka untuk membantu anak-anak belajar menulis dengan santai dan gembira. Ciri-ciri yang terdapat pada kad menulis WOW ini menjadikan anak tertarik untuk mula menulis dan leka membuat aktiviti menulis. Pakej kad menulis WOW didatangkan dengan 13 keping kad menulis bersaiz A4, 6 bekas magic light clay dan whiteboard marker. Kad menulis bersaiz besar menjadikan anak dapat menulis dengan lebih lapang dan bebas. Ia sangat sesuai seawal anak berusia 3 tahun kerana anak kecil belum dapat menyurih tulisan bersaiz kecil dengan baik. Pada kad menulis ini…

Continue reading
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

Menconteng Membantu Pembentukan Kemahiran Menulis

Anak suka menconteng? Alhamdulillah.. Ya, ucapkan Alhamdulillah kerana anak kita sedang melakukan sesuatu yang sangat bagus untuk perkembangannya. Menurut kajian, anak berusia sekitar 2 tahun akan mula menunjukkan kecenderungan untuk menconteng. Ia mungkin lebih awal jika anak sudah biasa melihat orang lain menulis di hadapannya. Menconteng adalah asas kepada kemahiran menulis dan melukis. Anak yang kerap menconteng akan menunjukkan minat untuk menulis dan melukis tanpa paksaan. Hasil kerjanya juga bagus dan kebiasaannya tulisan mereka juga lebih cantik dan kemas. Permulaannya semudah dengan memberikan anak pensel dan kertas seperti saya kongsikan di SINI. Pembentukan motor halus Paling asas, apabila anak menconteng,…

Continue reading
conteng dinding
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

Kemahiran Asas Untuk Menulis

“Pantang dapat pensel ja habis dia conteng” Selalu kita dengar rungutan sebegini kan. Masih ramai ibubapa yang tidak bersedia memberikan peluang kepada anak kecil memegang pensel. Alasan nya nanti habislah semua dinding, lantai dan perabot mahal-mahal tu comot dengan contengan anak-anak. Masya Allah. Andai ibubapa tahu kelebihan anak pegang pensel sejak bayi, pasti ramai ibubapa berlumba-lumba menyediakan peluang ini kepada anak-anak. Pasti kita tidak merasa gusar walaupun anak ‘terconteng’ dinding kita yang halus mulus. Tapi bila kita tak tahu kebaikannya, memang kita cenderung untuk menjauhkan pensel dari anak kecil. Asas untuk menulis bermula sejak usia bayi. Lebih awal bayi melihat…

Continue reading
in Umum

Cabaran Subjek Bahasa Melayu Darjah 1

Sepanjang sebulan persekolah darjah 1, subjek bahasa Melayu adalah yang paling kerap anakanda Fateh cerita perkembangannya. Dari karakter gurunya yang tegas, hinggalah kepada kandungan pembelajaran. Iyalah, setiap hari memang ada waktu untuk bahasa Melayu. Jadi memang banyaklah benda yang nak diceritakan. Teringat satu hari tu, kami sekeluarga tengah makan malam. Tiba-tiba ja dia tanya, abah frasa tu apa? Jeng..kami berdua menyambutnya dengan ketawa. Rasanya belajar bahasa Melayu sampai SPM pun takda la kita ditekankan dengan istilah bahasa ni semua kan. Saya sendiri kenal istilah-istilah nahu bahasa Melayu semasa mengambil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Dalam silibus wajib ada subjek bahasa…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Pengalaman ke Fiesta Belon Panas Pulau Pinang

Semalam suami pulang dari kerja lewat malam dan maklumkan mengenai fiesta belon panas ini. Saya pun teringat ada melihat beberapa iklan minggu lepas. Saya pun ajak suami pergi. Respon pertama beliau ; parking ada 1200 ja. Susah nak parking nanti. Respon balas isteri beliau ; Kita pergi la awal-awal, kalau tak cuba mana nak tau ada parking ke tidak. ^_^ Alhamdulillah, kami dapat tempat parking sangat hampir dengan tempat program. Jam 7.30 pagi kami sudah sampai ke tempat program. Belon panas pertama baru sahaja dilepaskan ketika kami sampai. Dan Masyaa Allah, respon dari anakanda Fateh cukup untuk membalas kegigihan ummi…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Nak Anak Berjaya? Ibu Perlu Berkorban Dulu

Ibubapa mana yang tak nak tengok anak berjaya kan. Tak kira apa jua keadaan keluarga kita, semua ibubapa mahu melihat anak-anak mempunyai masa depan yang lebih baik dari diri kita. Kalau kita tak pandai, kita nak anak lebih pandai. Kalau kita susah, kita nak anak hidup lebih senang. Dan kalau iman kita selalu turun dari naik, kita tetap memasang impian anak kita mampu menjadi muslim yang lebih baik. Betul tak? Kerana itu keinginan melihat anak berjaya adalah lumrah dalam kehidupan. Cuma bagaimana kita sebagai ibubapa dapat membantu anak-anak menjadi dalam kalangan mereka yang berjaya. Rata-rata kita mahu anak berjaya, tapi…

Continue reading
Siri Buku Ibu Ajarku Jawi
in Review

Kelebihan Siri Buku Ibu Ajarku Jawi

Alhamdulillah semalam selesai penghantaran batch pertama untuk preorder Siri Buku Ibu Ajarku Jawi. Jika sebelum ini saya hanya uruskan jualan melalui dropship, tapi kali ini saya cuba untuk borong stok terus dari pembekal. Alhamdulillah, sambutan memberangsangkan. Ramai rupanya ibubapa yang tercari-cari buku bacaan jawi yang menarik seperti ini. Ramai juga ibubapa yang berkongsi pengalaman menggunakan buku ini kepada anak-anak mereka. Ada anak yang sudah menguasai bacaan jawi dengan menghabiskan 7 buah buku ini dalam masa seminggu. Mengagumkan. Kebiasaannya buku ini digunakan di tadika, kerana itu agak sukar untuk menemui buku ini di kedai-kedai buku. Siri Buku Ibu Ajarku Jawi ini…

Continue reading
in Review

Cara Mudah Belajar Jawi

Betul ke mudah belajar jawi ni? Ya, mudah apabila kita menggunakan kaedah dan bahan yang betul. Saya sendiri tiada ilmu khusus mengajar jawi kepada anak. Hanya aplikasikan ilmu mengajar membaca yang saya pelajari dari pelbagai sumber. Asas untuk belajar jawi adalah kenal huruf dan bunyi huruf. Jadi seawal anak bayi saya sudah dedahkan dengan VCD lagu huruf jawi yang sesuai dengan minat anak kecil. Suami beli VCD ini dari Kedai Buku Darul Salam di Alor Setar. Salah satu video lagu fonik yang saya masih ingat ialah Alif..Asadun..Singa Ba..battun..Itik Ta..Tufahun..Epal Tsa.. Sampai habis. Semasa anakanda Fateh sekitar usia 3 tahun dia…

Continue reading
Close